backup og meta

Ibu Bapa Toksik Juga Wujud, Ini 7 Sikap NEGATIF Perlu Elak Jika Tak Mahu Anak Merana!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/10/2023

    Ibu Bapa Toksik Juga Wujud, Ini 7 Sikap NEGATIF Perlu Elak Jika Tak Mahu Anak Merana!

    Tiada manusia yang sempurna, bukan? Tetapi ada kalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak. Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan!

    Kesan sikap toksik ibu bapa

    Selalunya kita akan menyatakan masalah dalam perkahwinan seperti penceraian atau perpisahan yang akan memberikan kesan kepada anak, khususnya melibatkan mental mereka. 

    Tetapi anda tidak perlu menunggu sehingga berlakunya masalah dalam perhubungan dengan pasangan untuk mewujudkan persekitaran yang tidak sihat kepada anak-anak. Sikap toksik ibu bapa pun boleh memberikan kesan negatif.

    Cara berkomunikasi, berfikir, cara melayani pasangan mahupun ketika melakukan pekerjaan bersama-sama boleh memberikan kesan sama ada positif atau negatif dalam kualiti kehidupan anak-anak.

    7 sikap toksik ibu bapa perlu disingkirkan!

    Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa? Secara jujurnya, sikap itu wujud. Cuma anda sebagai ibu bapa mungkin tidak menganggap apa yang anda lakukan itu sesuatu yang mungkin menyebabkan wujudnya persekitaran negatif.

    Tidak mengapa. Berikut Hello Doktor senaraikan 7 sikap untuk anda semak. Jika ada, haaa…cepat-cepatlah berubah, okay?

    1. Bersaing menjadi ibu bapa terbaik

    Sebagai ibu bapa sepatutnya anda berganding bahu dengan pasangan untuk menjadi yang terbaik. Sebaliknya, wujud sesetengah pasangan yang berkelakukan seperti ia adalah 1 persaingan.

    Tetapi tahukah anda, persaingan seperti itu adalah tidak sihat? Kerana keluarga yang kuat adalah apabila wujud kerjasama sebagai 1 pasukan.

    Cuba membuktikan anda adalah yang terbaik berbanding pasangan merupakan 1 sikap yang tidak baik dan contoh negatif kepada anak-anak. 

    1. Berbeza gaya keibubapaan

    sikap toksik ibu bapa

    Ibu bapa yang mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza antara satu sama lain memberikan kesan kepada anak tanpa anda sedari.

    Mungkin pasangan anda cenderung menjadi ibu bapa yang bersikap tegas, manakala anda pula menjadi ibu bapa dengan sikap yang terlalu tenang – tujuan anda adalah untuk memberikan keseimbangan dalam gaya keibubapaan, tetapi adakah ia bagus?

    Sebenarnya TIDAK. Memilih untuk mewujudkan peranan “ibu/bapa yang baik dan ibu/bapa yang garang” boleh menyebabkan anak-anak untuk memanipulasikan keadaan. Ia sudah tentu tidak bagus kepada persekitaran anak-anak.

    Jika anda dan pasangan tidak bersetuju dalam hal melibatkan disiplin, berbincanglah. Dapatkan kata putus tentang cara untuk mengaplikasikan peraturan dalam rumah yang boleh diterima anda berdua.

    1. Terlalu mengkritik

    Mengkritik adalah 1 cara untuk menjadikan diri lebih baik dan membuatkan kita belajar untuk menjadi lebih baik.

    Tetapi mengkritik anak secara keterlaluan adalah 1 sikap toksik ibu bapa yang harus disingkirkan. Ia adalah antara kesalahan yang sering dilakukan ibu bapa.

    Kononnya bagi mengelakkan anak-anak daripada melakukan kesilapan. Namun, sikap seperti ini pada hakikatnya membuatkan wujud rasa tidak puas hati dalam diri anak, sekali gus mengakibatkan mereka menjadi pendendam.

    1. Halang anak luahkan emosi

    Sebagai ibu bapa, anda pasti mahukan anak-anak untuk bersikap terbuka – meluahkan apa yang mereka rasai. Tetapi apabila mereka mahu berkongsi dengan anda tentang apa yang mereka lalui atau rasai, anda memperkecilkan mereka.

    Sudah tentu lama-kelamaan, sikap toksik anda itu membuatkan anak-anak tidak lagi mahu berkongsi apa-apa dengan anda. Bukankah itu 1 kerugian buat anda?

    1. Membuatkan anak takut

    Anak yang dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang, diberikan sokongan dan hubungan sosial yang seimbang cenderung membesar menjadi individu dewasa yang bahagia.

    Namun, anak yang dibesarkan dalam persekitaran “rasa takut kepada ibu bapa” boleh memberikan impak negatif kepada tumbesaran mereka. 

    Walaupun disiplin itu penting, namun ia tidak bermakna perlu membuatkan anak-anak berasa takut semata-mata untuk mewujudkan rasa hormat kepada anda sebagai ibu bapanya.

    1. Berpakat dengan anak

    Anda pernah berpakat dengan anak untuk merahsiakan sesuatu perkara daripada pasangan anda? Hmmm…rasanya macam tidak pernah? Ye ke?

    “Mama nak beli baju ni, awak jangan bagitau Papa, okay?” Haaa…pernah gunakan dialog seperti itu kepada anak?

    Anda mungkin berasakan ia bukan 1 masalah. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya antara sikap toksik ibu bapa yang sangat perlu dielakkan. Ini kerana tabiat seperti itu seolah-oleh mengajar anak untuk menipu. 

    1. Tidak bersetuju secara terbuka

    Berselisih faham atau bertengkar secara terbuka di hadapan anak-anak bukanlah 1 contoh yang baik. Ia secara tidak langsung cenderung menimbulkan rasa tidak hormat anak kepada ibu bapa.

    Sekiranya wujud situasi anda tidak bersetuju dengan pasangan anda, lakukan perbincangan dengan cara yang berhemah. Bukan dengan meninggikan suara atau menjerit. Jadilah contoh terbaik untuk anak-anak.

    sikap toksik ibu bapa

    Kesimpulannya 

    Apa yang dikongsikan di atas adalah antara sikap toksik ibu bapa yang kerap kali dilakukan tanpa anda sedari. Sebaiknya, berbincanglah dengan pasangan untuk mengurangkan atau menyingkirkan segala sikap yang negatif tersebut.

    Jika tidak mampu, anda dan pasangan mungkin memerlukan bantuan pakar. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan, kerana ini adalah demi kesejahteraan keluarga anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan