Kelebihan menjadi anak tunggal
Selama bertahun-tahun, anak tunggal dianggap sebagai mementingkan diri sendiri, tidak berteman, gemar mengarah dan tidak pandai menyesuaikan diri. Stereotaip ini masih lagi wujud dan dipercayai.
Walau bagaimanapun, banyak kajian mencadangkan bahawa anak tunggal mempunyai keupayaan sosial dan akademik yang baik. Ini kebanyakannya kerana dalam keluarga yang besar, setiap kanak-kanak mendapat kurang tumpuan ibu bapa dan sumber pendidikan yang kurang. Orang dewasa yang merupakan anak tunggal mampu membina persahabatan dan menunjukkan ciri-ciri sosial yang sama dengan orang dewasa yang mempunyai adik beradik. Malah, mereka juga mempunyai kecenderungan untuk menguasai perbendaharaan kata yang lebih baik dan daya humor yang sofistikated kerana mereka dibesarkan dalam keluarga yang lebih ramai orang dewasa.
Walaupun anak tunggal memperoleh kelebihan dengan menjadi satu-satunya anak di dalam rumah, mereka masih mengalami kesulitan dalam kemahiran sosial tertentu. Pun begitu, jurang tersebut akan ditangani kemudian. Disebabkan kekacauan dan potensi konflik, keluarga dengan adik-beradik adalah medan kanak-kanak belajar tentang empati, belas kasihan, dan tahu bagaimana dan bila untuk mempertahankan diri. Sebaliknya anak tunggal mempunyai sedikit peluang untuk mengamalkan kemahiran sosial utama seperti rundingan dan perkongsian.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen