
- Membina laman web atau blog dengan maklumat yang memalukan atau menghina mangsa.
- Menyebarkan khabar angin, berita bohong atau gosip mengenai mangsa dalam talian melalui laman web atau blog.
- Menyiarkan maklumat peribadi dan gambar mangsa di laman web yang mendedahkan mangsa kepada pemangsa di luar.
- Menggunakan maklumat peribadi yang dikongsikan mangsa kepada orang awam.
- Melakukan tinjauan internet tentang mangsa dengan soalan seperti siapa lebih hodoh, gemuk, berbau dan sebagainya.
- Menyiarkan komen yang kasar atau menghina tentang mangsa melalui chat dalam laman web gaming atas talian.
- Menghantar virus, spyware atau program penggodaman kepada mangsa untuk mengintip mangsa atau mengawal komputernya dari jauh.
5. Mengambil bahagian dalam Video Shaming

- Menggunakan kamera telefon untuk merakam dan berkongsi video kejadian buli, yang mungkin melibatkan seorang atau lebih pembuli menampar, memukul, menendang atau menumbuk mangsa.
- Memuat turun video sesuatu yang memalukan dan menyiarkannya ke YouTube untuk membolehkan lebih ramai orang melihat kejadian tersebut.
- Berkongsi video melalui e-mel atau mesej teks untuk memalukan mangsa.
- Membuat kejadian yang menyebabkan orang lain menjadi tertekan atau beremosi (prank) dan merakamkan kejadian tersebut.
6. Terlibat dalam ‘Subtweeting’ atau ‘Vaguebooking ‘

- Menghantar tweet atau catatan Facebook yang tidak pernah menyebut nama mangsa. Namun mangsa, pembuli dan khalayak umum tahu kepada siapa post tersebut ditujukan.
Keselesaan berkomunikasi dan bersosial secara atas talian menjadikan sesetengah pengguna melupakan etika sosial mereka. Tanpa disedari, mereka mungkin pernah terlibat dengan perbuatan buli siber berikut. Walaupun sekadar suka-suka, anda tidak tahu kesan yang mungkin dihadapi mangsa. Oleh itu, ubah budaya media sosial yang toksik bermula dengan diri anda sendiri.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen