Takut Menjadi Bapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mempunyai anak, terutama buat kali pertama, adalah satu peristiwa yang besar untuk kedua-dua bakal ibu bapa. Walaupun seorang bapa tidak perlu mengalami kesakitan melahirkan, mereka tetap mempunyai kebimbangannya sendiri. Kebanyakan topik kehamilan adalah untuk wanita kerana mereka yang lebih banyak mengeluarkan tenaga untuk menempuh alam keibubapaan ini. Walau bagaimanapun, seorang bapa juga memerlukan sokongan. Menjadi seorang bapa boleh menimbulkan pelbagai perasaan bercampur-baur bagi seorang lelaki, daripada kegembiraan dan keseronokan hinggalah kepada kebimbangan. Artikel ini akan menyenaraikan beberapa kebimbangan yang biasa dihadapi para bapa dan bagaimana cara menanganinya.

1. Takut menghadapi waktu pasangan bersalin

Ramai bapa yang berusaha untuk mengambil bahagian dalam proses kelahiran. Anda mungkin melihat klip video ramai wanita yang menghadapi kesakitan selama berjam-jam dengan mengetap bibir, berair mata dan lemah tak berdaya. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh para bapa untuk membuatkan pasangan mereka berasa lebih baik. Walaupun anda tidak boleh mengambil alih kesakitan fizikal untuk pasangan anda, anda boleh mengambil bahagian dalam bilik kelahiran untuk memberi sokongan kepadanya. Atau, anda boleh pergi ke kelas kelahiran dengan pasangan anda dan membantu pasangan anda merancang proses kelahiran. Seorang doktor atau bidan yang mempunyai pengalaman akan membimbing anda dan mencadangkan apa yang boleh anda lakukan untuk membantu isteri anda.

2. Takut mengucapkan selamat tinggal kepada kebebasan

Mempunyai bayi bukanlah pengakhiran kehidupan riang anda. Namun masih ramai bapa takut kehilangan kebebasan mereka. Dengan menjadi seorang bapa, anda mungkin perlu lebih bertanggungjawab dan perlu mengurangkan masa untuk bersosial demi menjaga anak anda. Anda mungkin tidak dapat menikmati segala yang anda mahukan, pada bila-bila masa yang anda mahukan. Walau bagaimanapun, mempunyai anak juga bermakna hidup anda akan berubah dengan cara yang lebih positif.

3. Takut menjaga bayi

Menjaga bayi bukanlah tugas yang mudah. Ia adalah gabungan usaha dan persediaan. Anda disyorkan untuk mencari maklumat mengenai penjagaan kanak-kanak. Anda juga boleh meminta nasihat daripada keluarga yang baru menyambut kelahiran bayi. Sekiranya terdapat banyak perkara yang anda rasakan perlu diambil perhatian, anda boleh mendapatkan bantuan doktor atau melawat pusat kelahiran tempatan untuk mendapatkan nasihat. Memang tidak dapat dinafikan, alam keibubapaan sememangnya sukar. Mujurlah ia bukanlah mustahil. Dengan cinta dan usaha yang mencukupi, anda akan menjadi seorang bapa yang hebat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

    Aduh, berdenyut pula. Adakah anda sering mengalami masalah sakit kepala ketika hamil? Jika ya, jom kenal pasti punca dan cara mengatasi pening.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

    Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mengesan kehamilan PCOS

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    kejang perut tanpa haid

    Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tiroid ibu hamil

    Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    puting kosong

    Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan