Definisi
Apakah itu saluran air mata tersumbat?
Saluran air mata tersumbat berlaku apabila sistem saliran air mata separa tersumbat atau tersumbat secara keseluruhan. Air mata tidak dapat disalirkan secara normal, dan menyebabkan mata berair, pedih atau jangkitan kronik. Masalah ini selalunya boleh dirawat. Rawatan bergantung kepada punca sumbatan dan umur pesakit tersebut.
Apakah kebarangkalian saluran air mata tersumbat?
Saluran air mata tersumbat secara relatifnya lazim dalam kalangan bayi baru lahir. Dalam kalangan orang dewasa, masalah ini menyebabkan jangkitan, bengkak, kecederaan atau ketumbuhan mata. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom saluran air mata tersumbat?
Simptom lazim bagi masalah air mata tersumbat ialah:
- Air mata berlebihan
- Mata merah
- Bengkak yang sakit di bahagian tepi mata
- Kelopak mata berkerak / berkeruping
- Mukus
- Kabur penglihatan
Apabila saluran air mata tersumbat, bakteria terperangkap di dalam kantung nasolakrimal dan menyebabkan jangkitan. Simptom jangkitan adalah seperti:
- Radang (bengkak), sakit ketika dipegang dan kemerah-merahan di tepi mata atau di sekeliling mata dan hidung
- Mukus mata
- Bulu mata berkeruping
- Kabur penglihatan
- Air mata berdarah
- Demam
Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.
Bilakah saya perlu berjumpa doktor?
Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya anda mengalami perkara berikut:
- Air mata keluar untuk beberapa hari
- Mata anda dijangkiti beberapa kali atau sentiasa dijangkiti
Punca-punca
Apakah punca-punca air mata tersumbat?
Air mata tersumbat adalah disebabkan oleh:
- Tersumbat secara kongenital. Bagi bayi baru lahir, sumbatan ini adalah disebabkan membran (lapisan) tertutup seperti yang sepatutnya pada waktu lahir
- Perubahan berkaitan umur. Bagi orang dewasa, bukaan kecil untuk menyalirkan air mata (punca) menjadi sempit dan menyebabkan tersumbat
- Jangkitan atau radang. Jangkitan atau radang kronik mata nada, sistem saliran air mata atau hidung akan menyebabkan saluran tersumbat. Sinusitis kronik mungkin menyebabkan iritasi pada tisu dan membentuk parut, dan menghalang sistem air mata
- Trauma hidung seperti hidung patah, tisu parut
- Ketumbuhan, di mana ia akan menekan sistem saluran air mata dan menghalang saliran air mata tersebut
- Kimoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser, dan menyebabkan saluran air mata tersumbat sebagai kesan sampingannya
Faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat air mata tersumbat?
Terdapat banyak faktor risiko masalah ini, antaranya ialah:
- Umur dan jantina. Wanita berusia berisiko tinggi untuk mendapat air mata tersumbat kerana perubahan berkaitan usia
- Inflamasi mata kronik
- Pembedahan seperti pembedahan mata, kelopak mata, hidung atau sinus
- Jika anda menggunakan ubat anti-glaukoma, anda berisiko tinggi untuk mendapat gangguan ini
- Ubat kimoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser
Diagnosis & rawatan
Maklumat yang disediakan bukan sebagai pengganti kepada mana-mana nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah air mata tersumbat didiagnosis?
Untuk diagnosis masalah ini, doktor akan bertanya tentang simptom anda, memeriksa mata untuk mengesan punca lain dan melakukan beberapa ujian.
Ujian-ujian berikut digunakan untuk diagnosis masalah ini:
- Ujian saliran air mata. Ujian ini dilakukan untuk melihat kadar air mata anda mengalir
- Pengairan dan probing. Doktor akan meletakkan larutan air suling pada sistem saliran air mata anda untuk memeriksa fungsi salirannya
- Ujian pengimejan mata seperti X-ray, imbasan CT, MRI. Prosedur ini dilakukan untuk mengesan lokasi dan punca sumbatan
Bagaimanakah air mata tersumbat dirawat?
Rawatan anda bergantung kepada punca masalah ini. Kadangkala, lebih daripada satu rawatan diperlukan untuk merawat masalah ini. Antaranya ialah:
- Jika doktor mengesyaki berlaku jangkitan pada mata anda, doktor akan preskripsi ubat titisan atau pil antibiotik
- Urutan saluran air mata. Untuk membuka saluran bagi bayi, tanya doktor untuk menunjukkan kaedah urutan. Anda boleh menekan dengan lembut antara saluran tersebut, sepanjang bahagian atas hidung untuk membantu melegakannya
- Jika anda mengalami kecederaan muka dan menyebabkan masalah ini, doktor akan mengesyorkan anda untuk menunggu beberapa bulan untuk melihat sama ada masalah tersebut pulih bersama pemulihan kecederaan yang lain atau tidak
- Meluaskan, probing dan pembilasan. Bagi bayi dan kanak-kanak yang mempunyai saluran tidak terbuka, atau bagi orang dewasa yang mengalami saluran separa tersumbat, kaedah ini diguna pakai
- Balloon catheter dilation. Jika rawatan lain tidak berkesan, prosedur ini mungkin digunakan. Ia biasanya berkesan kepada bayi dan kanak-kanak dan mungkin digunakan kepada orang dewasa yang mengalami separa sumbatan
- Stenting atau letak tiub. Prosedur ini biasanya dilakukan dengan menggunakan ubat bius am
- Pembedahan digunakan untuk merawat air mata tersumbat dipanggil dacryocystorhinostomy. Prosedur ini membuka laluan untuk air mata untuk disalirkan semula kepada hidung
Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan yang membantu saya menangani air mata tersumbat?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut membantu anda mengatasi masalah air mata tersumbat:
- Basuh tangan anda dengan teliti dan kerap
- Cuba elak daripada menggosok mata anda
- Jangan merokok berhampiran bayi anda kerana selain daripada ianya berbahaya kepada kesihatan, ia juga boleh merengsa laluan hidung bayi anda dan menyebabkan ia tersumbat
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis dan rawatan.