backup og meta

Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

Seks adalah salah satu resam dalam rumah tangga yang paling utama buat pasangan suami isteri.

Tanpanya, maka hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.

Disebabkan itu, anda dan pasangan wajar menjalankan projek asmara di ranjang dengan sekerap dan semampu yang mungkin.

Bagaimana pula jika kesihatan mental terganggu? Adakah kehidupan seks suami isteri juga terjejas?

Tenang, ada cara untuk selamatkan kehidupan seks kalian berdua meski depresi datang menyerang!

Depresi jejaskan hubungan seks suami isteri?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu akan definisi sebenar apa itu depresi terlebih dahulu.

seks

Depresi atau kemurungan adalah sejenis gangguan mental yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Ia akan menyebabkan rasa kesedihan, kekosongan dan lebih teruk lagi sehingga ingin membunuh diri.

Adakah ia akan menjejaskan kehidupan seks buat lelaki dan wanita yang sudah berkahwin?

Jawapannya adalah ya, tentu sekali.

Ini kerana depresi akan menyebabkan keinginan atau kemahuan seksual (libido) individu itu berkurangan selain mungkin mengakibatkan beberapa masalah seksual lain seperti:

Dalam pada itu, depresi juga akan membuat individu hilang minat dengan semua aktiviti termasuklah seks ekoran pemikiran mereka yang terganggu dan terjejas.

Persoalannya, apa yang penderita depresi patut lakukan untuk selamatkan kehidupan seksual mereka?

Apa penderita depresi perlu lakukan?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu depresi. Kini, kita beralih pula kepada cara untuk menyelesaikannya.

seks

Menurut Dr. Russel Stambaugh, Pakar Terapi Seks dan Jurucakap American Association of Sexuality Educators, Counselors, and Therapists, otak adalah organ yang paling penting untuk kita semua menikmati aktiviti seksual dengan lebih sihat dan sejahtera.

Ini bermakna sebarang gangguan pada otak seperti depresi harus diperbetulkan untuk selamatkan kehidupan seks.

Berikut adalah caranya:

#1. Rawat depresi terlebih dahulu

Pertama, jangan fokus kepada aspek seks sebaliknya rawat masalah mental yang kalian hadapi terlebih dahulu.

Caranya, berjumpa dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan serta ubatan.

Ini kerana kita semua sedia maklum bahawa kemurungan adalah salah satu masalah mental yang sangat serius.

Ia dikatakan menjadi punca utama ketidakupayaan individu berusia 15 ke 44 tahun dalam menjalani kehidupan seperti biasa di Amerika Syarikat.

Ketidakupayaan ini termasuklah dalam aspek kehidupan seks mereka bersama pasangan ekoran rendah libido.

Dengan rawatan dan ubatan, maka masalah depresi mungkin dapat diatasi sekali gus memberi dampak positif terhadap kehidupan seks anda dan pasangan.

#2. Bekerjasama dengan doktor anda

Anda juga perlu tahu bahawa rawatan dan ubatan antidepresan boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif.

Lebih menakutkan, ia juga mungkin akan menyebabkan libido anda menjadi lebih rendah berbanding sebelum ini.

Ramai yang salah sangka bahawa dengan menambah sendiri dos perubatan akan membuat nafsu syahwat lebih memuncak, ia tidak benar sama sekali.

Oleh itu, sila bekerjasama dengan doktor anda dalam membincangkan alternatif yang terbaik untuk merawat depresi di samping mengekalkan kesejahteraan hubungan di ranjang kalian berdua.

seks

#3. Pecahkan kebuntuan depresi

Antara cabaran terbesar buat doktor dalam merawat penderita penyakit kronik termasuklah depresi adalah pesakit itu sendiri tidak mahu keluar dari kebuntuan.

Ini bermaksud mereka mungkin sudah lali, bosan atau terbiasa dengan kondisi kesihatan yang dialami tersebut.

Sebaliknya, kebuntuan ini mesti dipecahkan agar pesakit dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

Menurut Dr. Frederick K. Goodwin yang merupakan Pakar Sakit Mental, rawatan dan ubatan sahaja tidak memadai untuk memulihkan pesakit sepenuhnya.

Ia juga sangat bergantung kepada keinginan dan kemahuan anda untuk pulih!

#4. Berbincang bersama pasangan anda

Akhir sekali, anda perlu berbincang bersama pasangan tentang kondisi yang dialami.

Terangkan kepada mereka bahawa depresi telah menghalang anda dari melalui kehidupan seks yang lebih sihat dan sejahtera bersama si dia.

Selepas itu, mungkin kalian berdua boleh fikirkan sesuatu?

Sebagai contoh, masalah kurang libido dan sukar mencapai orgasma mungkin boleh diselesaikan dengan memanjangkan waktu ‘foreplay’.

Ini bertujuan merangsang anda dan si dia agar lebih bersedia untuk beraksi di ranjang kelak lantas menyelesaikan masalah seksual kalian.

Bersama, anda dan pasangan boleh belajar tentang apa cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah depresi sekali gus menyelamatkan kehidupan seks di kamar tidur.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.nhs.uk/conditions/loss-of-libido/
  2. https://www.psycom.net/depression-libido/
  3. https://www.helpguide.org/articles/depression/depression-symptoms-and-warning-signs.htm
  4. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/depression/expert-answers/antidepressants/faq-20058104
  5. http://my.clevelandclinic.org/services/neurological_institute/center-for-behavioral-health/disease-conditions/hic-sexual-problems-depression
  6. https://healthyfamilies.beyondblue.org.au/seeking-support/helping-yourself-and-others/online-forums/relationship-and-family-issues/no-sex-frustrated-and-depressed#qs_6AHHzvGGEbv8AAOnT_A

Versi Terbaru

18/08/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

6 Jenis Kemurungan Yang Bukan Hanya Seksa Emosi, Malah Fizikal Individu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan