backup og meta

5 Fakta Mengenai Onani Yang Lelaki Wajib Tahu! No #3 Paling Mengejutkan!

5 Fakta Mengenai Onani Yang Lelaki Wajib Tahu! No #3 Paling Mengejutkan!

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu lebih mendalam tentang fakta onani yang remaja lelaki perlu tahu dari segi kesihatan!

Bagi kebanyakan individu, perbuatan onani atau melancap adalah satu perkara yang normal dan biasa dilakukan terutamanya kepada golongan remaja lelaki.

Mereka beranggapan bahawa perbuatan ini hanya sekadar kelakuan yang ringan untuk memuaskan nafsu mereka tanpa melibatkan apa-apa kemudaratan terhadap kesihatan mereka.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

5 fakta onani yang remaja lelaki wajib tahu!

Hakikatnya, memang ramai yang mempunyai tabiat buruk ini terutamanya remaja lelaki kerana hanya memikirkan keseronokan sementara tanpa memandang berat aspek dosa dan pahala.

Ini kerana, beronani adalah satu perbuatan yang dilarang dalam agama Islam. Pun begitu, ia kini sudah dianggap sebagai sesuatu norma dalam masyarakat moden.

Dalam erti kata yang lain, ia sudah berubah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Pun begitu, beberapa perkara perlu diketahui oleh golongan remaja lelaki mengenai onani ini.

Sila teruskan pembacaan untuk tahu beberapa fakta onani yang kalian wajib tahu!

#1. Lelaki melancap mempunyai risiko yang tersendiri

lelaki beronani

Perbuatan ini sememangnya tidak mempunyai risiko yang tinggi kerana ia adalah perlakuan seks yang paling selamat. Tidak ada lagi individu yang mengalami STD disebabkan oleh melancap.

Namun begitu, perbuatan onani yang terlalu kerap boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit alat kemaluan dan membuatkannya bengkak. Jika ia terjadi, segera berjumpa dengan doktor.

#2. Onani tidak mendatangkan manfaat seperti hubungan seks

Kajian menunjukkan bahawa hubungan seks akan mendatangkan manfaat terutamanya kepada lelaki. Ia dapat menstabilkan tekanan darah serta menjamin kesihatan jantung dan prostat.

Namun begitu, manfaat ini hanya akan diperolehi melalui hubungan seks bersama pasangan sahaja, bukan melalui perbuatan onani.

#3. Tidak ada kiraan normal untuk beronani

lelaki melancap

Menurut seorang pakar dalam bidang seksologi, Logan Levkoff, perlakuan onani bergantung sepenuhnya kepada individu itu sendiri.

Tidak ada waktu, kadar dan tempoh spesifik yang dinasihatkan untuk melakukannya atau tidak. Oleh itu, anda sebagai seorang remaja lelaki yang sudah matang mampu untuk membuat keputusan anda sendiri.

#4. Onani tidak akan merosakkan hubungan anda bersama pasangan

Perbuatan onani sebenarnya hanya akan dilakukan oleh remaja lelaki ketika mereka sedang membujang dan tidak mempunyai kena mengena dengan pasangan mereka.

Perbuatan ini bukan semata-mata terdorong oleh keinginan seksual, namun ia juga merupakan satu rutin untuk menghilangkan stres atau memudahkan remaja lelaki untuk tidur.

#5. Melancap dapat membantu kehidupan seks kelak

manfaat seks waktu pagi

Menerusi perbuatan onani, lelaki akan mula belajar mengenai seks. Ia dapat memberi mereka pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengetahui apa yang mereka suka atau tidak semasa melakukan seks.

Ini sangat penting kepada remaja lelaki dan pasangannya agar mereka dapat meniti kehidupan seks yang indah apabila berkahwin kelak.

Namun begitu, pilihan sebenarnya terletak di tangan anda. Sebagai seorang individu yang beragama islam, perbuatan ini jelas sekali haram untuk dilakukan.

Sebaiknya, pertimbangkan setiap baik dan buruk perbuatan onani ini sebelum memutuskan untuk melakukannya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.plannedparenthood.org/learn/sex-pleasure-and-sexual-dysfunction/masturbat

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/male-infertility/expert-answers/male-masturbation/faq-20058426

https://www.jstor.org/preview-page/10.2307/3704330?seq=1

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9121-sexual-dysfunction

https://www.catholiceducation.org/en/marriage-and-family/sexuality/masturbation.html

 

Versi Terbaru

19/05/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Selalu Onani Guna Losyen, Ia Hanya Memberi Risiko Pada Alat Sulit, Ini 4 Tip Memilih Pelincir Yang TEPAT

Wanita Boleh Terpancut Saat Berasmara? Ini Rahsia Di Sebalik Ejakulasi Isteri


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan