backup og meta

Juling pada kanak-kanak (Pembedahan)

Definisi

Apa itu Juling pada kanak-kanak (Pembedahan)?

Strabismus atau juling pada kanak-kanak, di mana salah satu mata menunjuk ke arah hidung atau keluar ke arah telinga. Kadang-kadang satu mata boleh menunjuk ke atas atau ke bawah.

Pembedahan strabismus, yang biasa dikenali sebagai pembedahan juling, harus menjadikan mata anak anda menunjuk ke arah yang sama dan kemudiannya boleh membantu meningkatkan keyakinan diri dalam hidup. Kadang-kadang operasi ini memberikan hasil jangka panjang yang lebih baik jika lebih awal dilakukan.

Mengapa Juling pada kanak-kanak (Pembedahan) dilakukan?

Strabismus pada kanak-kanak biasanya berkaitan dengan bagaimana mata mereka fokus. Keadaan ini sering berlaku dalam keluarga. Strabismus juga boleh berlaku jika otot mata tidak berfungsi dengan baik. Ini boleh menyebabkan penglihatan berganda.

Strabismus boleh menjadi serius kerana ia menghalang mata dari bekerja bersama (penglihatan binokular). Ia juga boleh menyebabkan penglihatan di mata yang terjejas gagal membentuk dengan baik (ambliopia atau ‘mata malas’).

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko-risiko dalam membetulkan juling pada kanak-kanak?

Sekiranya rawatan dimulakan sebelum umur 6-7 tahun maka ia selalunya boleh untuk mengembalikan penglihatan yang normal. Jika rawatan dimulakan pada kanak-kanak yang lebih tua maka peningkatan dalam penglihatan mungkin masih berlaku tetapi penglihatan normal penuh tidak mungkin dapat dicapai.

Pembedahan juling biasanya sangat meningkatkan kelurusan mata. Kadang-kadang, walaupun selepas operasi, mata tidak betul-betul lurus. Dalam beberapa kes, dua atau lebih operasi diperlukan untuk membetulkan juling. Kadang-kadang,satu jahitan khas diletakkan di tempat yang boleh diubah jika pembetulan lanjut diperlukan.

Ada kemungkinan bahawa beberapa tahun selepas pembedahan yang berjaya, juling mungkin beransur-ansur kembali. Operasi selanjutnya adalah pilihan untuk meluruskan mata.

Seperti mana-mana jenis operasi, terdapat risiko masalah-masalah selepas pembedahan untuk membetulkan juling. Risiko-risiko pembedahan mata termasuk:

  • Pembedahan lebih lanjut diperlukan – yang kadang-kadang diperlukan jika juling itu teruk.
  • Mata kekal merah untuk masa yang lama selepas operasi – ini adalah jarang berlaku, tetapi mungkin disebabkan oleh parut tisu yang terbentuk di permukaan mata.
  • Penglihatan berganda mungkin berlaku selepas operasi – ini biasanya hilang selepas seminggu atau lebih.
  • Juling mungkin berulang, atau operasi mungkin perlu diulang untuk sebab lain.
  • Dalam kes yang jarang berlaku, bahagian dalam mata boleh rosak semasa pembedahan.
  • Jangkitan boleh berkembang selepas operasi – ini boleh berlaku pdengan sebarang jenis pembedahan.

Pada kanak-kanak, ia adalah lebih biasa untuk memerlukan satu lagi operasi untuk membetulkan juling, terutamanya jika operasi pertama dilakukan ketika anak itu masih kecil. Sesetengah kajian mendapati bahawa sekitar enam daripada 10 kanak-kanak yang menjalani pembedahan juling sekitar satu tahun perlu menjalani operasi lain pada satu tahap.

Komplikasi lain pada kanak-kanak biasanya jarang, tetapi anda harus bertanya pakar oftalmologi anak anda untuk maklumat lanjut.

Anda perlu tahu alternatif lain untuk rawatan ini:

  • Cermin mata atau kanta lekap boleh digunakan untuk mengawal strabismus dengan membantu mata untuk memberi tumpuan.
  • Kadang-kadang meletakkan tampalan pada mata yang baik dapat melatih mata yang terjejas untuk bekerja supaya penglihatan berkembang dengan normal di kedua-dua mata.
  • Penglihatan berganda sering boleh dikawal dengan memakai gelas dengan kanta prisma khas.

Ia adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

Bagaimana Persediaan untuk pembedahan Juling pada kanak-kanak (Pembedahan)?

Operasi dijalankan di bawah anestetik umum. Anda mesti berbincang dengan doktor anak anda tentang ubat-ubatan, alergi atau keadaan kesihatan anak anda sebelum ini dan sebelum menjalani pembedahan, anda dan anak anda akan bertemu dengan pakar bius dan merancang anestetik bersama-sama. Ia adalah penting untuk mengikuti arahan mengenai masa untuk berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.

Anda mungkin dapat mengiringi anak anda ke teater operasi dan tinggal bersama mereka sehingga mereka diberi anestetik.

Apa yang terjadi semasa Juling pada kanak-kanak (Pembedahan) dilakukan?

Operasi dilakukan di bawah anestetik umum dan biasanya mengambil masa kira-kira 40 minit.

Pakar bedah anda akan memisahkan satu atau lebih otot mata dan akan menyambung semula mereka, menjadikannya lebih ketat atau lebih longgar berbanding sebelum ini bergantung kepada pembetulan yang perlu dibuat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas pembedahan Juling pada kanak-kanak (Pembedahan)?

Selepas pembedahan, kebanyakan kanak-kanak membuat pemulihan yang baik. Anak anda harus pulang ke rumah selepas beberapa jam. Walau bagaimanapun, anda dan anak anda perlu melihat beberapa perkara untuk tidak meradangkan mata, seperti berenang atau melakukan senaman berat sehingga anda telah memeriksa dengan pakar bedah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Strabismus Surgery. http://www.allaboutvision.com/conditions/strabismus-surgery.htm. Accessed July 16, 2016.
What is Strabismus? http://www.strabismus.org/surgery_crossed_eyes.html. Accessed July 16, 2016.
Squint – Surgery. http://www.nhs.uk/Conditions/Squint/Pages/Surgery.aspx. Accessed July 16, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Nur Bashirouh

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mata Juling VS Mata Malas: Benarkah Hanya Kanak-kanak Yang Berisiko Alaminya?

8 Mitos Berkenaan Kesihatan Mata Paling Popular! #5 Tu Boleh Percaya Ke?


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Bashirouh · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan