Kejutan dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat. Kehilangan seorang kawan atau orang yang anda cintai sememangnya tidak mudah. Anda mula berubah dengan kehilangan yang berlaku, tetapi anda mesti belajar untuk bertahan, dan menjadi lebih matang.
Kesedihan adalah sebahagian reaksi emosi yang sihat dan normal yang berlaku apabila anda kehilangan seseorang atau sesuatu yang penting. Perasaan itu mungkin berlaku secara berperingkat . Doktor sudah mengenalpasti 5 fasa kesedihan; Penafian-Kemarahan-Rundingan-Kemurungan-Penerimaan. Setiap orang melalui fasa-fasa ini dengan cara masing-masing. Perkara yang mengingatkan anda kepada kehilangan tersebut seperti hari ulang tahun perkahwinan, kematian atau lagu kegemaran boleh menimbulkan kembali rasa sedih.
Setiap orang mengawal emosi dan perasaan dengan cara berbeza. Perasaan anda adalah unik. Berikut adalah cadangn untuk menyembuhkan luka di hati dengan cara yang sihat
- Mencari sokongan. Ia sangat penting untuk anda tahu bahawa adanya orang yang sentiasa di sisi sewaktu anda memerlukan sokongan. Ianya sangat membantu apabila anda bercakap dengan kawan, ahli keluarga, kaunselor atau profesional perubatan. Kumpulan sokongan juga satu cadangan yang bagus kerana setiap orang boleh mengaitkan apa yang anda rasa dalam bentuk yang pelbagai.
- Bersabar. Proses penyembuhan sememangnya mengambil masa . Memang susah untuk membuat keputusan sewaktu anda kehilangan seseorang. Sebaiknya tangguhkan dulu keputusan penting yang perlu dibuat sehinggalah anda benar-benar bersedia.
- Sedar diri. Hayati setiap detik yang datang, supaya anda boleh menerima kebenaran yang pahit dan mampu untuk memberi respon yang membantu diri anda sendiri.Teknik bertafakur seperti mengambil nafas dalam-dalam boleh membantu anda untuk sedar diri dan melahirkan emosi dengan baik tanpa berlebih-lebih.
- Lahirkan perasaan anda. Mengakui apa yang anda alami sememangnya banyak membantu, anda boleh memilih untuk menceritakan pada orang lain apa yang anda rasa atau mengiktirafnya secara peribadi sahaja.
- Benarkan diri anda untuk bergembira.. Gelak tawa adalah penawar, tapi tidak salah untuk anda menangis. Cubalah sertai sebanyak mungkin aktiviti sosial.
- Jaga diri anda.. Amalkan rutin hidup yang sihat, makan sebaik mungkin. Bersenam jika mampu. Elakkan alkohol dan dadah lain kerana semua itu hanya menyusahkan lagi anda untuk melepaskan kesedihan di dalam hati.
Kesedihan selepas kehilangan seseorang ibarat ‘rollercoaster’ , terkadang naik dan terkadang turun. Anda tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan yang anda alami, tetapi seiring dengan masa, luka itu akan sembuh. Terdapat banyak cara yang sihat untuk anda berhadapan dengan kehilangan. Sekiranya kesedihan yang anda alami sukar untuk dilupakan, carilah bantuan profesional.
[embed-health-tool-ovulation]