Perkaitan Tangisan Bayi dengan Bahasa Natif Mereka

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Sejurus selepas kelahiran, akan kedengaran bunyi tangisan bayi. Tangisan ini merupakan komunikasi berbentuk verbal yang pertama bagi bayi yang baharu lahir. Tangisan bayi telah menjadi subjek banyak kajian saintifik. Ada kajian menarik yang menunjukkan perkaitan antara tangisan bayi yang baharu lahir dengan bahasa natif ibu mereka. Menurut kajian ini lagi, tangisan mereka kebanyakannya mempunyai nada dan ton yang sama dengan ibu mereka.   

Bagaimanakah tangisan bayi mencerminkan bahasa natif ibu mereka?

Bahasa merupakan sesuatu yang luas dari segi bunyi dan suku kata yang diujarkan dalam pelbagai nada dan melodi. Terdapat beberapa bahasa di dunia ini yang tidak mempunyai ton yang membezakannya dengan bahasa lain. Terdapat satu kajian di mana para pengkaji merakam tangisan bayi ketika mereka lapar, sakit, atau tidak selesa dan membandingkan ton, nada dan turun naik dalam tangisan bayi yang baharu lahir dalam bahasa-bahasa yang berbeza. Mereka mendapati bahawa dalam tempoh satu minggu selepas kelahiran, tangisan bayi akan menunjukkan corak yang sama dengan bahasa natif ibu mereka. Menurut mereka lagi, fitur prosodik seperti melodi, rentak dan tekanan suara ibu mereka akan dihantar kepada otak bayi bagi membantu mereka mempelajari bahasa natif ibu mereka.

Sains dalam tangisan bayi

Menangis merupakan perbuatan yang menggabungkan pergerakan pita suara dengan pernafasan bayi. Sebenarnya agak sukar untuk bayi meniru suara dan bahasa natif ibu mereka yang memerlukan pergerakan otot dan pita suara yang kompleks. Kebanyakan individu percaya bahawa tangisan bayi yang baharu lahir adalah terhasil secara semulajadi. Secara anatomi, semua bayi adalah sama. Ini menunjukkan bahawa tangisan bayi juga adalah sama dengan bayi yang lain tanpa mengira bahasa dan genetik mereka. Jika bahasa bayi dapat dibezakan melalui tangisan mereka, ini menunjukkan mereka sudah mempunyai keupayaan untuk mengawal suara dan organ artikulator mereka seperti paru-paru, tekak, mulut dan larinks.

Adakah pendedahan pranatal menyebabkan fenomena ini?

Salah satu sebab yang menyebabkan fenomena ini adalah pendedahan pranatal. Bahasa yang dipelajari oleh bayi ketika berada dalam rahim akan mempengaruhi mereka. Pada mulanya, para pengkaji tidak dapat membuktikan sama ada bayi yang baharu lahir dapat mendengar dan meniru suara ibu mereka. Namun, mereka mendapati bahawa apabila bayi mula mencecah usia tiga bulan, mereka berupaya untuk meniru ujaran individu dewasa terutamanya ibu bapa mereka.

Menurut satu kajian yang memberi tumpuan kepada perbezaan melodi tangisan bayi, para saintis telah merekod 60 tangisan bayi sihat yang berusia 5 tahun. Setelah dikaji, mereka menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang jelas dalam tangisan bayi-bayi ini bergantung kepada fitur suara ibu mereka. Kajian ini membuktikan bahawa bayi yang baharu lahir ini sebenarnya mampu mendengar dan meniru melodi yang mereka dengar ketika dalam tempoh pranatal.

Terdapat juga kajian lain yang menyimpulkan bahawa bayi mula mampu untuk meniru suara ibu bapa selepas 12 minggu kelahiran. Menurut kajian ini lagi, fitur yang lain seperti nada dan ton suara pula sudah tercipta sebelum tempoh 12 minggu itu lagi.

Konklusinya, terdapat banyak kajian berkaitan tangisan bayi dengan bahasa natif mereka. Jika diteliti, terdapat banyak perbezaan pendapat antara para pengkaji. Oleh itu, pandangan dan idea mereka semua perlu diambil kira agar kajian pada masa hadapan mengenai perkara ini dapat dilakukan dengan lebih baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Ringan Jika Kencing Warna Pink & Berbau Busuk. Ini Adalah Tanda Batu Karang!

    Tahukah anda, ada banyak tanda atau gejala penyakit batu karang dan salah satunya ialah air kencing berdarah? Jom baca artikel ini untuk tahu gejala lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Penyakit Batu Karang: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Ini!

    Masalah batu karang merupakan penyakit yang lazim di Malaysia. Penyakit yang berlaku kepada 1 dalam 10 individu ini boleh menyebabkan rasa sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Masalah Pundi Kencing: Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

    Kini, sakit pundi kencing bukan sahaja masalah bagi warga berumur malah yang muda juga. Mari baca info lengkap mengenai masalah tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

    Sukar Untuk Membuang Air Kecil? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Sedang Mengalami Masalah Retensi Urin!

    Retensi urin atau retensi air kencing merupakan satu keadaan yang menyukarkan pesakit untuk membuang air atau mengosongkan pundi kencing.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerap kencing

    Penyakit Inkontinens Urin Bukan Hanya Kencing Tidak Lawas, Ada Banyak Lagi Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 6 minit bacaan
    penawar batu karang

    Rawatan Dan Diagnosis Untuk Penyakit Batu Karang, Ketahui Semua Prosedur Yang Terlibat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    Sakit saluran kencing

    7 Cara Mencegah Batu Karang Yang Berkesan! Ada Banyak Lagi Cara Lain Selain Kekal Hidrat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan
    kencing batu

    Dehidrasi, Hipertensi Antara 14 Punca dan Faktor Risiko Penyakit Batu Karang Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 5 minit bacaan