backup og meta

Awasi Strok Jika Anda Ada Diabetes

Awasi Strok Jika Anda Ada Diabetes

Strok sangat terkait rapat dengan diabetes. Bukan sahaja strok, diabetes atau kencing manis juga merupakan faktor risiko bagi banyak penyakit lain termasuk:

  • Penyakit jantung iskemik.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Penyakit buah pinggang.

Kebiasaannya, strok tidak akan hadir secara bersendirian. Apa seseorang terkena serangan strok, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengesan penyakit-penyakit yang berkaitan seperti yang disebutkan di atas. Sebagai faktor risiko nombor dua bagi strok selepas tekanan darah tinggi, pesakit diabetes haruslah berjaga-jaga dan memastikan agar kadar gula di dalam darah sentiasa terkawal.

Bagaimana dua penyakit ini berkaitan?

Pesakit diabetes mempunyai risiko 1.5 kali lebih tinggi untuk mengalami strok berbanding orang biasa. Selain itu, dua penyakit ini juga banyak berkongsi faktor risiko yang sama termasuk:

  • Berat badan berlebihan.
  • Kolesterol tinggi di dalam darah.
  • Merokok.

Hampir semua makanan yang kita makan akan diuraikan kepada glukosa untuk diambil oleh sel-sel badan sebagai makanannya. Bagi membolehkan glukosa ini diambil, hormon insulin akan dibebaskan oleh kelenjar pankreas. Bagi pesakit kencing manis, insulin yang dihasilkan adalah terlalu sedikit (jenis 1) atau insulin yang ada tidak dapat digunakan oleh sel-sel terbabit (jenis 2).

Hasilnya, kadar glukosa di dalam darah akan meningkat, dalam masa yang sama sel-sel badan masih tidak mendapatkan makanan. Semakin lama, glukosa yang tinggi itu akan menyebabkan pertambahan lemak di dalam saluran darah sehingga ia menjadi sempit. Saluran darah yang sempit mengurangkan aliran oksigen ke otak dan membawa kepada strok.

Gaya hidup sihat dan rawatan membantu mengawal glukosa darah

Dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta mengikuti rawatan yang betul, strok dapat dicegah. Apa yang anda boleh lakukan?

  • Amalkan diet sihat – tinggi serat dan kurang lemak serta gula.
  • Kekalkan berat badan yang sihat berpandukan Indeks Jisim Badan (BMI) dan ukur lilit pinggang.
  • Berhenti merokok.
  • Amalkan senaman berkala sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi.
  • Elakkan atau kurangkan alkohol.

Sila berbincang dengan doktor anda tentang rawatan yang sesuai dengan keadaan semasa anda. Rawatan bagi diabetes adalah banyak termasuk ubat-ubatan dan insulin. Tempoh masa yang lama diperlukan sebelum darah menjadi sempit dan serangan strok berlaku. Ia mungkin tidak menunjukkan apa-apa simptom dalam tempoh berkenaan. Oleh itu, langkah pencegahan harus diambil awal semasa glukosa darah masih boleh dikawal dan tiada apa-apa komplikasi berlaku.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Diabetes and Stroke – http://www.stroke.org/sites/default/files/resources/DiabetesBrochure.pdf

Stroke: Diabetes and Other Risk Factors – https://www.healthline.com/health/diabetes/diabetes-and-stroke

Versi Terbaru

23/11/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Buah Yang Dilarang Untuk Penderita Diabetes, Bukan Semuanya Boleh Makan!

Hipoglisemia Di Tempat Kerja, Ini Bahaya Gula Darah Rendah Pada Para Pekerja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan