backup og meta

Penyediaan Bekalan Susu Si Kecil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    Penyediaan Bekalan Susu Si Kecil

    Penyediaan Bekalan Susu Si Kecil

    Anda perlu menyediakan beberapa item untuk menjayakan formula ini. Tanpa mengira anda menyusukan si kecil anda dengan susu botol, susu botol bercampur susu badan mahupun susu badan sepenuhnya, anda memerlukan item yang berikut.

  • 4 botol 120 ml dan 10-12 botol 240 ml dengan puting palsu jika si kecil anda menyusu botol;
  • 4-6 botol 240 ml dengan puting dan penutup jika si kecil anda menyusu botol bercampur susu badan;
  • 1 botol 240 ml dengan puting dan penutup untuk membekalkan nutrisi sekiranya kecemasan jika si kecil anda menyusu badan.
  • Berikut merupakan tiga jenis botol untuk si kecil menyusu:

    • Jenis tradisional yang mempunyai badan dan leher botol lurus;
    • Leher botol melengkung untuk mengurangkan lelehan dengan memastikan puting sentiasa dipenuhi dengan cecair;
    • Jenis pakai buang dan boleh guna semula pelapik atau beg plastik yang menyusut mengikut susu yang diminum oleh si kecil.

    Puting mempunyai banyak bentuk yang berlainan (termasuklah beberapa bentuk ortodontik dan selainnya yang mempunyai tapak yang baik mengikut puting) dan mempunyai saiz lubang yang berlainan (lebih kecil untuk bayi, lebih besar untuk kanak-kanak). Puting silikon tidak mempunyai bau atau rasa, tidak terlalu anjal, boleh dibasuh dan lutsinar bagi memastikan kebersihan. Anda boleh mencuba jenis puting yang berlainan untuk menentukan yang terbaik untuk anak anda.

    Selanjutnya, anda perlu menyediakan item-item berikut.

    Perkakas untuk mencampurkan susu

    Jika anak anda menyusu botol, perkakas yang diperlukan bergantung kepada formula yang anda ingin gunakan. Anda perlu membeli botol dan berus untuk membersihkan puting, botol pengukur, gelas pengukur dan pembuka, pengaduk dan bekas untuk memastikan puting dan penutup tidak hilang ketika mencuci botol di sinki.  

    Mesin pengisi susu

    Jika anda mahu meminta orang lain menyusukan si kecil anda ketika anda bekerja atau perlu keluar dalam masa beberapa jam, sila beli mesin pengisi susu.

    Puting Palsu

    Anda boleh beli jika mahu walaupun ini bukan item untuk mengadunkan susu bayi formula. Puting palsu dapat melekakan si kecil yang kelaparan dan membantu anda untuk tidak kelam-kabut. Cari jenis yang mengalirkan udara serta tebal. Puting palsu diperbuat daripada silikon dan mudah dicuci. Anda diingatkan untuk tidak melekatkan reben atau tali yang panjangnya lebih 15 cm pada puting palsu mahupun perkakas untuk si kecil.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan