backup og meta

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Apakah ciri ciri anxiety yang perlu diperhatikan? Seperti yang ramai tahu, perasaan bimbang, takut, gelisah, resah atau cemas merupakan satu perkara normal dalam hidup kita.

Namun, bukan semua individu dapat kenal pasti ciri-ciri anxiety attack sehingga ramai yang bertindak mengabaikan perasaan sendiri.

Kebimbangan atau anxiety adalah perasaan resah, takut atau cemas yang melampau. Perasaan ini selalunya berlarutan, kadangkala sehingga berbulan-bulan lamanya.

Walau bagaimanapun, apabila kebimbangan menguasai diri sehingga mengganggu kehidupan seharian, anda perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

Ciri ciri anxiety attack seperti sesak nafas, tangan menggeletar dan rasa ingin pitam boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya tekanan di tempat kerja, masalah kewangan atau masalah kesihatan.

Gangguan keresahan (anxiety disorder) merupakan masalah mental yang paling lazim, merangkumi hampir 30 peratus orang dewasa. Namun, masalah ini boleh dirawat dengan gabungan ubat-ubatan dan kaunseling. Mari ketahui apa ciri ciri anxiety serta jenis-jenisnya.

tanda tanda anxiety
Individu yang mengalami keresahan melampau sukar untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Ciri ciri anxiety

Kebimbangan yang melampau berbeza dengan stres biasa yang dihadapi dalam kehidupan harian kita. Perasaan ini datang dengan rasa takut dan panik yang melebihi kebiasaan.

Anxiety atau keresahan mahupun kegelisahan, boleh mengganggu kehidupan anda. Sebagai contoh, antara ciri-ciri anxiety attack yang boleh diperhatikan ialah:

  • Anda sering memberi reaksi berlebihan ketika berhadapan dengan satu-satu situasi
  • Anda tidak boleh mengawal perasaan
  • Sukar untuk fokus atau melakukan kerja/ belajar seperti biasa

Semua orang berisiko mengalami kebimbangan tanpa mengira usia. Walau bagaimanapun, wanita mempunyai kebarangkalian lebih besar. Kaum Hawa berisiko dua kali ganda untuk menghidap keresahan berbanding lelaki.

Jadi, bagaimana hendak tahu sama ada anda mengalami stres biasa atau sedang berhadapan dengan serangan panik?

Antara tanda-tanda anxiety attack ialah:

  • Degupan jantung lebih laju daripada biasa
  • Rasa hendak pitam atau pening kepala
  • Badan berpeluh, tangan mula menggeletar
  • Sesak nafas atau bernafas dengan laju
  • Rasa sensasi sesemut pada hujung jari atau bibir
  • Mual dan ingin muntah
  • Berasa semuanya di luar kawalan

Serangan panik selalunya berlaku selama lima hingga 30 minit. Pengalaman berhadapan dengan anxiety attack sangat menakutkan.

Malah, mereka yang mengalami serangan panik juga mungkin berasa seolah-olah sedang menghadapi bahaya besar atau akan pengsan pada bila-bila masa.

Namun, ketahuilah bahawa serangan panik tidak akan mendatangkan sebarang bahaya mahupun memudaratkan kesihatan. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minit.

Antara tanda anxiety sembuh ialah anda berasa lebih positif, mudah tidur malam dan tidak lagi berasa resah.

Perkara yang mungkin dapat bantu mengurangkan keresahan:

  • Cuba telefon ahli keluarga atau kawan rapat dan luahkan perasaan kepada mereka
  • Lakukan latihan pernafasan untuk tenangkan diri
  • Dengar lagu atau buat apa sahaja aktiviti yang disukai untuk alih perhatian
  • Makan secara sihat untuk pastikan anda kekal bertenaga
  • Cuba tidur awal setiap malam. Jangan habiskan masa terlalu lama menatap media sosial

Jenis-jenis keresahan

Selain ciri ciri anxiety, anda juga perlu tahu ada beberapa jenis keresahan yang boleh berlaku. Antaranya:

Keresahan ringan

Keresahan ringan adalah stres biasa yang dialami kebanyakan orang. Ia berlaku disebabkan tekanan di tempat kerja, peperiksaan atau perubahan dalam hidup.

Selalunya, keresahan jenis ini tidak mengganggu kehidupan. Malah, stres ini juga boleh mendatangkan manfaat untuk diri kita.

Sebagai contoh, rasa gelisah sebelum menghadapi peperiksaan akan membuatkan kita belajar dengan lebih keras. Ini merupakan contoh ciri-ciri anxiety ringan.

Keresahan jenis ini boleh ditangani dengan mudah. Anda hanya perlu berehat, berbual dengan rakan, keluar jalan-jalan atau melakukan apa-apa akitiviti yang boleh membuatkan anda tenang.

Ciri ciri anxiety sederhana

tanda tanda anxiety
Keresahan boleh buatkan penghidapnya sukar tidur malam.

Keresahan jenis ini lebih teruk berbanding stres biasa.  Mereka yang mengalami keresahan sederhana selalunya akan mengalami simptom seperti sukar tidur malam dan hilang fokus dalam kerja-kerja harian.

Individu yang mengalami masalah ini perlu berjumpa pakar secepat mungkin sebelum keresahan tersebut menjadi semakin kronik.

Keresahan serius

Keresahan serius adalah stres kronik yang boleh mendatangkan simptom fizikal yang menggugat kesihatan.

Antara ciri ciri anxiety yang mungkin dirasai oleh individu yang mengalami keresahan serius ialah serangan panik yang kerap dan rasa bimbang yang tidak terkawal.

Selain itu, mereka juga boleh mengalami simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit perut atau masalah jantung.

Keresahan serius boleh membawa mudarat kepada diri. Oleh itu, pesakit perlu kenal pasti tanda-tanda anxiety attack dan berjumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan.

Kenal pasti ciri ciri anxiety dan cegah sebelum terlambat

ciri-ciri anxiety
Mereka yang mengalami masalah mental perlu merujuk pakar secepat mungkin.

Penting untuk anda tahu apakah ciri-ciri anxiety ringan supaya anda boleh elakkannya daripada menjadi semakin teruk. Bantuan awal merupakan langkah pencegahan paling penting.

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk mengurangkan stres dan memperbaiki mood.

Pemakanan yang sihat juga penting untuk menjaga keseimbangan tubuh dan minda. Elakkan makanan yang tinggi kafein atau gula kerana ia boleh meningkatkan tahap keresahan.

Jangan sesekali terjebak dengan penyalahgunaan dadah, arak dan rokok untuk ‘mengubati’ keresahan. Kesemua bahan ini bukan sahaja boleh menyebabkan ketagihan, bahkan ia juga boleh memburukkan lagi rasa gelisah yang dialami.

Bila anda perlu berjumpa doktor?

ciri-ciri anxiety
Jumpa doktor dengan segera sekiranya keresahan anda semakin meruncing.

Jika anda mengalami simptom keresahan yang berpanjangan atau semakin teruk, penting untuk anda berjumpa doktor dengan segera.

Pakar dapat membantu anda mengenal pasti ciri ciri anxiety attack yang dialami dan mencadangkan langkah pencegahan serta rawatan yang sesuai.

Kebanyakan individu yang mengalami keresahan melampau enggan berjumpa doktor kerana stigma terhadap masalah mental.

Sebenarnya, masalah ini boleh dirawat sekiranya anda sanggup berjumpa pakar sehingga muncul. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Anxiety disorders. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anxiety/symptoms-causes/syc-20350961. Diakses pada Ogos 20, 2024.
  2. Anxiety Disorders. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9536-anxiety-disorders. Diakses pada Ogos 20, 2024.
  3. Chapter 9 Anxiety Disorders. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK590031/. Diakses pada Ogos 20, 2024.
  4. Overview – Generalised anxiety disorder in adults. https://www.nhs.uk/mental-health/conditions/generalised-anxiety-disorder/overview/. Diakses pada Ogos 20, 2024.
  5. Anxiety. https://www.healthdirect.gov.au/anxiety. Diakses pada Ogos 20, 2024.

Versi Terbaru

14/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ada Masalah Jiwa, Tapi Keliru Nak Jumpa Pakar Psikiatri Atau Ahli Psikologi? Ini Perbezaannya

Digelar Anti Sosial Sebab Asyik Dengan Telefon, Ini 5 Cara Ingin Atasi Ketagihan Telefon


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan