backup og meta

Risiko Mata Buta Akibat Diabetes, Ini Komplikasi Besar Mungkin Berlaku

Risiko Mata Buta Akibat Diabetes, Ini Komplikasi Besar Mungkin Berlaku

Penghidap diabetes berisiko mengalami komplikasi yang boleh menjejaskan penglihatan hingga menyebabkan mata buta.

Ia dikenali sebagai retinopati diabetik (diabetic retinopathy), iaitu kerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi penyakit diabetes.

Ini terjadi akibat dinding salur darah yang lemah menyebabkan berlakunya kebocoran lemak dan penyumbatan kapilari. Keadaan ini boleh menyebabkan penglihatan merosot dan seterusnya mata buta.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kencing Manis, sila dapatkannya di sini. 

Gambar ihsan www.myhealth.gov.my

Simptom retinopati diabetik

Retinopati diabetik biasanya memberi kesan pada kedua-dua mata. Anda mungkin tidak mengalami simptom pada peringkat awal retinopati diabetes.

Apabila keadaan semakin meningkat, simptomnya mungkin termasuk:

Punca retinopati diabetik

Retinopati diabetek disebabkan oleh tahap glukosa darah yang tinggi. Dari semasa ke semasa, paras glukosa gula yang tinggi dapat melemahkan dan merosakkan saluran darah kecil di dalam retina.

Ini boleh menyebabkan pendarahan, eksudat dan pembengkakan retina. Kemudiannya memecahkan retina oksigen, dan pembuluh darah yang tidak normal boleh berkembang.

Kawalan glukosa dalam darah yang baik membantu mengurangkan risiko retinopati diabetes.

4 peringkat retinopati diabetik 

Rawatan retinopati diabetik

Mengawal diabetes

Pastikan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat sebahagian daripada rutin harian anda. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti aerobik sederhana, seperti berjalan kaki, setiap minggu. Ambil ubat diabetes atau insulin seperti yang disarankan doktor. 

Awasi tahap gula dalam darah

Anda mungkin perlu menyemak dan merekodkan paras gula dalam darah anda beberapa kali dalam sehari. Pengukuran lebih kerap mungkin diperlukan jika anda sakit atau mengalami tekanan. Tanya doktor berapa kerap anda perlu menguji gula dalam darah anda.

Pastikan tekanan darah dan kolesterol terkawal

Makan makanan sihat, bersenam secara teratur dan kehilangan berat badan berlebihan boleh membantu. Kadang-kadang ubat juga diperlukan.

Tanya doktor mengenai pemeriksaan hemoglobin glikosilasi

Ujian hemoglobin glikosilasi, atau ujian hemoglobin A1C, menunjukkan tahap gula darah purata anda untuk tempoh dua hingga tiga bulan sebelum ujian. Bagi kebanyakan orang, matlamat A1C adalah kurang daripada 7 peratus.

Sekiranya perubahan penglihatan anda secara tiba-tiba atau penglihatan menjadi kabur, berbintik atau berjerebu, segera berjumpa doktor. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Diabetic Retinopathy https://www.diabetes.co.uk/diabetes-complications/diabetic-retinopathy.html Accessed on June 12, 2018.

Retinopati Diabetik http://www.myhealth.gov.my/retinopati-diabetik/ Accessed on June 12, 2018.

Retinopati Diabetes boleh menyebabkan buta di usia muda http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2017/11/30/retinopati-diabetes-boleh-menyebabkan-buta-di-usia-muda/ Accessed on June 12, 2018.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-retinopathy/symptoms-causes/syc-20371611

https://www.verywellhealth.com/diabetic-retinopathy-3421721

Versi Terbaru

17/04/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew

Diperbaharui oleh: Dr Rizan Nasir


Artikel Berkaitan

Ikut Panduan Waktu Makan Ini Jika Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Kencing Manis Jenis 1

BERITA BAIK! Vaksin Untuk Pesakit Kencing Manis Jenis 1 Sedang Dicipta, Kenali 3 Jenisnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Chooi Kheng Chiew

Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan