backup og meta

Tanda-tanda Anak Anda Autisme

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2023

    Tanda-tanda Anak Anda Autisme

    Ketidaknormalan dalam perkembangan semulajadi kanak-kanak boleh menjadi petanda autisme. Kanak-kanak autistik dengan ketidakupayaan adalah sukar untuk bercampur dengan rakan-rakan sebaya lain dan komuniti. Mereka cenderung merasa takut untuk berkomunikasi dengan individu lain. Jadi bagaimana untuk mengenal pasti tanda awal autisme pada tahap perkembangan kanak-kanak? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui tanda-tanda awal jika anak anda autisme.

    Kenal pasti autisme awal pada kanak-kanak mengikut usia:

    3 bulan

    Berbanding dengan seorang kanak-kanak normal yang akan bertindak balas terhadap nama dengan memberi perhatian kepada pemanggil, kanak-kanak autistik tidak akan bertindak balas apabila dipanggil.

    Kanak-kanak autistik bertindak balas terhadap bunyi, tetapi secara selektif. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak menyedari bahawa ibu bapa mereka memanggil nama mereka, tetapi mereka akan bertindak balas secara tiba-tiba terhadap suara lain daripada televisyen.

  • Tidak menggenggam dan memegang objek.
  • Tidak senyum kepada individu lain.
  • Tidak berbunyi atau merengek.
  • Tidak peduli atau beri perhatian terhadap muka baru.
  • 6 bulan

    • Kanak-kanak tidak berpaling mencari sumber bunyi
    • Kanak-kanak normal akan meniru gaya individu lain seperti melambai, bertepuk tangan, atau gerak isyarat yang sama. Walau bagaimanapun, kanak-kanak autisme kurang berkeinginan untuk mengekspresikan wajah atau gerak isyarat kepada individu lain, dan mereka tidak meniru gaya.
    • Mereka tidak menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa.
    • Tidak ketawa atau menjerit.
    • Tidak cuba mencapai objek.
    • Mereka tidak akan ketawa dengan sendirinya.
    • Mereka tidak mencuba untuk menarik perhatian individu lain.

    12 bulan

    • Tidak tahu bagaimana untuk bergerak.
    • Mereka tidak tahu untuk bercakap walaupun sepatah perkataan.
    • Mereka tidak menggunakan gerak isyarat seperti melambai atau menggelengkan kepala.
    • Mereka tidak menunjuk ke arah sebarang objek atau imej.
    • Mengalami kesukaran untuk berdiri apabila disokong.

    24 bulan

    • Kanak-kanak autistik mungkin tidak boleh berjalan. Namun, ia tidak semestinya berlaku kepada semua kanak-kanak autistik
    • Sukar untuk bercakap lebih 15 patah perkataan.
    • Tidak mengetahui fungsi objek umum seperti telefon, garpu, dan sudu.
    • Tidak meniru perbuatan atau kata-kata anda.
    • Mereka tidak boleh menolak mainan beroda.
    • Mengalami kesukaran untuk mengikut arahan mudah.

    Kebiasaannya kanak-kanak pada akhir usia 2 tahun akan mempunyai kemahiran untuk bermain permainan ‘pretend play’. Sebagai contoh, berpura-pura menjadi tukang masak di dapur mainan, menukar baju anak patung atau menjadi jurujual. Walau bagaimanapun, kanak-kanak autistik berdepan kesukaran untuk memberikan tidak balas yang tepat.

    Tanda-tanda yang disebut di atas boleh menjadi simptom autisme pada kanak-kanak kecil dan ibu bapa boleh mengenal pasti tanda-tanda di atas sebagai pengesanan awal. Jika anda bimbang tentang bagaimana anak anda bermain, belajar, bercakap dan bergerak, dapatkan nasihat dari pakar pediatrik.

    Sebelum berjumpa pakar, anda perlu mempunyai senarai semak perkembangan anak. Sentiasa ingat bahawa tidak individu lain boleh memahami anak anda seperti anda dan kebimbangan anak terhadap tumbesaran anak adalah penting. Ia membantu anda apabila berjumpa dengan doktor nanti. Jika anda masih tidak pasti selepas berjumpa doktor, anda boleh mencari pendapat kedua. Jangan pernah teragak-agak kerana setiap tindakan yang anda lakukan pasti akan mendatangkan perbezaan.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan