backup og meta

Jika Suami Berniat Untuk Berpoligami, Isteri Pastikan Mereka Baca Artikel Ini Dulu!

Jika Suami Berniat Untuk Berpoligami, Isteri Pastikan Mereka Baca Artikel Ini Dulu!

Walaupun syarat poligami di Malaysia mungkin tidak begitu ketat, namun itu bukan bermakna para suami boleh berbuat demikian tanpa memikirkan hati isteri pertama. Ketahuilah, masih banyak lagi syarat berpoligami yang ramai belum tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila klik di sini.

Hukum poligami dalam Islam yang ramai salah faham

Untuk pengetahuan anda semua, Islam tidak mengharamkan amalan berkahwin lebih daripada seorang isteri jika tujuan poligami dalam Islam itu mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan dalam kalangan keluarga serta masyarakat.

Namun, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim menyatakan, mana-mana lelaki yang berniat untuk berpoligami dinasihatkan supaya berfikir masak-masak sebelum melakukan perkara tersebut.

Ini kerana syarat berpoligami sepatutnya tidak cuma terletak kepada kemampuan dan keadilan seorang lelaki itu sahaja, malah turut harus mempertimbangkan kesejahteraan fizikal serta mental mereka yang terlibat.

Dalam erti kata mudah, tidak salah untuk berpoligami selagi ia tidak menjejaskan diri dan rumah tangga suami isteri.

Sebagai seorang lelaki yang sihat tubuhnya dan waras akalnya, pelbagai perkara wajar dipertimbangkan sebelum anda memutuskan untuk meneruskan niat berkahwin lebih daripada satu, justeru fikirkanlah dengan bijak!

Bukan semua pasangan boleh hidup berpoligami.
Tujuan poligami dalam Islam.

Syarat berpoligami agar semua pihak kekal berbahagia

Sekiranya anda masih ingin berkahwin dua, tiga atau mungkin empat, jangan ikutkan hati dan hawa nafsu sahaja. Sebaliknya, pastikan anda telah memahami dan memenuhi syarat poligami di Malaysia seperti di bawah:

Syarat berpoligami #1. Cukup dari segi kemampuan

Pertama, anda perlu buka mata dan tanya diri sama ada mampu atau tidak untuk menyara diri, isteri-isteri dan anak-anak kelak.

Benar, tidak wujud tangga gaji minimum untuk poligami, tetapi adakah anda benar-benar mampu? Segala macam keperluan dari aspek makan minum, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain itu wajib dipenuhi.

Selain bab zahir atau nafkah, mampu dari segi batin juga perlu dipertimbangkan. Anda wajib melunaskan keperluan seksual setiap isteri dan juga nafkah untuk anak-anak agar tidak timbul isu ketidakpuasan hati yang boleh meranapkan institusi rumah tangga.

Syarat berpoligami #2. Saksama dalam aspek keadilan

Seterusnya, anda perlu sentiasa adil dan saksama dalam perihal rumah tangga.

Sebagai contoh mudah, anda perlu mencipta jadual untuk berinteraksi dan bermalam dengan seadilnya. Jika sekian jam dihabiskan untuk isteri pertama, waktu itu juga perlu seimbang kepada isteri-isteri yang lain.

Kalau berlaku perselisihan atau bermasam muka pula, siapa yang perlu dipersalahkan atau dimenangkan? Sudah tentu sebarang ketidakadilan itu akan membunuh keharmonian sekali gus kesejahteraan hidup keluarga kalian.

Kesihatan juga perlu bagus untuk hidup berpoligami.
Syarat poligami di Malaysia.

Kesihatan yang bagus adalah perkara paling penting!

Dalam masa yang sama, lelaki dengan ramai isteri atau anak harus sentiasa kekal sihat fizikal dan mental! Alasannya, anda bukan sahaja perlu menyara malah menjaga mereka sepanjang hayat dengan sempurna mungkin.

Jika anda sendiri terlantar sakit di rumah, bagaimana untuk menjana pendapatan tinggi yang diperlukan? Begitu juga dalam hal meluangkan waktu dengan para isteri dan anak, tubuh yang kuat dan cergas amat dituntut.

Hanya dengan gaya hidup yang sihat, anda mampu untuk berpoligami dalam rumah tangga. Maka, lelaki yang lemah, lesu dan mengamalkan hidup sedentari, mungkin boleh melupakan hasrat dan syarat berpoligami.

Kenapa anda perlu kekal sihat untuk hidup poligami?

Bukan itu sahaja, terdapat sebab yang lebih besar untuk lelaki kekal sihat sebagai antara syarat poligami di Malaysia. Atau jika tidak, risiko jangkitan penyakit kelamin (STI) tersebar itu adalah jauh lebih tinggi.

STI lebih bahaya kepada para isteri

Sebagai wanita yang bermadu, isteri-isteri mungkin lebih terdedah dengan risiko jangkitan STI. Ini kerana hubungan seksual bersama lebih daripada satu pasangan itu akan meningkatkan lagi risiko tersebut.

Dalam kes hidup bermadu atau berpoligami, tidak mustahil untuk suami terkena STI daripada pasangan mereka yang satu lagi lantas membuatkan isteri lain turut terdedah dengan penyakit kelamin.

Selain kondisi HIV atau HPV, penyakit jangkitan kelamin lain seperti sifilis, herpes, klamidia, gonorea, trikomoniasis dan lain-lain jenis juga akan lebih tinggi risikonya meskipun sudah dirawat.

Jadi, para suami bersama isteri-isteri itu harus menjalani kehidupan seksual dengan lebih selamat melalui langkah ini:

  1. Gunakan kondom ketika bersama terutama jika anda sedang merancang keluarga.
  2. Elakkan aktiviti seks berbahaya seperti berkongsi alat permainan seks.
  3. Dapatkan rawatan dan ubatan segera jika sudah dijangkiti STI.
  4. Lakukan rutin pemeriksaan dengan kerap walau tiada tanda atau simptom STI.
  5. Berkomunikasi bersama pasangan tentang aktiviti seksual kalian.

Kesihatan fizikal dan mental masing-masing

Terakhir, ada sebab kenapa syarat poligami di Malaysia itu harus ketat. Ini kerana jika tidak kena caranya, kesihatan fizikal dan mental setiap pihak yang terlibat akan terjejas, bukan hanya kepada para isteri dan anak sahaja.

Bayangkan anda sebagai lelaki, adakah anda mampu berdepan dan menyelesaikan masalah secara serentak dalam satu masa? Kesannya, anda mungkin boleh menjadi tidak keruan kerana memikirkan terlalu banyak masalah.

Dalam erti kata lain, poligami itu bukan untuk semua orang. Jika anda tidak mampu, maka jangan berani untuk cuba.

Konklusi

Syarat berpoligami itu bukan sahaja terletak kepada kemampuan dan keadilan semata-mata.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Polygamy and Its Impact on the Mental Health of Family Members: Implications for Counseling Practice, https://www.academia.edu/49165122/Polygamy_and_Its_Impact_on_the_Mental_Health_of_Family_Members_Implications_for_Counseling_Practice, Accessed Jan 8 2024.
  2. Polygamy is rare around the world and mostly confined to a few regions, https://www.pewresearch.org/short-reads/2020/12/07/polygamy-is-rare-around-the-world-and-mostly-confined-to-a-few-regions/,
  3. The Problems with Polygamy, https://ifstudies.org/blog/the-problems-with-polygamy, Accessed Jan 8 2024.
  4. Sexually transmitted infections in polygamous mating systems,  https://royalsocietypublishing.org/doi/full/10.1098/rstb.2012.0048, Accessed Jan 8 2024.
  5. Sexually Transmitted Diseases & Infections (STDs & STIs), https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9138-sexually-transmitted-diseases–infections-stds–stis, Accessed Jan 8 2024.

Versi Terbaru

10/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Alamak, Betul Ke Kerap Beronani Punca Zakar Mengecil? Jaga-Jaga Dengan 4 Sebab Ini!

13 Punca Lelaki Tak Subur, Berat Badan Salah Satu Sebabnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan