- Mencabar atau menunjukkan tingkah laku impulsif
- Tekanan
- Menangis, merasa sedih, kecewa, mengasingkan diri dari individu lain
- Berpeluh, menggigil
Untuk mendiagnosis sama ada anda mempunyai gangguan ini atau tidak, anda harus mempunyai simptom seperti:
- Simptom hilang selepas ketegangan, spaling kerap dalam masa 3 bulan
- Simptom serius dari yang dijangkakan
- Tidak terdapat gangguan lain yang berkaitan
- Simptom itu bukan kerana kesedihan kematian individu yang disayangi
Ada masanya, simptom boleh menjadi bertambah teruk, sehingga timbul keinginan atau cubaan untuk membunuh diri.
Periksa dan diagnosis
Pemeriksaan penilaian kesihatan mental akan dilakukan untuk mengenal pasti tingkah laku dan simptom anda. Anda juga boleh dirujuk kepada psikiatri untuk mengenal pasti diagnosis.
Rawatan
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan simptom dan membantu anda untuk kembali kepada tahap aktiviti yang sama sebelum berlakunya tekanan. Kebanyakan profesional kesihatan mental akan mengesyorkan beberapa jenis terapi pertuturan. Ini adalah jenis rawatan yang dapat membantu mengenal pasti atau menukar status tekanan yang anda hadapi dalam hidup anda.
Terapi Perilaku Kognitif (CBT) adalah sejenis terapi peraturan. Ia membantu menangani emosi anda:
- Pertama sekali, pakar akan membantu anda mengenal pasti emosi dan pemikiran negatif.
- Mereka akan mengajar anda untuk mengubah minda menjadi tindakan yang berguna dan sihat.
Jenis rawatan lain termasuk:
- Rawatan jangka panjang yang membantu anda mengenali pemikiran dan emosi anda selama sebulan atau lebih
- Terapi keluarga, iaitu datang berjumpa pakar dengan keluarga
- Kumpulan bantuan diri, dapatkan sokongan daripada individu lain yang dapat membantu menjadi lebih baik
Ubatan boleh digunakan, tetapi hanya untuk beberapa jenis terapi bicara. Ubatan ini akan membantu anda, jika:
- Gementar sekali-sekala atau hampir kebanyakan masa
- Tidak mendapat tidur yang secukupnya
- Tekanan atau kesedihan
Ia boleh membantu untuk mempersiapkan anda menghadapi situasai yang teruk pada masa hadapan. Berfikir secara positif akan dapat membantu. Anda boleh berunding doktor atau pakar terapi untuk membincangkan bagaimana anda boleh mengendalikan tekanan dengan cara yang terbaik.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen