Trichotillomania: Bila Anak Anda Obses Menarik Rambut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Adakah anda mendapati si manja anda gemar menarik rambutnya sendiri? Melihatkan tabiat yang mungkin berlarutan dalam bayi anda ini mungkin merisaukan anda. Anda mungkin khuatir ada masalah di sebalik tabiatnya itu tetapi sebenarnya menarik rambut adalah keadaan biasa pada anak kecil. Malah kebanyakan bayi akan berhenti sendiri daripada kebiasaan ini.

Mengapa bayi menarik rambut?

Bayi daripada usia sebulan hingga 2 tahun menarik rambut untuk memujuk diri sendiri seperti perbuatan menghisap jari. Malah si bayi mungkin menghisap jari dan menarik rambutnya sendiri atau rambut si ibu dengan tangan yang lain. Bayi anda mendapati tabiat ini dapat menenangkannya dan selalunya melakukannya sebelum tidur atau ketika tertekan. Namun, dalam sesetengah bayi, tabiat menarik rambut ini membawa kepada obsesi yang dinamakan trichotillomania.

Apa itu trichotillomania?

Trichotillomania adalah istilah perubatan yang merujuk kepada tabiat menarik rambut, bulu kening, bulu mata atau bulu badan lain sehingga menyebabkan tompok botak yang ketara. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami trichotillomania menarik bulu badan atau rambut dengan terlalu kerap hingga mempunyai tompok botak, hilang bulu kening, bulu mata dan sebagainya.

trichotillomania

Bukan seperti tabiat menarik rambut bayi yang akan lenyap dengan pembesaran mereka, trichotillomania hanya berlaku dalam 1% daripada populasi umum dan dianggap sebagai masalah psikiatri yang memerlukan terapi.

Apakah punca trichotillomania?

Apabila seorang kanak-kanak gemar menarik rambut sejak usia bayi lagi, anak kecil tersebut mungkin berbuat demikian tanpa berfikir. Pada usia tiga tahun, kanak-kanak boleh memahami jika ibu bapa bertindak balas terhadap apa yang mereka lakukan. Jika ibu bapa kelihatan risau dan memberi tindak balas tiap kali melihatnya menarik rambut, dia akan belajar untuk menarik perhatian ibu bapa dengan kelakuan ini. Menarik rambut digunakan kanak-kanak sebagai cara tambahan selain menjerit dan mengamuk sewaktu tantrum. Anak kecil biasanya meramas rambut manakala yang lebih besar mencabut rambut mereka.

Trichotillomania boleh berlaku tanpa mengira usia. Tetapi dalam kalangan mereka yang gemar menarik rambut sejak kecil, obsesi ini membawa kepada trichotillomania pada usia 9-13 tahun. Punca sebenar trichotillomania adalah kompleks dan mungkin dicetuskan oleh tekanan psikososial dalam keluarga, seperti berpisah daripada penjaga, penjaga atau kanak-kanak dihospitalkan, kelahiran adik baru, cemburu dengan adik-beradik, pindah ke rumah baru, atau masalah dengan prestasi sekolah. Persekitaran dan genetik juga dipercayai mungkin memainkan peranan.

Bagaimana mencegah trichotillomania?

Sama ada tabiat menarik rambut dalam bayi anda adalah fasa sementara atau masalah jangka masa panjang adalah sukar untuk diramalkan. Apa pun, lebih baik untuk anda mempelajari beberapa kaedah untuk mengalihkan tabiatnya daripada menarik rambut.

Salah satu cara terbaik untuk membuat bayi anda berhenti menarik rambutnya adalah mengalihkan perhatiannya sehingga dia tidak memikirkannya. Sekiranya anda menyedari bahawa bayi anda sedang cuba untuk mencapai rambutnya, berikan dia mainan keciluntuk bermain.

Anda juga boleh mempertimbangkan alternatif lain yang memberikan sensasi seperti rambut. Contohnya bulu pelepah, anak patung berbulu, sehelai kain satin, berus rambut atau berus gigi bayi.

Anda boleh mencukur atau memendekkan rambutnya agar tidak dapat ditarik. Tetapi ia tidak akan berkesan jika anda tidak mengusahakan mengalihkan perhatiannya daripada tabiat tersebut. Bayi anda akan mengulang tabiatnya apabila rambut tumbuh kembali.

Anda tidak perlu cuba mendisiplinkan anak anda. Menangkap tangannya atau menempis tangannya dan mengatakan ‘tidak’ tidak akan membantu. Bayi anda masih belum memahami disiplin dan larangan. Sebaliknya, perlahan-lahan leraikan tangannya daripada rambut dan alihkan perhatiannya tanpa memberikan hukuman.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kebotakan, Masalah Rambut Paling Kerap Dialami

    “Alamak, banyaknya rambut yang gugur, lama-lama botak jadinya,” ia situasi biasa bagi individu dengan masalah rambut. Apakah masalah sebenar yang dihadapi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penjagaan/Keguguran Rambut 25/11/2019 . 3 minit bacaan

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Jika anda adalah salah seorang yang sering bersenam di luar rumah, anda perlu tahu bahawa rambut mudah gugur kerana ia berkaitan dengan udara luar tersebut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan/Keguguran Rambut 21/11/2019 . 3 minit bacaan

    Umur Muda Lagi Tapi Rambut Sudah Makin Menipis, Mengapa Agaknya Ya?

    Rambut anda mudah gugur? Baca penerangan ringkas di bawah mengapa anda mudah mengalami rambut gugur walaupun pada usia yang sangat muda. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Wahai Lelaki, Jangan Bercukur Di Bulan November

    Mengapa kebanyakan lelaki menyimpan segala jenis rambut pada tubuh badan sepanjang bulan November? Ikuti artikel ini untuk tahu berkenaan Movember.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan 08/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bulu hidung

    Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    rambut lanugo

    AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    kedai gunting rambut

    Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 16/04/2020 . 3 minit bacaan
    rambut beruban

    Umur Masih Muda Tapi Uban Makin Penuh Atas Kepala, Adakah Ia Disebabkan Stres?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 01/03/2020 . 3 minit bacaan