Cara terbaik untuk mempengaruhi anak anda adalah dengan menunjukkan contoh tauladan terbaik. Jika anda makan pelbagai jenis makanan berkhasiat, anak anda akan lebih mudah untuk terikut cara pemakanan anda.
- Jadi kreatif
Terdapat beberapa resipi kreatif untuk kanak-kanak, kebanyakannya mudah namun kesannya mengagumkan. Kanak-kanak pula akan seronok untuk mencuba resipi tersebut. Anda boleh mencampurkan beberapa sayuran dan buah-buahan dalam resipi tersebut, tanpa perlu memaksa anak makan semasa waktu makannya.
- Elak gangguan
Makan di hadapan televisyen merupakan suatu jenis gangguan, dan kanak-kanak mungkin tidak akan perasan jika mereka sudah kenyang kerana tumpuan mereka teralih ke arah program di televisyen. Tambahan pula, iklan di televisyen juga boleh menarik kanak-kanak untuk makan makanan yang kurang nutrisi dan manis.
Kawal manisan atau pencuci mulut. Jika anda menawarkan pencuci mulut sebagai ganjaran, anak anda mungkin fikir bahawa pencuci mulut adalah makanan terbaik, yang mana boleh meningkatkan keinginan anak anda untuk makan makanan yang manis. Anda mungkin boleh pilih untuk menyediakan pencuci mulut satu atau dua kali dalam masa seminggu, dan perkenalkan juga pilihan pencuci mulut yang lebih berkhasiat seperti buah dan yogurt.
- Jangan sediakan lain-lain hidangan
Menyediakan hidangan berasingan untuk anak anda akan menggalakkan lagi kelakuan negatif mereka terhadap makanan dan menyebabkan kesan yang bahaya, termasuklah menggalakkan mereka menjadi cerewet makan. Malahan, anda perlu menggalakkan anak anda untuk tetap berada di meja makan pada setiap waktu makan, walaupun anak anda tidak mahu makan. Sentiasa sediakan anak anda pilihan makanan yang sihat sehinggalah mereka sudah biasa dan mengutamakan makanan sihat dalam diet mereka.
Jika anda khuatir akan tabiat memilih makanan anak anda mengganggu perkembangan dan tumbesarannya, berjumpalah dengan doktor anak anda. Dan, sentiasa ingat bahawa tabiat makan kanak-kanak tidak boleh berubah sekelip mata, namun setiap langkah kecil yang anda ambil setiap hari boleh membantu menggalakkan anak mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Panduan penggantian makanan untuk kanak-kanak
Jangan risau jika anak anda seorang yang tidak akan atau tidak boleh makan sesetengah jenis makanan tertentu. Ini kerana terdapat beberapa penggantian makanan untuk menggantikan makanan yang anak anda tidak boleh makan.
- Penggantian untuk buah-buahan
Jika kanak-kanak tidak mahu makan buah-buahan segar, anda boleh cuba berikan pada anak anda buah-buahan kering. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan kering yang dijual di pasaran seperti aprikot kering, pir kering, kismis kering, ceri kering, mangga kering, nanas dan pisang kering. Selain itu, ibu bapa juga boleh memperkenalkan anak kepada yogurt atau sos puri yang diperbuat daripada buah-buahan segar atau beku, dan perlahan-lahan memperkenalkan mereka kepada buah-buahan potong, yang dihidangkan bersama sos epal.
Vitamin C ialah pilihan yang baik jika anak anda menolak untuk makan buah-buahan sitrus. Anda boleh cuba mencampurkan buah seperti buah beri biru, epal potong, dan meletakkan pisang dalam mufin, roti dan lempeng wafel.
Buah-buahan adalah kaya dengan vitamin, serat dan mineral. Anda juga boleh menemui nutrien-nutrien ini dalam sayur-sayuran. Jika anak anda tidak menyukai buah-buahan, sebagai alternatif, anda boleh mengajarnya untuk makan sayur-sayuran, sama ada dimakan secara mentah atau dimasak.
Gantikan dengn ikan, ayam itik, telur, tauhu, kekacang (sayur kacang kering, kacang kuda, dan kacang pis) dan bijian, dan mentega kacang. Gunakan bahan-bahan ini dicampurkan bersama campuran sayur-sayuran untuk dijadikan sos pasta, inti taco; roti, kraker, dan pasta yang diperbuat daripada tepung diperkuat dengan zat besi, berbanding menggunakan daging kisar.
Keju, yogurt, dan makanan tenusu lain yang diperbuat daripada susu lembu, susu kambing, atau susu kambing biri-biri; susu kacang soya dan berasaskan beras, sebagai pengganti kepada susu. Tanya pakar pediatrik sama ada anak anda perlu mengambil suplemen vitamin B12 dan D. Selain itu, anda boleh berikan anak anda ikan tin dengan tulang (salmon, sardin, hering) untuk kalsium dan vitamin D; serta sumber kalsium dalam sayur-sayuran seperti brokoli, yang turut mengandungi vitamin D.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen