backup og meta

Awas Kencing Manis Ketika Hamil, Ini 12 Jenis Makanan Ibu Boleh Ambil & Elak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    Awas Kencing Manis Ketika Hamil, Ini 12 Jenis Makanan Ibu Boleh Ambil & Elak!

    Tanpa kita sedar, ramai ibu hamil yang menghidap diabetes gestasi. Jika anda adalah salah seorang, maka anda perlu tahu makanan kurangkan kencing manis ketika mengandung.

    Ia sangat penting dalam usaha untuk merawat dan mengelak kondisi itu daripada menjadi lebih teruk sekali gus mengakibatkan banyak komplikasi bahaya buat si ibu dan juga bayi.

    Persoalannya, apakah antara makanan kurangkan kencing manis ketika mengandung yang bagus?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Berkenaan masalah diabetes & ibu hamil…

    Diabetes ketika hamil atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) adalah keadaan kesihatan di mana kondisi kencing manis bermula atau berkembang ketika sedang hamil.

    Ia mampu untuk mempengaruhi cara tubuh badan dalam hal menghasilkan atau menggunakan insulin lantas menyebabkan kadar gula dalam darah si ibu jadi lebih tinggi.

    Apa yang bahaya tentangnya adalah ia bukan sahaja akan beri kesan buruk kepada si ibu malah juga bayi. Dalam kes paling teruk, ada risiko janin mati di dalam kandungan.

    makanan kurangkan kencing manis ketika mengandung

    Meskipun kondisi ini ada peluang untuk pulih selepas bayi dilahirkan, namun masih wujud risiko tinggi di mana masalah kencing manis itu masih kekal buat si ibu dan juga bayi.

    Dalam usaha untuk rawat dan elak kondisi ini, maka ibu perlu untuk jaga diet pemakanan mereka.

    Makanan tidak bagus jika ada diabetes gestasi!

    Terpaksa untuk menahan nafsu dan selera daripada mengambil jenis makanan tertentu memang agak melecehkan. Apatah lagi jika ia adalah antara makanan kegemaran anda.

    Tetapi demi tahap kesihatan anda dan juga bayi, maka si ibu mungkin terpaksa berkorban sedikit apabila telah disahkan menghidap penyakit kencing manis ketika hamil.

    Sebenarnya, wujud garis panduan makanan yang ibu perlu elak jika ada diabetes gestasi seperti:

    • Minuman bergula – air jus
    • Minuman bersoda – air bikarbonat
    • Minuman beralkohol – air arak
    • Makanan bergoreng – kentang, ayam. pisang goreng
    • Makanan berkanji – roti, pasta
    • Makanan proses – sosej, nuget, burger
    • Makanan segera – mi, bihun segera
    • Snek – mufin, donat, kek, aiskrim

    Alasannya, individu dengan diabetes memang perlu elak diet tinggi gula, karbohidrat, lemak dan lain-lain aspek buruk agar kadar glukosa dalam tubuh badan itu terkawal.

    Mungkin ada banyak lagi contoh makanan dan minuman yang kami tidak nyatakan di atas tadi. Jadi, sila rujuk informasi dan nasihat daripada doktor dan pakar diet anda.

    makanan kurangkan kencing manis ketika mengandung

    Makanan kurangkan kencing manis ketika mengandung

    Memandangkan diet untuk ibu dengan kondisi diabetes gestasi itu perlu sangat ketat, maka apa sahaja antara jenis makanan kurangkan kencing manis ketika mengandung?

    Usah rasa khuatir, masih ada banyak jenis makanan yang bukan sahaja sedap, malah lebih sihat:

    #1. Variasi buah-buahan dan sayur-sayuran

    Tidak sah diet yang sihat itu jika ia tidak merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk diet untuk diabetes gestasi. Tambahan pula, ia juga wujud dengan variasi jenis.

    Ia bukan sahaja mampu untuk kawal kadar gula dalam darah jika diambil pada kualiti dan kuantiti yang tepat, malah sangat bagus untuk tahap kesihatan total individu.

    Makanan kurangkan kencing manis ketika mengandung #2. Protein

    Jika wanita ada kencing manis ketika hamil, makanan yang tinggi lemak dan karbohidrat itu mungkin kurang bagus. Namun, lain pula halnya dengan nutrien protein.

    Ini kerana protein dari daging, telur, kekacang dan sumber lain itu tidak akan beri kesan buruk kepada glukosa. Malah, ia juga mampu buat badan lebih kuat dan sihat.

    Makanan kurangkan kencing manis ketika mengandung #3. Serat

    Makanan yang tinggi serat seperti oat, barli, bijirin dan lain-lain adalah sangat bagus dalam usaha untuk kawal dan elak kadar gula dalam darah daripada menjadi terlalu tinggi.

    Pun begitu, ia juga mungkin boleh jadi musuh dalam selimut kerana serat dari roti, nasi dan pasta itu juga tinggi dengan kanji. Jadi, sila ambil jenis serat yang disyorkan.

    #4. Susu dan produk tenusu lain

    makanan kurangkan kencing manis ketika mengandung

    Wanita hamil sangat digalakkan ambil produk tenusu untuk tumbesaran bayi yang sihat. Namun jika ada diabetes ketika hamil, maka ia perlu diamalkan dengan cara betul.

    Sumber utama nutrisi protein, kalsium dan fosforus ini perlu rendah dengan gula dan lemak. Selain itu juga, hadkan pengambilannya kepada 1 gelas sahaja dalam sehari.

    Konklusinya, jangan ambil mudah tentang hal diet pemakanan jika anda sedang hamil dan ada diabetes pada masa yang sama. Ingat, kawal makan untuk kawal diabetes!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan