Definisi
Apa itu Hipogonadisme?
Hipogonadisme adalah keadaan yang menjejaskan gonad, kelenjar yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon seks dalam badan iaitu testis dalam lelaki dan ovari dalam perempuan.
Anda pasti?
Hipogonadisme adalah keadaan yang menjejaskan gonad, kelenjar yang bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon seks dalam badan iaitu testis dalam lelaki dan ovari dalam perempuan.
Dalam pesakit hipogonadisme, hormon seks mereka terlalu rendah hingga mempengaruhi pertumbuhan maskulin dan feminin, seperti perkembangan payudara, perkembangan testis dalam lelaki, dan pertumbuhan bulu pubik. Ia juga boleh menjejaskan kitaran haid dan penghasilan sperma.
Terdapat dua jenis hipogonadisme: hipogonadisme primer dan sekunder/sentral
Hipogonadisme pada lelaki boleh berlaku tanpa mengira usia, paras testosteron rendah terutamanya biasa ditemui pada lelaki yang lebih berusia. Lebih daripada 60% lelaki berumur 65 tahun ke atas mempunyai tahap testosteron bebas di bawah nilai normal bagi lelaki berusia 30 hingga 35 tahun.
Hipogonadisme sering bermula pada tiga titik kehidupan: semasa perkembangan janin, sebelum akil baligh atau semasa dewasa. Simptom yang mungkin berlaku termasuklah:
Lelaki
Perempuan
Terdapat tanda atau simptom yang tidak terdapat di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusyilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Temui doktor jika anda mengalami sebarang simptom hipogonadisme yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang soalan. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.
Hipogonadisme adalah keadaan yang diwarisi, tetapi dalam beberapa kes, Hipogonadisme mungkin terjadi disebabkan kecederaan atau jangkitan. Anda mungkin mempunyai satu jenis hipogonadisme atau kedua-duanya sekali. Penyebab utama hipogonadisme primer termasuklaj:
Punca utama hipogonadisme sekunder termasuklah:
Anda mungkin berisiko tinggi mendapat hipogonadisme jika anda mempunyai:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan memeriksa tanda fizikal hipogonadisme, tetapi cara terbaik untuk mendiagnosis adalah dengan menjalani ujian makmal. Beberapa ujian yang biasa dilakukan untuk keadaan ini termasuklah:
Ujian pengimejan kadangkala diperlukan, seperti sonogram ovari. Sekiranya penyakit pituitari disyaki, imbasan MRI atau CT otak mungkin dijalankan.
Untuk mengimbangkan tahap hormon dalam badan, anda mungkin perlu mengambil ubat berasaskan hormon seperti estrogen dan progesteron bagi perempuan sementara testosteron bagi lelaki. Ubat tersebut tersedia dalam bentuk pil, patch kulit, gel kulit, atau suntikan. Sesetengah pesakit mungkin memerlukan pembedahan dan terapi radiasi.
Hipogonadisme adalah keadaan kronik yang memerlukan rawatan sepanjang hayat kerana tahap hormon seks mungkin berkurang jika anda menghentikan pengambilan ubat. Ikuti saranan gaya hidup ini untuk kekal sihat dengan hipogonadisme:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Male hypogonadism. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/male-hypogonadism/basics/definition/con-20014235. Accessed August 10, 2016.
Hypogonadism. http://emedicine.medscape.com/article/922038-overview#a1. Accessed August 10, 2016.
Hypogonadism. https://medlineplus.gov/ency/article/001195.htm. Accessed August 10, 2016.
Hypogonadism. http://www.healthline.com/health/hypogonadism#Overview1. Accessed August 10, 2016.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen