backup og meta

Bila Anda Perlu Tangguhkan Bercerai Susu?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    Bila Anda Perlu Tangguhkan Bercerai Susu?

    Proses menghentikan penyusuan badan atau bercerai susu bermula pada pertama kali bayi anda mengambil makanan selain daripada susu ibu ataupun susu formula. Proses ini merupakan penggantian penyusuan badan berperingkat dengan makanan lain dan cara lain dalam membimbing anak.

    Dalam kebanyakan kes, keputusan untuk bercerai susu boleh dibuat berdasarkan kepada keperluan dalaman anak dan ibu serta pertimbangan praktikal kepada keluarga. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk menangguhkan keputusan bercerai susu dalam sesetengah situasi sehinggalah suatu tempoh di mana keadaan sudah beransur pulih. Situasi tersebut adalah seperti:

    Alergi makanan. Jika anda dan ayah kepada anak anda mempunyai alergi kepada sesetengah makanan, anda berbincanglah dengan doktor kanak-kanak tentang manfaat menangguhkan bercerai susu sehinggalah sekurang-kurangnya selepas umur anak setahun. Lebih baik jika anda dapat mengelakkan daripada pemberian susu lembu atau produk yang berasaskan susu lembu.

    Sakit. Jika anak anda mengalami demam selesema, hendak tumbuh gigi, dan baru-baru ini dimasukkan ke hospital, atau bayi anda tidak berapa sihat, maka tangguhkanlah dahulu proses bercerai susu sehinggalah anak anda sihat. Anda juga mungkin mahu melambatkan cubaan pertama bercerai susu jika anda berada dalam keadaan yang tidak sihat. Sebarang tempoh transisi lebih baik dimulakan apabila anda dan si manja berada dalam keadaan sihat; fizikal dan emosi.

    Perubahan di rumah. Jika anda hamil atau baru-baru ini menerima kehadiran bayi baru, ini bukanlah masa terbaik untuk anda putus susu, kecuali jika bayi anda mahu. Selain itu, anda juga perlu meletakkan keutamaan pada keperluan anda dan juga bayi baru lahir. Sentiasa menyusukan bayi baru lahir dahulu, tetapi cuba juga untuk jadi sensitif terhadap keperluan mereka yang terlibat. Selain itu, berpindah ke rumah baru, masalah perkahwinan, situasi penjagaan bayi baru, keperluan anda untuk kembali bekerja, dan pelbagai lagi situasi yang boleh mendatangkan tekanan bukanlah masa terbaik untuk memulakan perubahan besar seperti bercerai susu. Sebaik-baiknya, anda boleh mula bercerai susu selepas tiada lagi hal yang memberi tekanan buat anda dan bayi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan