backup og meta

Bakal Bapa yang Kemurungan Boleh Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang: Betul Ke?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    Bakal Bapa yang Kemurungan Boleh Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang: Betul Ke?

    Kita selalu mendengar ibu hamil yang mengalami kemurungan berisiko tinggi untuk melahirkan bayi pramatang dan bayi yang lahir rendah berat badan. Stres semasa hamil yang disebabkan oleh tekanan kerja, kurang sokongan sosial atau kesukaran dalam perhubungan boleh menjadi pencetus utama untuk kelahiran bayi pramatang. Bukan hanya ibu sahaja, bahkan kemurungan dalam kalangan bapa yang semakin meningkat kebelakangan ini turut menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

    Apakah simptom kemurungan bapa?

    Kajian terbaharu yang mengaitkan antara kemurungan bapa dan kelahiran bayi pramatang menunjukkan bahawa, bapa yang berada dalam tekanan semasa waktu konsepsi atau awal kehamilan adalah kira-kira 38 peratus berisiko kepada kebanyakan kes kelahiran pramatang. Beberapa simptom dikaitkan dengan kemurungan selepas bersalin dalam kalangan lelaki termasuklah:

    • Keletihan, sakit kepala, dan kesakitan
    • Kerengsaan, kebimbangan, dan kemarahan
    • Hilang keinginan melakukan seks
    • Selera makan berubah
    • Rasa ‘tenggelam’, berada di luar kawalan, dan tidak boleh menyesuaikan diri dengan situasi baru
    • Kecenderungan untuk mengambil risiko
    • Perubahan dalam corak tidur, terutamanya kurang tidur
    • Rasa disisihkan dan menyendiri daripada pasangan, rakan-rakan atau keluarga
    • Menambah waktu kerja kerana sudah tidak mahu bersosial
    • Mengambil dadah atau alkohol berbanding mencari rawatan untuk kemurungan

    Bagaimana kemurungan bapa boleh menjejaskan bayi dalam kandungan?

    Para penyelidik percaya jika pasangan wanita hamil itu mengalami tekanan, si ibu akan turut terjejas oleh banyak cara. Si suami bukan sahaja tidak dapat memberikan sokongan dan penjagaan yang cukup, bahkan, pada masa yang sama juga membuatkan si ibu risau pada pasangannya. Tambahan pula, tahap tekanan bakal ibu cenderung untuk meningkat apabila tinggal bersama dengan pasangan yang berada dalam tekanan atau kebimbangan. Memandangkan kebanyakan lelaki yang mengalami tekanan mungkin menggunakan ubat anti kemurungan, jadi ubat ini mungkin boleh memberikan kesan negatif pada kualiti sperma mereka. Bagaimanapun, perkara ini masih belum terbukti secara saintifik. Kajian ini juga tidak mengambil kira fakta bahawa lelaki yang berada dalam kemurungan boleh juga dipreskripsikan untuk anti kemurungan disebabkan oleh keadaan lain seperti gangguan kebimbangan.

    Apa yang boleh saya lakukan?

    Kita tahu bahawa waktu kehamilan adalah perjalanan yang penuh dengan suka dan duka untuk kedua-dua pasangan. Jadi, jika anda mengalami kemurungan semasa tempoh ini, anda tidak perlu rasa bersalah atau malu. Sebagai lelaki, anda tidak boleh membantu pasangan untuk mengandungkan zuriat anda, apatah lagi jika anda sendiri mempunyai masalah. Yang penting, anda perlu mencari jalan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Jika keadaan tidak terkawal, anda memerlukan bantuan pakar untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak elok kelak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan