backup og meta

Tekanan dan Diabetes: Bagaimana Mengatasinya?

Tekanan dan Diabetes: Bagaimana Mengatasinya?

Tekanan adalah tindak balas mental dan fizikal kepada bahaya. Keadaan ini dilihat sebagai tidak dapat dikawal atau memerlukan perubahan emosi dan tingkah laku yang cenderung dirujuk sebagai ancaman.

Tekanan dan diabetes

Bagi kebanyakan individu, ia adalah satu cabaran yang sukar kesan daripada tekanan untuk menguruskan masalah diabetes. Ibu bapa dan adik-beradik turut akan merasai tekanan apabila mengetahui anaknya mempunyai diabetes.

Bagaimana tekanan boleh membahayakan

Tekanan yang berlebihan akan bertindak melawan pengendalian diabetes.

  • Meningkatkan kadar glukosa dalam darah (cepat dan mendadak)
  • Mewujudkan emosi negatif yang kuat
  • Ketidakseimbangan dalam membuat keputusan dan berfikir
  • Keinginan untuk memakan makanan yang tidak berkhasiat

Ia akan mengakibatkan banyak masalah kepada badan yang menyebabkan tekanan itu adalah sesuatu yang bahaya, tidak mengira sama ada anda mempunyai masalah diabetes atau tidak.

Sebagai contoh, jantung akan berfungsi dengan lebih cepat dan kuat untuk mempersiapkan bagi tindakan fizikal. Peningkatan denyutan nadi dan tekanan darah disebabkan ketegangan pada jantung, urat dan arteri.

Tekanan yang berpanjangan juga memberikan kesan negatif kepada sistem badan yang lain:

  • Imun
  • Pencernaan
  • Buah pinggang (renal)
  • Reproduktif (pembiakan)

Tambahan lagi, untuk berfikir secara jelas dan memberikan keputusan yang terbaik adalah sukar apabila fikiran sedang dalam kerisauan, kegelisahan atau gementar. Tanda kepada risiko kemurungan akan muncul apabila fikiran berterusan menjadi gementar atau gelisah untuk beberapa hari.

Cara mengatasi tekanan

Kehidupan sentiasa merupakan mempunyai cabaran dan kejayaan yang tersendiri, jadi anda boleh memilihnya sendiri. Ikuti tip berikut:

  1. Positif – sentiasa bersikap positif, walaupun pada ketika semua perkara seakan-akan satu kesilapan. Fikirkan mengenai individu penting dalam hidup anda. Apabila anda bersikap positif, terdapat kemungkinan anda akan menerima perkara yang bertuah dan baik.
  2. Baik – tidak perlu mengharapkan sesiapa untuk berbuat baik kepada anda. Anda boleh melakukan yang terbaik untuk diri anda sendiri tanpa membebankan diri. Jika anda merasakan anda tidak mahu atau tidak menyukai sesuatu perkara, katakan ‘Tidak’.
  3. Terima seadanya – perubahan mungkin sukar untuk dilakukan. Tanya kepada diri anda 3 perkara berikut:
  • “Adakah ini yang akan terjadi 2 tahun dari sekarang?”
  • “Adakah saya mempunyai kawalan terhadap keadaan ini?”
  • “Bolehkah saya mengubah masalah saya?”

Seandainya anda boleh membuatkan perkara menjadi lebih baik, lakukannya. Jika tidak, adakah terdapat cara lain untuk mengatasinya dan membuatkannya lebih baik untuk anda?

  • Berbual dengan seseorang. Anda boleh bertanya kepada doktor untuk mendapatkan cadangan atau berkongsi dengan keluarga atau rakan. Terdapat juga individu profesional yang boleh mendengar dan menyokong untuk mendapatkan penyelesaian.
  • Lakukan senaman. Jika anda boleh berjalan kaki, atau melakukan sebarang aktiviti yang boleh memberikan ketenangan seperti yoga. Mungkin anda boleh berasa lebih baik.
  • Ambil masa untuk berehat. Amalkan untuk merehatkan otot, visualisasi, pernafasan mendalam atau meditasi. Doktor mungkin boleh memberikan kelas atau program yang dapat mengajar sebarang kemahiran. Anda juga boleh mendapatkan sebarang aplikasi yang sesuai.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Managing Stress and Diabetes http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/parents-and-kids/everyday-life/managing-stress-and-diabetes.html  Accessed November 30, 2016

Versi Terbaru

17/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew

Diperbaharui oleh: Dr Rizan Nasir


Artikel Berkaitan

Ada Pradiabetes? Boleh Cuba 7 Jenis Minuman Semula Jadi Ini, Bantu Kawal Gula Darah!

Kes Diabetes Di Malaysia Dijangka Meningkat 7 Juta Menjelang 2025, Ini Nasihat Pakar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Chooi Kheng Chiew

Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan