Gunakan Bayi untuk Kurangkan Kes Buli di Sekolah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Saban tahun, terdapat lambakan kes buli di sekolah dilaporkan tanpa mengira jenis sekolah mahupun jantina pelajar terlibat. Sekolah yang sepatutnya menjadi persekitaran selamat untuk pembelajaran sebaliknya menjadi tempat ancaman terhadap pelajar yang lemah dan mudah dibuli. Bahkan dalam sesetengah hal, kes buli di sekolah digalakkan dengan budaya senior-junior tidak sihat yang diwarisi daripada generasi sebelumnya.

Literasi sosial dan emosi: keperluan penting pendidikan

Apakah tujuan pendidikan? Adakah pendidikan sekadar memenuhi keperluan pelajar mendapat kemahiran membaca, mengira atau menulis? Jika 3M merupakan satu-satunya penekanan yang diambil kira sepanjang tempoh persekolahan, maka tidak hairanlah semakin banyak masalah sosial berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.

Pendidikan sepatutnya bertindak lebih daripada sebagai pengisian intelek kerana pendidikan emosi dan sosial juga merupakan keperluan untuk pembentukan sahsiah murni agar kanak-kanak membesar menjadi manusia yang berbudi bahasa dan berempati kepada satu sama lain.

Literasi atau keupayaan sosial dan emosi merupakan antara aspek penting pendidikan yang tidak patut disisihkan. Dalam zaman gajet dan media sosial ini, kebanyakan kanak-kanak mempunyai literasi atau kecelikan digital pada usia yang sangat muda tetapi bukan semuanya mempunyai literasi sosial dan emosi.

Ditambah pula jika ibu bapa sendiri ralit dengan pekerjaan dan gajet masing-masing, kekurangan interaksi yang mendidik di rumah dan ketiadaaan pengisian di sekolah membentuk anak-anak yang buta sosial dan emosi. Kes buli di sekolah merupakan salah satu tanda kebutaan sosial dan emosi.

Roots of Empathy: program literasi sosial dan emosi

Roots of Empathy, yang bermaksud Akar Empati ialah program literasi sosial dan emosi yang dimulakan pada tahun 1996 di Canada dan kini diamalkan di pelbagai negara. Bertujuan untuk membina masyarakat yang lebih damai dan penyayang dengan meningkatkan tahap empati pada kanak-kanak, program ini menggunakan bayi sebagai medium untuk membicarakan tentang perasaan dan subjek lain yang sering kali diabaikan dalam kaedah pembelajaran biasa.

Program ini melibatkan bayi yang dibawa ke dalam bilik darjah setiap tiga minggu sekali. Seorang pelatih akan melatih murid dalam kelas untuk memerhatikan perkembangan bayi dan menentukan perasaannya. Bayi bertindak sebagai ‘guru’ dalam pembelajaran ini, sementara pelatih membantu murid mengenal pasti perasaan yang ditunjukkan bayi serta merenungkan perasaan mereka sendiri dan perasaan orang lain.

Dengan cara ini, murid-murid yang terlibat belajar mengenai perasaan dan menjadi lebih sensitif terhadap perasaan orang lain, atau lebih berempati. Program ini melibatkan kanak-kanak daripada 5 hingga 13 tahun. Kajian mendapati kanak-kanak yang didedahkan kepada program literasi sosial dan emosi seperti ini mengurangkan sikap agresif dan budaya membuli dalam kalangan pelajar sekolah.

video ihsan BBC News

Organisasi HundrED.org daripada Finland, negara yang dikagumi kerana sistem pembelajarannya menganugerahkan program ini sebagai inovasi global yang menginspirasikan dalam pembelajaran sekolah rendah.

Bagaimana mendidik literasi sosial dan emosi dalam anak anda?

Program Roots of Empathy mungkin belum lagi dipraktikkan dalam sekolah di Malaysia, namun ini tidak bermakna literasi sosial dan emosi tidak dapat anda terapkan dalam anak anda. Pendidikan patut bermula di rumah dan bukannya dibebankan kepada para guru di sekolah.

Antara langkah yang boleh diambil untuk membentuk literasi sosial dan emosi di rumah ialah dengan cara menjadi pendengar yang baik kepada anak anda, menjadi contoh teladan yang baik, membentuk keyakinan diri dalam anak anda dan hormati perbezaan iaitu dengan tidak membandingkan anak anda dengan yang lain.

Pendidikan adalah cara paling berkesan untuk membina masyarakat yang aman. Tanpa penekanan kepada kemahiran sosial dan emosi, sekolah hanya akan melahirkan pelajar pandai tetapi tidak tahu menghormati perbezaan dan tidak endah kepada emosi orang lain. Akibatnya, kes buli dan masalah sosial lain tidak akan dapat dibendung.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Ramai yang percaya bahawa pendingin hawa bahaya untuk bayi. Tapi, betul ke? Penggunaan penyaman udara sebenarnya boleh buatkan bayi tidur dengan lebih lena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mengesan kehamilan PCOS

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    puting kosong

    Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan