Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang sangat berleluasa di Malaysia. Ia juga sering dikatakan sebagai salah satu dari penyakit tiga serangkai bagi orang berumur bersama-sama dengan penyakit buah pinggang dan penyakit jantung.
Mari kita lihat 6 fakta tentang diabetes.
1. Diabetes merupakan kebimbangan utama doktor di Malaysia
Mana tidaknya, data menunjukkan bahawa 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidapi diabetes iaitu 20 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah satu angka yang amat membimbangkan.
2. Mengambil gula semata-mata tidak menyebabkan diabetes
Kita mungkin selalu dinasihatkan supaya jangan ambil banyak gula untuk mengelakkan penyakit diabetes. Ia tidak sepenuhnya benar kerana diabetes adalah penyakit yang kompleks melibatkan banyak faktor. Selain gula, genetik, persekitaran dan gaya hidup juga menyumbang kepada diabetes. Sungguhpun begitu, ia tidak menjadi lampu hijau untuk anda ambil banyak gula!
3. Diabetes bukan penyakit berjangkit
Anda tidak perlu risau tinggal bersama pesakit diabetes kerana ia tidak berjangkit seperti batuk dan selesema. Namun, apa yang mungkin boleh berjangkit adalah tabiat makan dan gaya hidup yang boleh menyumbang kepada diabetes.
5. Orang gemuk tidak semestinya akan mendapat diabetes
Walaupun berat badan berlebihan adalah salah satu daripada faktor risiko diabetes, ia bukanlah satu kemestian. Ada orang gemuk yang tidak mengalami diabetes dan ada juga orang kurus yang mendapat diabetes.
5. Diabetes tidak boleh dirawat
Sebaik sahaja seseorang disahkan menghidap diabetes, penyakit tersebut akan kekal selama-lamanya. Rawatan yang diberikan hanya bersifat sokongan dan perlu diteruskan seumur hidup. Sebab itu pencegahan sangat penting dalam diabetes.
6. Suntikan insulin tidak menyakitkan
Jika dilakukan dengan cara dan teknik yang betul, ia tidak sepatutnya menyakitkan. Suntikannya tidaklah dalam seperti suntikan untuk mengambil darah, ia hanyalah di bawah permukaan kulit.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
[embed-health-tool-bmi]