backup og meta

Bagaimana Untuk Memberi Sokongan Kepada Pesakit Gangguan Tekanan Selepas Trauma?

Bagaimana Untuk Memberi Sokongan Kepada Pesakit Gangguan Tekanan Selepas Trauma?

Apabila terdapat rakan atau ahli keluarga yang menderita akibat gangguan tekanan selepas trauma (PTSD), mereka akan mula berubah dan membuatkan emosi anda terganggu dan kecewa. Untuk keluarga yang mempunyai pesakit PTSD, ahli keluarga boleh merasa takut dan bimbang tentang perhubungan antara keluarga dan kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi perkara paling penting, adalah anda harus memahami bahawa pesakit memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada individu di sekelilingnya untuk mengatasi masalah ini. Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk memberi sokongan kepada pesakit gangguan tekanan selepas trauma ini?

Gangguan tekanan selepas trauma dan impaknya kepada perhubungan

PTSD adalah gangguan yang berlaku kepada individu yang mengalami trauma. Individu yang berhadapan dengan gangguan ini akan mula alami simptom masalah kesihatan mental, seperti mudah marah, mengasingkan diri atau tidak mahu berkasih sayang.

Pada mulanya, anda mungkin merasakan ia adalah sukar untuk berdepan perubahan insan yang tersayang, lebih-lebih lagi apabila mereka memilih untuk memendam perasaan. Apabila anda semakin memahami tentang PTSD dan simptomnya, anda akan rasa bertanggungjawab kepada insan yang anda sayangi.

Simptom PTSD boleh didiagnos dalam tingkah laku yang berikut:

  • Pesakit tidak dapat mengawal kelakuan dan sikap.
  • Pesakit akan mudah berasa gementar, tidak selamat dan terdedah yang menyebabkan ketidakselesaan, kemurungan, kemarahan dan ketidakpercayaan.
  • Mula hadapi beberapa masalah kesihatan mental seperti, gangguan pemakanan, gangguan kegelisahan.

Cara membantu individu dengan gangguan tekanan selepas trauma

  1. Berikan sokongan sosial

Biasanya, individu yang alami PTSD akan merasakan sukar untuk bercampur dengan komuniti dan aktiviti sosial. Mereka cenderung untuk mengasingkan diri dari keluarga dan rakan. Hindari dari memberikan tekanan kepada mereka untuk bercakap dengan individu di sekeliling mereka, tetapi biarkan mereka bersama individu yang mereka selesa dan dapat memahami perasaan mereka.

Jangan memaksa mereka untuk berubah. Bersabar, bertenang dan sentiasa positif merupakan cara yang terbaik untuk kekal memberi sokongan kepada individu yang anda sayangi. Ia adalah sesuatu yang terbaik jika anda tahu bagaimana untuk mengatasi rasa tekanan dan mempelajari tentang PTSD. Lebih banyak yang anda ketahui tentang PTSD, pasti anda akan dapat memberikan sokongan dan memahami apa yang dilalui pesakit.

  1. Jadilah pendengar yang baik

Ada masanya, individu yang anda sayangi tidak mahu berkongsi tentang trauma yang mereka alami dan anda perlu memberikan perhatian apabila mereka ingin berkongsi. Mereka mudah mengekspresikan ketakutan, kegelisahan atau reaksi negatif.

Penting untuk anda menghormati apa yang mereka rasai dan tidak memaksa mereka untuk memperkatakan tentangnya melebihi keinginan mereka. Tidak perlu memberikan mereka nasihat. Cuba untuk mendengar tanpa menghakimi atau meletakkan sebarang jangkaan.

  1. Bina kembali kepercayaan dan rasa selamat

Individu yang alami PTSD sentiasa melihat dunia penuh dengan bahaya dan tempat yang menakutkan. Mereka mungkin merasakan mereka tidak dapat mempercayai sesiapa, walaupun diri mereka sendiri.

Jika terdapat apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengembalikan kepercayaan dan rasa selamat kepada individu yang hidapi PTSD adalah sangat membantu. Luahkan komitmen kepada perhubungan anda dan kotakan janji-janji anda, konsisten dan lakukan apa yang anda katakan adalah cara yang terbaik untuk membina kepercayaan dan rasa selamat dengan individu yang anda sayangi.

  1. Jangkakan dan atasi kecenderungan

Individu, tempat, benda atau keadaan boleh cenderung menyebabkan individu yang anda sayangi teringat perkara trauma atau ingatan negatif masa lampau. Anda perlu mengambil masa untuk mengenal pasti dan memahami potensi yang boleh menjadi pencetus, seperti pemandangan, lagu, bau, dan tarikh tertentu atau masa atau kejadian alam semula jadi. Selepas itu, cuba untuk berbincang dengan individu yang anda sayangi tentang pencetus dan elakkan dari mengingati kenangan buruk.

  1. Jaga diri

Bersama dengan individu dengan PTSD boleh menyebabkan anda turut alami rasa kecewa dan keletihan. Pastikan anda tahu untuk menjaga diri sendiri dan meluangkan masa untuk diri sendiri, minat peribadi dapat membantu anda untuk pulih dan menjaga diri sendiri.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

PTSD in the family http://www.helpguide.org/articles/ptsd-trauma/ptsd-in-the-family.htm Accessed September 11, 2016

Helping family member  http://www.ptsd.va.gov/public/family/helping-family-member.asp Accessed September 11, 2016

Versi Terbaru

24/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kalau Kena Serangan Anxiety Tiba-Tiba, Boleh Buat 7 Teknik Ini Untuk Tenangkan Diri Anda

5 Mitos Biasa Dengar Tentang Ubat Anxiety, Boleh Percaya Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan