Jika anda dan pasangan gemar menggunakan alat mainan seks di ranjang, ‘penis sleeve’ atau sarung zakar mungkin antara alatan yang sudah tidak asing lagi.
Apa yang lebih menarik adalah ia dipercayai mampu bantu masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki meskipun alat ini hanya sekadar disarung di luarnya.
Persoalannya, adakah benar sarung zakar mampu bantu masalah mati pucuk? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!
Apa itu sarung zakar?
Sangat sesuai dengan namanya, ‘penis sleeve’ adalah sejenis alat mainan seks yang mungkin hampir menyerupai kondom namun dengan pelbagai variasi berbeza.
Tujuan utama penggunaannya adalah memberi satu ilusi nyata di mana kononnya saiz zakar itu akan lebih besar dan panjang ketika sedang bersenggama.
Selain daripada saiz, sarung zakar juga hadir bersama pelbagai tekstur sama ada berbonggol, bergerigi dan lain-lain yang boleh memberi sensasi buat pasangan.
Namun di sebalik itu juga, turut wujud beberapa manfaat lain penggunaan alat mainan seks ini terhadap kehidupan seksual anda dan pasangan di ranjang.
Apa manfaat sarung zakar?
Selain digunakan untuk memberikan lebih kepuasan buat pasangan ketika bersetubuh, ‘penis sleeve’ juga dipercayai hadir dengan pelbagai manfaat yang lain.
Ada dua masalah seksual utama lelaki yang dipercayai mampu untuk diselesaikan oleh penggunaan sarung zakar yakni berkaitan ereksi dan ejakulasi zakar.
Untuk masalah ereksi, alat ini dikatakan mampu bantu lelaki yang mati pucuk untuk mengekalkan ketegangan zakar mereka di saat penetrasi dilakukan.
Bagi masalah ejakulasi, alat ini dikatakan mampu bantu lelaki yang cepat pancut ekoran ketebalannya dan kemampuannya mengurangkan sensitiviti.
Ia mampu bantu masalah seksual lelaki?
Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, terdapat pelbagai manfaat penggunaan sarung zakar ini. Namun, sejauh manakah tahap keberkesanannya?
Kebanyakan informasi mengenai sarung zakar ini adalah bersifat anekdot memandangkan ia sangat bergantung pada keperluan dan kemahuan individu.
Kajian pada tahun 2017 pernah menyatakan bahawa ia adalah salah satu strategi terbaik yang bukan bersifat perubatan dan pembedahan bagi lelaki mati pucuk.
Kajian pada tahun 2019 pula menyatakan bahawa ia adalah sejenis bantuan yang diperlukan buat lelaki yang ada masalah ereksi zakar ketika berhubungan seks.
Jika difikirkan secara logiknya, ‘penis sleeve’ memang mampu bantu lelaki dengan masalah ejakulasi pramatang sama seperti penggunaan lapisan kondom.
Wujudkah sebarang risiko dan bahaya?
Memahami kemampuannya, ini sudah pasti akan membuatkan para lelaki yang bermasalah seksual untuk mencuba alat ini. Namun, awas dengan kesan sampingannya, ya!
Jika anda salah cara menyarung dan menggunakan alat ini, maka akan berlaku risiko geseran melampau pada zakar lantas terjadinya kerengsaan dan kesakitan.
Dalam beberapa kes yang jauh lebih ekstrem, penggunaan yang terlalu agresif pula mungkin akan membawa kerosakan atau kepatahan alat sulit lelaki.
Dalam erti kata yang lebih mudah, ‘penis sleeve’ ini juga mempunyai pro dan kontra yang tersendiri dan kalian wajar lebih berwaspada ketika menggunakannya.
Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk anda dan pasangan tahu akan cara penggunaan sarung zakar yang betul untuk elak risiko dan bahaya tersebut.
Bagaimana cara guna sarung zakar?
Pertama sekali, anda perlu pastikan ia adalah selesa untuk anda dan pasangan dengan cara membeli ‘penis sleeve’ yang tepat saiz dan tekstur.
Jika zakar lelaki masih mampu berereksi, adalah penting untuk anda menyarungkan ia ketika zakar sudah sederhana tegang agar ia tidak ketat dan tidak longgar.
Jika zakar lelaki tidak mampu berereksi, adalah penting untuk anda memastikan ada alat sokongan lain seperti ball loop atau belt yang disokong oleh testis.
Anda juga mungkin mahu menggunakan alat pelincir seks yang diperbuat daripada cecair sama ada di dalam atau di luar sarung zakar ini untuk melancarkan penetrasi.
Ia adalah salah satu ikhtiar yang baik!
Konklusinya, sarung zakar mungkin tidak mampu merawat masalah ereksi dan ejakulasi lelaki namun boleh membantu anda ketika berhubungan seks.
Sekiranya anda dan pasangan bercadang untuk mencuba, sila pastikan kalian membeli dan menggunakan ‘penis sleeve’ yang berkualiti dan diperakui.
Sila dapatkan pandangan dan bantuan pakar berdekatan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang lebih lanjut mengenai alat mainan seks ini.