home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana ingin bercakap tentang kesihatan mental?

Bagaimana ingin bercakap tentang kesihatan mental?

Sekiranya anda menyedari terdapat perubahan pada cara anda berfikir dan rasa yang membuatkan anda rasa bimbang dan tertekan, carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk anda berkongsi tentang masalah kesihatan mental yang dihadapi.

Tanda-tanda dan simptom-simptom yang biasa bagi masalah kesihatan mental

Anda mungkin tidak menyedari tanda dan simptom-simptom yang berlaku kerana ia terjadi secara berperingkat. Antara simptom-simptom yang selalu dialami oleh orang yang mempunyai masalah kesihatan mental ialah;

  • Hilang selera makan
  • Rasa gelisah dan risau berpanjangan
  • Berfikiran negatif tentang diri anda
  • Sukar untuk memberi fokus kepada sesuatu perkara
  • Tidak dapat menikmati hidup dan bergembira seperti sebelumnya
  • Merasakan kehidupan seharian terlalu membebankan (tidak mempunyai keinginan untuk makan atau membasuh)
  • Susah untuk tidur atau tidur terlalu banyak
  • Mendengar dan melihat perkara yang orang lain tidak nampak dan dengar.

Apa yang harus anda jangkakan?

Apabila anda membuat keputusan untuk menceritakan kepada seseorang tentang kesihatan mental anda, anda mungkin berasa risau tentang apa yang akan berlaku seterusnya.

  • Keadaan mungkin akan terasa janggal sewaktu kali pertama anda meluahkannya.
  • Anda akan berasa lega apabila anda berjaya membuka hati dan berkongsi sesuatu yang anda pendam sekian lama.
  • Bersedia untuk ditanya. Soalan yang mungkin ditanya; Berapa lama ia sudah berlaku? Apakah ada peristiwa atau kesusahan yang berlaku sebelum masalah ini terjadi? Bolehkah anda gambarkan apa yang anda rasa?. Anda tidak perlu menjawab semua soalan, tapi jawablah soalan-soalan yang boleh memberikan kefahaman pada orang lain tentang penderitaan yang anda alami.
  • Kadangkala anda tidak dapat apa yang anda harapkan apabila anda meluahkan perasaan anda kepada orang yang tidak memahami. Ia sangat menawarkan hati apabila anda bersusah payah memberanikan diri untuk bercakap kemudian disuruh, “Lupakan saja apa yang kau rasa”, “Jangan jadi gila”, “Kau risau sangat, bertenanglah” . Reaksi-reaksi yang sebegini boleh terjadi kerana budaya sesetengah masyarakat dan sangkaan orang lain terhadap diri anda. Cubalah beritahu kepadanya betapa masalah yang anda hadapi memberi kesan yang buruk kepada kehidupan anda. Sekiranya dia masih tidak memahami keadaan anda, carilah orang lain yang boleh membantu .Jangan abaikan diri anda dan memendamkan masalah yang dihadapi.

Isu kesihatan mental sangat biasa berlaku dan ia boleh dirawat dengan baik. Walaupun bagaimanapun, anda perlu mencuba pelbagai perkara untuk mendapatkan solusi terbaik bagi diri anda dan ingatlah yang anda tidak berseorangan dalam hal ini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Coming Out About Mental Illness. http://www.webmd.com/mental-health/features/coming-out-about-mental-illness. Accessed December 22nd, 2016.

Mental Health Assessment. http://www.webmd.com/mental-health/mental-health-assessment. Accessed December 22nd, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh JX Chan Disemak pada 15/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x