backup og meta

Cuba Cara Ini Untuk Kawal Gula Dalam Darah Anda Dengan Diabetes!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2023

    Cuba Cara Ini Untuk Kawal Gula Dalam Darah Anda Dengan Diabetes!

    Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kadar kelaziman obesiti meningkat daripada 17.7% (3.3 juta rakyat Malaysia) pada tahun 2015 kepada 19.7% pada tahun 20191.

    Masalah berat badan berlebihan atau obesiti boleh memendekkan jangka hayat dan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lain seperti penyakit jantung, diabetes 2 dan tekanan darah tinggi1. Berdasarkan kajian, didapati hampir 75% rakyat Malaysia yang menghidap diabetes jenis 2 adalah obes2.

    Menurut kajian lanjut, penurunan setiap 5% lemak dalam badan dapat mengurangkan risiko diabetes individu sebanyak 25%3. Untuk individu yang menghidap diabetes jenis 2, penurunan berat sehingga 10% atau lebih dalam tempoh lima tahun selepas didiagnosis adalah dua kali lebih berkemungkinan mengurangkan risiko, berbanding mereka yang mengekalkan berat badan yang sama4.

    Oleh itu, penting bagi setiap individu yang obes untuk melakukan perubahan gaya hidup, bukan sahaja bagi menurunkan berat badan, tetapi juga untuk mengekalkan risiko diabetes pada tahap yang rendah1.

    Dalam masa yang sama, apabila sel lemak berlebihan dibakar melalui amalan gaya hidup sihat, ia membolehkan proses metabolik badan untuk diselaras semula dan mencapai keseimbangan. Proses ini membantu pesakit diabetes untuk menguruskan penyakit mereka dengan lebih baik.

    Perubahan Gaya Hidup Untuk Penurunan Berat Badan & Kawalan Diabetes Yang Lebih Baik

    Perubahan amalan gaya hidup adalah perkara asas untuk mengawal berat badan dan diabetes. Salah satu perubahan gaya hidup penting yang perlu diamalkan setiap individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes adalah pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat.

    Untuk menggalakkan penurunan berat badan dan kawalan diabetes yang lebih baik, pesakit diabetes yang obes boleh mengambil karbohidrat daripada sumber nutrien yang tinggi dengan kandungan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, daging dan bijirin penuh serta minum air dengan mencukupi setiap hari5.

    Alternatif yang lain adalah mengambil makanan yang mempunyai kandungan indeks glisemik (GI) rendah, makanan yang berkalori rendah, atau makanan yang mempunyai kepelbagaian kandungan karbohidrat, protein atau lemak6.

    Pesakit juga boleh menyenaraikan aktiviti dan keperluan tenaga hariannya. Ini dapat membantu mereka sepanjang proses penurunan berat badan dan makan berdasarkan keperluan kalori harian5. Perubahan gaya hidup yang lain adalah bersenam secara kerap. Sebagai contoh, pesakit seharusnya menyasarkan minimum 150 minit bagi setiap senaman berintensi sederhana, disertai dengan senaman kekuatan atau rintangan sebanyak 2-3 kali seminggu7.

    Walau bagaimanapun, segelintir individu mungkin akan mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan walaupun sudah mengamalkan gaya hidup sihat.

    Kenapa Sukar Untuk Turunkan Berat Badan Walaupun Sudah Mengamalkan Gaya Hidup Sihat?

    Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kesukaran ini. Pertama sekali, masalah tidur yang tidak mencukupi. Tidur yang cukup dan berkualiti memainkan peranan penting kerana jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, ia boleh menyebabkan selera makan meningkat, seterusnya menyumbang kepada pengambilan kalori melebihi keperluan8.

    Selain itu, pengambilan ubat-ubatan bagi sesetengah penyakit juga boleh menyukarkan penurunan berat badan dan berpotensi menyebabkan individu mengalami kenaikan berat badan sebagai kesan sampingan9.

    Kini, terdapat kelas ubat antidiabetik terbaharu yang dikenali sebagai glucagon-like peptide-1 receptor agonists (GLP-1 RA) yang berkesan mengawal paras gula dalam darah pesakit dan menggalakkan penurunan berat badan secara sihat.

    Adakah GLP-1 RA Efektif Untuk Menurunkan Berat Badan & Diabetes?

    Yang menariknya, jawapan bagi soalan ini adalah ‘ya’. Ini kerana pengambilan GLP-1 RA mendorong peningkatan rembesan insulin, menurunkan rembesan glukagon, merencatkan pengosongan perut dan meningkatkan jangka masa kekenyangan tanpa bergantung kepada kehadiran makanan10.

    Ini dapat membantu pesakit diabetes mencapai kawalan indeks glisemik (GI) yang baik, malah juga pelan penurunan berat badan dengan lebih berkesan kerana ia meningkatkan jangka masa kekenyangan serta tabiat pemakanan, lalu mengurangkan pengambilan tenaga10.

    Namun begitu, anda disaran untuk mendapatkan konsultasi doktor yang bertauliah sebelum memilih dan merangkumkan GLP-1 RA dalam pelan pengurusan diabetes dan penurunan berat badan anda. Doktor merupakan individu yang paling berkelayakan untuk menentukan impak berat badan terhadap kesihatan anda apabila memberikan preskripsi terapi untuk menurunkan paras gula dalam darah9.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan