backup og meta

Jika Diabetes Ketika Mengandung Tidak Hilang Selepas Bersalin, Apa Akan Jadi?

Jika Diabetes Ketika Mengandung Tidak Hilang Selepas Bersalin, Apa Akan Jadi?

Selain kencing manis jenis 1 dan 2 yang lebih popular dan sering berlaku pada masyarakat kita, wujud juga diabetes ibu hamil yang hanya terjadi ketika kehamilan.

Kebiasaannya, diabetes gestasi ini hanya akan terjadi di waktu seseorang wanita itu sedang mengandung dan mungkin akan hilang kelak apabila sudah bersalin.

Persoalannya, apakah yang akan terjadi kepada penderita sekiranya diabetes ibu hamil ini tidak hilang selepas bersalin? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu!

Apa itu diabetes ibu hamil?

Untuk pengetahuan anda, diabetes ibu hamil adalah sejenis penyakit kencing manis ketika mengandung yang akan bermula semasa minggu ke-24 kehamilan.

Kondisi ini boleh mempengaruhi bagaimana sel-sel dalam tubuh badan menggunakan glukosa lantas menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah.

Apa yang menakutkan adalah diabetes ibu hamil mungkin tidak akan menunjukkan sebarang simptom dan hanya dapat dikesan apabila glukosa sudah terlalu tinggi.

Pun begitu, sebahagian wanita mungkin masih akan menunjukkan beberapa simptom seperti:

  • Selalu haus
  • Kerap kencing
  • Cepat penat
  • Mulut kering

Namun simptom-simptom di atas ini juga merupakan gejala yang biasa berlaku semasa wanita mengandung, jadi sila berjumpa doktor untuk didiagnosis.

diabetes ibu hamil

Apa punca diabetes ibu hamil?

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ yang terletak di belakang perut.

Ia membantu tubuh badan anda untuk menggunakan serta memanfaatkan glukosa bagi mendapatkan tenaga dan mengawal kandungan gula dalam darah.

Punca kondisi ini terjadi kerana tubuh badan ibu hamil tidak dapat menghasilkan insulin mencukupi ataupun jika menghidapi kerintangan insulin.

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan diabetes ibu hamil berlaku seperti:

  • Berusia lebih daripada 25 tahun
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti
  • Mengalami sindrom polisistik ovari
  • Mengalami intoleransi glukosa
  • Mengambil ubatan tertentu seperti glukokortikoid, antipsikotik atau beta-blockers

Jika ia tidak dirawat, anda dan bayi akan…

Penyakit kencing manis ibu hamil ini juga adalah sama seperti jenis diabetes yang lain, yang akan mendatangkan kesan sampingan kepada penderita.

Apa yang lebih membimbangkan adalah diabetes ibu hamil ini akan menjejaskan kedua-dua ibu mengandung itu sendiri serta bayi dalam kandungan.

diabetes ibu hamil

Berikut adalah kesan kencing manis gestasi ini kepada ibu yang hamil dan bayi dalam perut:

Kesan diabetes gestasi kepada ibu yang mengandung

  • Berisiko bersalin dengan cara pembedahan caesarean
  • Berisiko diminta untuk bersalin dengan lebih awal
  • Berisiko mengalami diabetik ketoasidosis
  • Berisiko mengalami jangkitan kulat pada kulit
  • Berisiko terkena jangkitan pada salur kencing
  • Proses induksi untuk gagal adalah lebih tinggi

Kesan diabetes gestasi kepada bayi dalam kandungan

  • Berisiko lahir dengan saiz yang terlalu besar
  • Berisiko bahu tersangkut pada salur lahir ibu
  • Berisiko menghidap penyakit kencing manis
  • Berisiko mengalami masalah kegemukan
  • Berisiko mengalami kecacatan saraf
  • Kematian mengejut bayi dalam kandungan 

Disebabkan itu, adalah penting untuk ibu hamil yang mengalami kondisi ini mengawal serta merawat ia agar tidak melarat. Bagaimana jika ia tidak hilang?

Apa akan berlaku jika ia tidak hilang?

Buat anda yang masih belum tahu, kondisi diabetes ibu hamil boleh berlaku kepada wanita mengandung walaupun sebelum ini mereka tidak pernah mengalaminya.

Selain itu, ada juga wanita yang akan mengalaminya lebih daripada 1 kali pada setiap kehamilan mereka namun ia akan hilang apabila sudah bersalin kelak.

Ya, ramai pakar berpendapat bahawa penyakit kencing manis ibu mengandung akan hilang dengan sendiri apabila mereka sudah melahirkan anak.

Namun, ada juga keadaan tertentu di mana kondisi ini tidak akan hilang walaupun sudah bersalin dan akan membawa kepada masalah lain pula.

diabetes ibu hamil

Sekiranya kondisi ini tidak hilang, ibu hamil tadi akan berisiko mengalami kencing manis jenis 2 sebagai lanjutan daripada kondisi diabetes ibu hamil.

Apa perlu buat jika ada diabetes gestasi?

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah berjumpa dengan doktor untuk diagnosis bagi mengesahkan sama ada anda benar-benar mengalaminya.

Jika anda sudah disahkan menghidapinya, terdapat beberapa cara untuk dibuat ibu hamil bagi mengawal dan merawat kondisi ini termasuklah:

Paling penting, sentiasa ukur dan lihat kadar gula dalam darah anda semasa sedang hamil bagi mengelak komplikasi pada anda dan juga bayi.

Jika ada sebarang persoalan mengenai kondisi diabetes gestasi ini, sila berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor anda segera.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.cdc.gov/pregnancy/diabetes-gestational.html
  2. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=diabetes-and-pregnancy-90-P02444
  3. https://www.marchofdimes.org/complications/gestational-diabetes.aspx
  4. https://www.southshorehealth.org/wellness/blog/seven-things-you-should-know-about-gestational-diabetes
  5. https://www.cedars-sinai.org/blog/gestational-diabetes.html

Versi Terbaru

03/12/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu IVF 50% Lebih Berisiko Menghidap Diabetes Gestasi, Benarkah?

Cara Merawat Diabetes Gestasi untuk Wanita Hamil


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan