backup og meta

Bagaimana Melindungi Anak Daripada Racun?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    Bagaimana Melindungi Anak Daripada Racun?

    Setiap tahun, lebih daripada 1 juta kes berkaitan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah telah mengalami keracunan bahan toksik.

    Kanak-kanak terutamanya yang masih sangat kecil amat gemar untuk menerokai dunia ini dengan memasukkan benda yang mereka temui ke dalam mulut. Ini kerana pada ketika ini, anak anda masih tidak mampu membezakan bahan yang selamat dengan yang tidak.

    Sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa mengawasi pergerakan anak anda. Jika anda jauh daripada rumah, minta bantuan pasangan atau penjaga untuk mengawasi mereka dengan sebaiknya.

    Simpan benda berbahaya di tempat yang selamat

    Cara yang paling efektif untuk memastikan keselamatan anak anda daripada keracunan adalah menyimpan benda berbahaya di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh anak anda, termasuklah:

    • Ubat-ubatan terutamanya yang mengandungi zat besi
    • Produk pencuci seperti sabun pencuci pinggan, sabun pencuci baju, peluntur dan pengilat perabot
    • Pencair cat, cecair pencuci kereta, air radiator
    • Minyak petrol, minyak tanah
    • Racun serangga
    • Alkohol

    Anda perlu selalu memastikan ubat-ubatan di rumah anda disimpan dengan selamat. Walaupun anda merupakan individu yang kerap menggunakan ubat-ubatan, sentiasa ingat untuk menyimpannya semula di tempat yang selamat selepas menggunakannya. Ini kerana malang itu tidak berbau dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, sentiasa ingatkan diri anda tentang perkara ini.

    Jangan terlalu percaya dengan pembungkusan benda-benda beracun ini yang dikatakan selamat untuk kanak-kanak.

    Jangan menyediakan atau memberikan ubat kepada anak anda dalam keadaan yang gelap. Anda mungkin akan tersalah sukatan dos atau lebih teruk lagi, tersalah penggunaan dos.

    Jangan membiarkan botol vitamin, aspirin atau apa-apa sahaja ubat-ubatan di atas meja dapur atau mana-mana tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.

    Seeloknya, simpan semua ubat-ubatan ini di luar jangkauan anak anda, atau simpan di dalam kabinet berkunci untuk lebih selamat. Walaupun benda yang tidak kelihatan berbahaya seperti cecair kumuran, ia masih berbahaya sekiranya anak anda terambilnya dalam kuantiti yang berlebihan. Awas! Walaupun kabinet anda berada tinggi dan kanak-kanak tidak akan mampu menggapainya, anak anda mungkin akan menggunakan tangga atau memanjatnya untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.

    Memastikan kebun anda selamat untuk kanak-kanak

    Kebiasaannya, kebun merupakan tempat yang selamat dan menarik untuk dikunjungi oleh anak anda dan menjadi tempat mereka meluangkan masa. Tetapi, kebun juga mempunyai risiko bahayanya yang tersendiri.

    Anda seharusnya selalu memerhatikan anak anda untuk mengelak bahaya di kebun atau di mana-mana sahaja tetapi ini adalah mustahil. Oleh itu, amat penting untuk anda memastikan kawasan kebun itu sendiri yang selamat.

    Anda boleh melakukan ini dengan mengelak dari menanam tumbuh-tumbuhan yang berbahaya. Jika masih mahu menanamnya, pastikan tumbuhan itu berada dalam kawasan berpagar sehinggalah anak anda sendiri sudah pandai membezakan tumbuhan yang berbahaya atau tidak.

    Apa perlu dilakukan jika keracunan berlaku

    Jika anak anda sudah terdedah dengan bahan toksik, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah kekal tenang dan hubungi pakar perubatan dengan segera. Selain itu, sediakan maklumat-maklumat ini:

    • Umur dan berat badan anak anda
    • Bekas atau botol bahan toksik tersebut
    • Masa kejadian keracunan berlaku
    • Alamat kejadian keracunan berlaku

    Pakar perubatan anda akan membantu anda untuk melakukan rawatan kecemasan. Oleh itu, kekal dalam talian dan ikut arahan yang diberikan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan