Aduh…Kenapa Baby Menangis Aje Ni? Pening Kepala Mama

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/10/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila mendengar tangisan daripada si manja anda, mesti timbul rasa susah hati, bukan? Nak berdukung ke? Lampin basah ke? Arghhh…i’m confused. Bertenang mama sekalian, Hello Doktor ada jawapannya.

Punca bayi menangis

Bayi yang menangis adalah satu perkara biasa. Ia adalah satu proses tumbesaran biasa bagi bayi dan salah satu cara untuk mereka berkomunikasi. Tetapi sebagai ibu bapa, sudah tentu setiap kali mendengar bayi menangis, hati rasa tidak tenang. Malahan sekiranya tangisan itu berlarutan, haa…pasti ada dalam kalangan ibu bapa yang berasa tertekan, bukan? 

Jom tengok beberapa perkara yang boleh menjadi punca bayi menangis.

  1. Lapar

Kalau kita individu dewasa lapar, sudah tentu kita boleh mencari makanan sendiri. Sebaliknya, bayi tidak dapat melakukan perkara yang sama. Jadi tangisan merupakan antara cara untuk memberitahu mereka lapar selain menghisap jari. 

  1. Perut kembung

Masalah perut kembung yang dialami oleh si manja anda adakalanya berpunca daripada makanan yang anda makan. Sesetengah makanan dan minuman seperti minuman yogurt atau bersoda, buah-buahan seperti buah tembikai dan beberapa sayuran seperti brokoli dan kubis boleh menjadi punca perut kembung. Perut tidak selesa, jadi menangislah jawapannya.

  1. Gigi

Individu dewasa kalau tumbuh gigi pastinya akan menjadi sedikit grumpy, bukan? Begitu jugalah keadaannya dengan si kecil. Mereka akan berasa tidak selesa, jadi tangisanlah cara mereka meluahkannya.

  1. Tidak selesa

Lampin yang basah sudah tentuakan menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi. Maka segeralah tukarkan lampin si manja. Jangan lupa untuk melihat jika terdapat ruam lampin. Tukarlah lampin dengan kerap dan sapukan krim ruam jika perlu. 

Selain itu rasa tidak selesa ini boleh wujud apabila baju yang dipakaikan mungkin terlalu ketat. Pastikan anda memilih baju daripada material yang boleh menyerap peluh dan memberikan si manja anda bernafas. 

  1. Cuaca

Cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas juga boleh menjadi antara sebab mengapa bayi menangis. Penggunaan selimut atau tilam yang terlalu tebal boleh menyebabkan si manja berasa panas. Manakala membiarkan mereka tanpa sebarang selimut dalam suhu yang sejuk juga adalah perkara yang tidak elok. Jadi, segalanya perlu diberikan perhatian sebaik mungkin.

  1. Pelukan

Siapa yang tidak suka dipeluk? Pelukan itu dapat menzahirkan rasa kasih sayang, maka sudah tentu si manja anda inginkannya. Jadi sekiranya bayi anda masih menangis walaupun pelbagai cara sudah dicuba, apa kata anda berikan pelukan manja kepada si comel. 

  1. Urutan

Melakukan urutan dan sentuhan perlahan dengan menggosok belakang dan perut si manja sudah tentu dapat mereda dan menenangkan mereka. Jangan mengurut terlalu kuat dan kasar, okay?

  1. Inginkan perhatian

Bayi menangis mungkin kerana mereka inginkan perhatian daripada anda. Apabila ditinggalkan sendirian, sudah tentu si manja akan berasa bosan. Tetapi dalam masa yang sama bayi anda mungkin menangis apabila terlalu banyak perhatian daripada individu sekeliling. Jadi bawa mereka ke ruang yang sunyi dan tenang. 

  1. Tekanan

Tahukah anda, bayi adalah sangat sensitif kepada perubahan? Ada masanya apabila anda dalam keadaan tertekan, anda mungkin menggunakan nada suara yang tinggi apabila bercakap dengan si manja. Yes, mereka mungkin tidak faham apa yang anda katakan, tetapi mereka dapat merasai emosi negatif itu. 

Kesabaran 

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi ibu bapa. Ia bukan satu peranan yang mempunyai buku panduan kerana setiap bayi adalah berbeza. Kunci paling utama adalah bersabar, terutama bagi individu yang pertama kali bergelar ibu bapa. 

Walau bagaimanapun, jika segala cara sudah dilakukan, namun si manja anda masih menangis. Amatlah disarankan untuk anda membawa si kecil anda untuk mendapatkan pemeriksaan dengan segera. Ini kerana keadaan tersebut mungkin didasari oleh masalah seperti jangkitan, demam atau gangguan pada saluran usus. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Eh, Si Dia Menangis Selepas Hubungan Seks! PELIK Tapi Fahami 4 Sebab Ini

    Ada pasangan suami isteri yang mungkin akan menangis selepas hubungan seks. Pelik tapi benar. Mengapa pasangan mengalirkan air mata selepas bersetubuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/02/2020 . 3 minit bacaan

    Insan Tersayang Bunuh Diri, Bagaimana Menempuhi Hari Mendatang?

    Bunuh diri merupakan pilihan terakhir apabila diri mengalami tekanan. Tetapi bagaimana pula kehidupan insan yang masih hidup?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2019 . 3 minit bacaan

    Menangis Bantu Atasi Kesedihan

    Kematian seseorang yang kita cintai dan sayangi adalah satu pengalaman paling beremosi yang kita semua akan rasai. Jadi, ia bukan sesuatu yang pelik apabila kematian itu diiringi dengan tangisan air mata kerana ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Menangis, Kunci Kehidupan Tanpa Tekanan

    Kajian Crying and Health: Popular and Scientific Conceptions menjelaskan bahawa menangis adalah cara yang universal dan unik untuk mengekpresikan emosi. Bermula daripada awal kehidupan (tangisan pertama) hingga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 30/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bayi biru

    Bayi Jadi Kebiruan? BAHAYA, Ada Kaitannya Dengan Masalah Jantung! Mak Ayah, Sila Ambil Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    anak menangis

    Ibu, Jangan Pandang Remeh Jika Anak Menangis Tak Keluar Air Mata! Ada 4 Punca Kena Pantau

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    buang air besar

    Bukan Sebab Sedih Atau Sakit Saja, Berak Pun Boleh Buat Kita Menangis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    bayi jatuh katil

    Ibu Ayah Jangan Panik Bila Bayi Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu & Kenal Pasti Tanda Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/05/2020 . 3 minit bacaan