
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya mahukan kehadiran cahaya mata untuk melengkapi hidup mereka. Kebanyakan pasangan mungkin berasa mereka sudah mengenali pasangan masing-masing secara menyeluruh. Namun apa yang mungkin mereka belum kenal adalah gaya asuhan mereka. Gagal mengasuh anak dengan baik merupakan antara punca biasa yang menyebabkan berlakunya kegagalan sebuah rumahtangga. Disebabkan itu, anda dan pasangan perlu mencapai satu sepakat untuk mengatasi masalah ini.
Apakah jenis gaya asuhan ibu bapa yang wujud?
Terdapat 3 jenis utama gaya asuhan ibu bapa, iaitu:
Autoritarian
Ibu bapa yang bersikap autoritarian adalah sangat tegas dengan anak dan tidak akan membenarkan sebarang rundingan berlaku antara mereka dengan anak. Mereka tidak akan mendengar sebarang keluhan anak malah lebih cenderung mengawal anak mereka untuk mengikut arahan.
Permisif
Ibu bapa yang bersikap permisif adalah sangat santai dan jarang menetapkan apa-apa peraturan tegas terhadap anak mereka. Disebabkan ini, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa permisif dibenarkan untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa merisaukan akibat daripada perlakuan mereka itu.
Autoritatif
Ibu bapa yang bersikap autoritatif pula menggabungkan kedua-dua gaya asuhan. Mereka tidak cenderung untuk mengawal dan tidak juga cenderung membenarkan anak mereka melakukan apa-apa sesuka hati. Ibu bapa yang bersikap autoritatif ini akan bersama-sama dengan anak untuk membuat peraturan yang menyenangkan kedua-dua belah pihak.
Selesaikan dengan perbincangan
Komunikasi adalah kunci utama untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah. Apabila melibatkan pengurusan gaya asuhan ibu bapa, anda dan pasangan perlu memahami kepentingan berkomunikasi antara satu lain. Berbincanglah dengan pasangan mengenai gaya asuhan mana yang sepatutnya digunakan oleh anda dan pasangan agar ia sesuai dengan perkembangan anak anda.
Anda dan pasangan juga perlu perlu membincangkan tentang realiti kehidupan seorang kanak-kanak seperti kemungkinan mereka dibuli, membuli atau menyuarakan hasrat untuk membeli telefon pintar. Bagi mengelakkan ini terjadi, anda dan pasangan perlu mempunyai gaya asuhan yang paling sesuai. Paling penting, jangan sesekali beranggapan bahawa gaya asuhan anda adalah lebih baik berbanding pasangan.
Kolaborasi dan kompromi
Apabila sesuatu peraturan dibuat, pastikan anda sendiri mematuhinya untuk menunjukkan kepada anak anda bahawa anda serius terhadapnya. Berbincanglah dengan pasangan anda mengenai masalah baru yang timbul dan lakukan pengubahsuaian ketika kecemasan. Jangan sesekali melanggar peraturan anda sendiri kerana ia hanya akan membuat anak anda keliru lalu menyebabkan anda dan pasangan bermasam muka.
Dapatkan bantuan individu lain
Apabila anda berdua berada dalam dilema berkenaan gaya asuhan pasangan, dapatkan bantuan daripada individu lain. Anda boleh lakukan perbincangan sesama ahli keluarga, melibatkan diri dalam komuniti keibubapaan atau mendapatkan khidmat profesional untuk bantuan. Jika anak anda sendiri sudah dewasa, dapatkan pandangan mereka juga mengenai gaya asuhan ibu bapa mana yang terbaik untuk mereka.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.