10 Oktober 2018: Hari Kesihatan Mental Sedunia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Orang muda dan kesihatan mental dalam dunia hari ini

Tempoh remaja dan dewasa muda adalah tempoh di mana banyak berlaku perubahan dalam hidup.  Contohnya, bertukar sekolah, masuk ke universiti dan memulakan pekerjaan baru. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik bagi sesetengah orang. Namun, ia juga boleh membuatkan sebahagian orang tertekan. Dalam sesetengah kes, tekanan tersebut boleh membawa kepada masalah kesihatan mental jika tidak diuruskan dengan baik.

Penggunaan teknologi yang meluas juga kadangkala menambahkan tekanan melalui hubungan maya di samping manfaat yang ada. Mereka yang tinggal di kawasan konflik kemanusiaan seperti peperangan, kemiskinan dan bencana alam pula lebih terdedah kepada masalah kesihatan mental.

Separuh daripada masalah kesihatan mental bermula pada umur 14 tahun

Separuh daripada masalah mental bermula pada umur 14 tahun tetapi kebanyakannya tidak dikesan dan tidak dirawat. Dalam kalangan penyakit mental, kemurungan berada di tempat ketiga manakala bunuh diri merupakan punca kematian kedua dalam kalangan umur 15 hingga 29 tahun.

Penggunaan alkohol berlebihan serta penyalahgunaan dadah pula sudah menjadi masalah utama di kebanyakan negara. Ia boleh membawa kepada tingkah laku bahaya seperti seks tidak selamat serta memandu dalam keadaan bahaya. Selain itu, gangguan pemakanan juga telah menjadi satu kebimbangan yang perlu diberikan perhatian.

Kesedaran untuk membina ketahanan mental semakin meningkat

Antara perkara positif yang ada adalah kesedaran dalam membantu golongan muda membina ketahanan mental semakin berkembang demi memastikan mereka mampu menghadapi cabaran dunia hari ini. Memelihara kesihatan golongan muda bukan sahaja terbukti memberi manfaat terhadap kesihatan mereka, tetapi juga kepada ekonomi dan masyarakat.

Golongan muda yang sihat mampu untuk menyumbang lebih banyak melalui tenaga kerja serta membantu keluarga dan komuniti secara am.

Pencegahan bermula dengan kefahaman yang betul

Banyak yang boleh dilakukan untuk membina ketahanan mental sejak kecil demi mencegah penyakit mental dalam kalangan remaja dan dewasa muda serta menguruskan dan membantu mereka keluar daripada penyakit mental yang dihadapi.

Pencegahan bermula dengan kesedaran terhadap tanda-tanda amaran awal bagi penyakit mental. Ibu bapa dan guru boleh membantu mengajar kaedah untuk menghadapi cabaran harian di sekolah dan rumah. Sokongan psikososial boleh diberikan di sekolah atau mana-mana acara komuniti lain. Staf kesihatan pula perlu diberikan latihan yang sepatutnya bagi membolehkan mereka mengesan serta menguruskan masalah kesihatan mental.

Tidak dilupakan juga bahawa pelaburan oleh kerjaan serta keterlibatan sektor sosial, kesihatan dan pendidikan adalah langkah yang sangat penting dalam menangani masalah kesihatan ini. Hanya integrasi serta kerjasama antara semua sektor dan peringkat masyarakat mampu melahirkan hasil yang memberangsangkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

    Ya, mungkin ramai sudah tahu akan manfaat diet mediterranean. Namun tahukah anda ia juga bagus untuk bantu lawan depresi? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Ada beberapa pengajaran dan memori daripada tahun 2020 yang mungkin takkan dilupakan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 23/12/2020 . 3 minit bacaan

    Azam 2021 Mahu Tingkatkan Kesihatan Mental, Ingin Jayakannya, Guna 5 Tip Ini!

    Apa azam tahun baru kalian? Adakah mahu menuju kesihatan mental yang lebih terjamin? Jika ya, jom klik untuk tahu tip menjayakannya pada tahun depan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/12/2020 . 3 minit bacaan

    Orang GILA KERJA Ada Masalah Mental, Cuba Periksa Tanda-tanda Ini!

    Adakah anda tergolong dalam kalangan gila kerja? Bagi mengetahui jika anda seorang yang sibuk bekerja, kenalinya melalui tanda-tanda ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    membunuh diri

    Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    positif toksik

    Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    kekuatan mental

    Nak Mental Kuat Ada Caranya! Ikut 5 Langkah Ini, Termasuk Mandi Air Sejuk Waktu Pagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan