Ramai masih menganggap kayap kulit sekadar ruam yang menyakitkan, tetapi hakikatnya ia adalah jangkitan virus yang boleh mengganggu saraf, menjejaskan aktiviti harian dan menyebabkan sakit berpanjangan.
Ramai masih menganggap kayap kulit sekadar ruam yang menyakitkan, tetapi hakikatnya ia adalah jangkitan virus yang boleh mengganggu saraf, menjejaskan aktiviti harian dan menyebabkan sakit berpanjangan.

Lebih membimbangkan, jangkitan kayap cenderung berlaku apabila pertahanan tubuh semakin lemah, khususnya pada warga emas serta individu dengan diabetes atau penyakit jantung. Memahami punca dan risikonya adalah langkah penting untuk melindungi diri lebih awal.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, klik di sini.
Pada 14 November lalu, bersempena Hari Diabetes Sedunia, Hello Doktor dengan kerjasama Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) dan GSK telah membuka Reruai Pencegahan Kayap Ular.
Inisiatif ini diwujudkan untuk membantu orang ramai mengenal pasti risiko jangkitan kayap kulit, khususnya dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes atau masalah jantung.

Walaupun ramai menganggap kayap in English yang dikenali sebagai shingles, sebagai ruam biasa, sebenarnya boleh menyebabkan kesakitan saraf yang berpanjangan dan mengganggu kehidupan harian.
Lebih membimbangkan, ramai masih tidak mengetahui penyebab kayap dan bagaimana jangkitan ini boleh kembali aktif apabila usia meningkat atau sistem tubuh tidak berada dalam keadaan terbaik.
Reruai ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk membantu masyarakat memahami dengan lebih jelas tentang jangkitan kayap kulit. Antara aktiviti yang disediakan termasuk:

Pendekatan ini bukan sahaja memberi penjelasan tentang kesan kayap, tetapi juga membantu orang ramai mengenal pasti risiko peribadi dengan lebih tepat.
Bagi mereka berusia 50 tahun ke atas, risiko jangkitan semula adalah lebih tinggi kerana sistem tubuh semakin sukar mengekang virus yang sudah lama berada dalam keadaan tidak aktif.
Golongan berikut digalakkan datang ke reruai dan meningkatkan pengetahuan tentang risiko jangkitan kayap:

Kesedaran ini penting kerana jangkitan kayap secara umum boleh menyebabkan kesakitan berpanjangan, ruam melepuh dan ketidakselesaan yang menjejaskan kualiti hidup.
Reruai ini bukan sahaja memberikan maklumat asas semata. Namun untuk membantu masyarakat memahami realiti sebenar tentang jangkitan kayap kulit serta faktor seperti penyebab kayap yang perlu diberi perhatian.
Dengan pengetahuan yang tepat, anda boleh mengambil langkah awal untuk mengurangkan risiko komplikasi akibat kayap ular atau kayap secara umum.
Reruai ini dibuka sehingga 31 Disember 2025, Isnin hingga Sabtu di Lobi Menara A, Sunway Medical Centre Velocity.
Jangan lepaskan peluang untuk datang dan belajar lebih banyak tentang jangkitan kayap. Langkah kecil hari ini boleh memberi perubahan besar kepada kesihatan masa depan anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
About Shingles (Herpes Zoster). https://www.cdc.gov/shingles/about/index.html. Diakses November 25, 2025.
Shingles. https://www.healthdirect.gov.au/shingles. Diakses November 25, 2025.
Shingles. https://www.nhs.uk/conditions/shingles/. Diakses November 25, 2025.
Shingles. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11036-shingles. Diakses November 25, 2025.
Shingles. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/shingles/symptoms-causes/syc-20353054. Diakses November 25, 2025.
Versi Terbaru
27/11/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor