backup og meta

Lelaki Pasang Bearing Nak Tunjuk Perkasa & Bikin Isteri Puas? AWAS! Ini Bahayanya!

Lelaki Pasang Bearing Nak Tunjuk Perkasa & Bikin Isteri Puas? AWAS! Ini Bahayanya!

Pernah terdengar atau terbaca tentang bearing lelaki yang kononnya mampu tingkat kemampuan dan ketahanan di ranjang? Jangan cepat sangat percaya, ia mungkin hanya omong kosong!

Jika ingin tahu tentang bearing untuk lelaki dengan lebih lanjut, terus baca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

Apa itu bearing lelaki?

Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak alat di pasaran dengan tujuan ‘memperkasakan’ alat sulit lelaki dan bearing lelaki adalah antara peralatan yang mungkin agak popular.

Buat anda yang mungkin masih belum tahu, ia adalah sejenis objek berbentuk seperti sebuah kapsul yang dipasang di dalam zakar dan ia boleh terlihat dengan jelas dari luar.

Bearing yang turut dikenali dengan nama implan zakar ini ada banyak jenis dan majoritinya diperbuat daripada bahan seperti besi, logam, getah dan lain-lain sesuai permintaan.

Sebenarnya, penggunaan bearing untuk lelaki ini berasal daripada ritual banduan penjara di mana mereka akan memasukkan implan akrilik hasil potongan tangkai berus gigi untuk menandakan berapa tahun hukuman mereka di belakang palang itu.

bearing lelaki

Ya, ia memang merupakan prosedur tidak sihat dan dilakukan secara sendiri tanpa pantauan pegawai atau doktor di penjara. Namun, penggunaannya kini telah makin meluas.

Apa fungsi bearing lelaki?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, tujuan asal alat ini dipasang di dalam zakar lelaki adalah sebagai tanda berapa lama hukuman mereka berada dalam penjara.

Lama-kelamaan, ia telah jadi satu trend tidak sihat di mana ada juga lelaki yang ingin mencuba untuk memasang implan zakar ini kononnya untuk jadi lebih ‘jantan’ dan ‘perkasa’.

Dipercayai bahawa bearing untuk lelaki mampu meningkatkan kemampuan dan ketahanan si jejaka ketika melakukan hubungan seksual bersama pasangan di ranjang. Hakikatnya, ia bukan begitu kerana implan ini hanya akan beri satu sensasi unik.

Kewujudan bendasing di dalam zakar ini mungkin boleh disamakan dengan penggunaan kondom berduri di mana ia akan beri pengalaman penetrasi berbeza pada faraj pasangan.

Cuma, alat ini juga dalam masa yang sama turut hadir dengan bahaya terhadap diri dan pasangan. Jadi, ia sudah tentu bukan sesuatu yang perlu untuk individu pertimbangkan.

Ini bahaya yang bakal jadi jika pasang!

Dalam usaha anda mencari dan mengejar kepuasan seksual, anda juga tidak boleh lupa bahawa setiap perkara itu mungkin ada pro dan kontra. Jangan salah pilih cara ya!

bearing lelaki

Menurut Pengamal Perubatan, Dr Sashini Seeni, ada banyak kesan mudarat bearing ini iaitu:

Mudarat pada diri sendiri

Pertama, pemasangan bearing lelaki ini berisiko untuk kaum Adam terdedah kepada infeksi. Ini kerana prosedur ini biasa dijalankan tanpa pengawasan mereka yang bertauliah.

Disebabkan itu pula, penawar khidmat pemasang alat ini mungkin akan menggunakan cara yang tidak nyahkuman sekali gus meningkatkan lagi risiko infeksi mikrobiom.

Kesannya, maka akan berlaku pelbagai masalah dan komplikasi serius pada zakar lelaki seperti keradangan, kesakitan dan kebengkakan.

Apa yang lebih menakutkan, pemasangan alat ini turut boleh mendatangkan isu kemandulan serta kanser jenis sel squamous.

Bearing lelaki bawa mudarat pada pasangan

Bagi pasangan anda pula, mereka mungkin akan menderita dengan rasa sakit serta tidak selesa setiap kali bersenggama akibat objek yang ditanam di dalam zakar anda itu.

Ini sudah tentu disebabkan oleh kewujudan objek asing di dalam zakar anda yang mungkin boleh melukakan sekali gus memudaratkan kawasan dalaman faraj pasangan.

Tanya pada diri, adakah anda mahu terus menggunakan alat ini jika ia memudaratkan orang yang anda sayangi?

bearing lelaki

Jangan pasang bearing untuk lelaki, bahaya!

Konklusinya, implan zakar ini mungkin dipercayai mampu meningkatkan kemampuan dan ketahanan lelaki di kamar tidur. Namun, ia tidak pernah atau akan disokong oleh pakar.

Ini kerana sehingga kini masih tidak wujud kajian yang menyatakan sokongan terhadap alat ini. Sebaliknya, lebih banyak yang mungkin cenderung kata tidak pada bearing.

Sekiranya anda ada sebarang masalah berkaitan dengan prestasi seksual, jangan terus mengambil keputusan untuk memasang implan di dalam alat kelamin atau sebarang alat lain seperti cincin zakar, pam zakar dan lain-lain.

Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang perihal memasang atau membuang implan dari zakar anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Penile Implants, https://healthcare.utah.edu/menshealth/treatments/penile-implants/, Accessed Apr 20 2022.
  2. Penile implants, https://middlesexhealth.org/learning-center/tests-and-procedures/penile-implants, Accessed Apr 20 2022.
  3. Penile implants, https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/penile-implants/about/pac-20384916, Accessed Apr 20 2022.
  4. Penile Implants, https://www.uclahealth.org/urology/mens-clinic/penile-implants, Accessed Apr 20 2022.
  5. 5 Things to Know If You’re Considering a Penile Implant, https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2020/feb/5-things-to-know-if-you-are-considering-a-penile-implant/, Accessed Apr 20 2022.

Versi Terbaru

08/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tidak Hanya Besarkan Kemaluan, Vakum Zakar Juga Boleh Rawat Mati Pucuk?

Nak Sarung Cincin Zakar Untuk Elak Tewas Awal, Encik Suami Boleh Bertahan Selama 30 Minit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan