Mungkin ada di antara kita yang gemar memintal dan bermain rambut tanpa sedar. Adakah tabiat ini normal dan apa punca di sebaliknya? Ini fakta rambut yang perlu anda tahu.
Fakta rambut: Pintalan rambut yang menjadi satu tabiat tanpa sedar
Tahukah anda, tabiat memintal rambut adalah sebahagian daripada kumpulan tingkah laku yang disebut “fidgets.”
Kanak-kanak terutamanya, mungkin memutar-mutarkan rambut mereka sebagai cara untuk menenangkan diri daripada kegelisahan, melelapkan mata sebelum tidur, atau sekadar mengatasi kebosanan.
Tabiat memutar-mutarkan rambut boleh menjadi satu habit yang disebabkan oleh perasaan gugup.
Namun, ada kalanya ia boleh menjadi satu tanda keadaan kesihatan yang dialami oleh seseorang itu.
Memutar-mutarkan rambut bukan sahaja boleh menyakitkan kulit kepala, tetapi juga menyebabkan rambut tersimpul, bercabang dan pecah.
Adakah fakta rambut seperti ini boleh menyebabkan sebarang kesan sampingan?
Seperti yang dinyatakan di atas, bermain rambut atau pintalan rambut tanpa sedar seperti ini tentunya boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan pada seseorang individu.
Ini termasuklah:
- Helaian rambut yang lemah dan pecah
- Rambut yang tersimpul dan juga kusut masai
- Ada tompokan kebotakan akibat kehilangan rambut
- Hujung rambut yang bercabang
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa tabiat seperti ini boleh mendorong seseorang itu mengalami trikotilomania.
Ia adalah satu keadaan kesihatan mental yang menyebabkan seseorang itu gemar menarik rambut mereka.
Sebab berlakunya tabiat memintal rambut dalam kalangan orang dewasa
Walaupun anda mungkin sudah dewasa, tabiat bermain rambut ini masih boleh berlaku tanpa anda sedari.
Sekiranya anda ada bermain rambut sekali-sekala, ia sebenarnya mungkin telah berlaku sejak anda masih kecil.
Berikut adalah beberapa sebab yang memungkinkan tabiat ini berlaku ketika anda telah dewasa.
Tingkah laku berulang yang berfokus pada badan
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara jenis tingkah laku dan ketidaksabaran, kebosanan, kekecewaan, dan ketidakpuasan.
Tabiat memintal rambut dapat mengurangkan rasa bosan dan juga membantu melegakan diri anda ketika berasa letih.
Sekiranya anda cenderung untuk memutar-mutarkan rambut ketika menahan diri daripada mengantuk atau kebosanan semasa mesyuarat, ia mungkin menunjukkan itu tabiat anda sendiri.
Namun, anda masih perlu berhati-hati agar tabiat ini tidak menyebabkan kerosakan pada rambut anda.
Simptom-simptom kegelisahan
Tabiat memintal rambut mungkin bermula pada zaman kanak-kanak atau remaja dan berkembang menjadi sesuatu yang anda lakukan ketika berasa cemas.
Sekiranya anda memutar-mutarkan rambut ketika rasa gugup atau ketika anda menghadapi pemikiran dan kegelisahan yang mengganggu, kebiasaan itu mungkin merupakan gejala bagi gangguan kegelisahan (anxiety).
Mungkin juga anda mengalami gangguan obsesif-kompulsif (OCD)
Putaran rambut boleh menjadi tanda gangguan obsesif-kompulsif atau ringkasnya disebut sebagai OCD.
Sekiranya anda mempunyai simptom OCD yang lain, kebiasaan memintal rambut mungkin menjadi sebahagian daripada keadaan OCD tersebut.
Gejala OCD yang lain termasuklah:
- Mengganggu fikiran atau dorongan yang berulang kali berlaku
- Perbuatan berulang atau ‘ritual’ yang dapat menghilangkan tekanan dan kegelisahan untuk sementara waktu
- Gejala yang berlangsung lebih dari satu jam sehari dan mengganggu kehidupan seharian
Namun, tabiat memintal rambut semata-mata tidak cukup untuk menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai OCD.
Ini cara untuk hentikan tabiat memintal rambut tanpa sedar ini
Untuk menghentikan tabiat memintal rambut, kaedahnya bergantung kepada punca anda melakukannya.
Berikut adalah beberapa cara untuk menghentikan tabiat bermain rambut, iaitu:
- Sibukkan tangan anda dengan sesuatu yang membina, seperti melakukan aktiviti mengait
- Sikat rambut anda dan bukannya memutar-mutarnya
- Jaga rambut anda dengan baik untuk mengurangkan keinginan menariknya
- Pelajari teknik menghilangkan tekanan alternatif, seperti menumpukan perhatian atau meditasi
- Bercakap dengan ahli psikologi untuk mengetahui sekiranya terapi tingkah laku kognitif (CBT) boleh membantu menghilangkan tabiat anda
- Buat matlamat kecil (seperti tidak memutar-mutar rambut anda selama 2 jam pada satu masa) dan berikan ganjaran kepada diri anda kerana berjaya mencapai matlamat
- Tidur dengan memakai topi besbol, beanie, atau hoodie untuk mengelakkan anda memintal rambut anda sendiri semasa sedang tidur
- Pertimbangkan untuk mengambil ubat anti keresahan
- Kurangkan pengambilan kafein dan gula setiap hari
Fakta rambut: Kurangkan bermain rambut untuk elak kerosakan
Seperti yang diterangkan sebelum ini, tabiat memintal rambut ini bukanlah satu keadaan yang sangat serius.
Namun, ia mungkin menandakan bahawa anda ada mengalami beberapa keadaan yang berkaitan dengan kesihatan mental anda.
Ini termasuklah gangguan OCD dan juga kegelisahan.
Selain itu, anda perlu segera mengawal dan menghentikan tabiat ini sekiranya berkemampuan jika ia boleh menyebabkan kerosakan pada rambut anda.