backup og meta

6 Tip Menggemukkan Bayi Yang Terlalu Kurus

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2022

    6 Tip Menggemukkan Bayi Yang Terlalu Kurus

    Ibu bapa mana yang tidak mahu si kecil mereka kelihatan sihat dan gebu? Bagi mereka, ini merupakan indikator bahawa bayi mereka sedang membesar dengan baik. Namun begitu, apa yang perlu dilakukan jika bayi anda terlalu kurus jika dibandingkan dengan bayi lain? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 6 tip menggemukkan bayi yang terlalu kurus.

    #1. Beri bayi minum susu ibu

    Secara semulajadinya, susu ibu merupakan sumber makanan utama untuk bayi. Susu ibu mempunyai nutrisi semulajadi yang sepatutnya sudah mencukupi untuk tumbesaran bayi. Sebagai ibu, anda seharusnya memberi susu badan mengikut jadual yang telah ditetapkan atau ketika bayi itu lapar. Jika bayi mempunyai masalah untuk minum susu secara terus dari payudara ibunya akibat kondisi pra matang atau bibir sumbing, perah susu badan anda ke dalam botol susu. Jika si ibu pula yang mengalami jangkitan pada puting (mastitis), segera dapatkan rawatan doktor.

    #2. Beri bayi minum susu formula

    Sebagai alternatif buat bayi yang tidak mahu menyusu badan atau si ibu sibuk bekerja, anda boleh pertimbangkan untuk memberi bayi susu formula. Sebenarnya, susu formula juga berkhasiat dan mengandungi nutrien yang tidak jauh beza dengan susu badan. Selain itu, susu formula dapat membantu memperbaiki sistem pencernaan bayi sekaligus meningkatkan berat badan bayi. Jika anda masih was-was mengenai pemilihan susu formula yang terbaik buat si kecil anda, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik mengenai jenis susu formula khusus yang paling sesuai buat bayi anda.

    #3. Tenangkan bayi segera jika menangis

    Meskipun agak tidak logik, bayi yang kerap menangis cenderung mengalami kesukaran untuk naik berat badan. Ia adalah sama kesannya seperti bayi lapar atau tidak cukup tidur. Untuk menenangkan bayi, anda boleh mendukung, memeluk dan mengusap badannya dengan lembut. Jika ia masih tidak membuahkan hasil, anda boleh cuba membedung bayi menggunakan kain.

    #4. Jaga waktu tidur bayi

    Aktiviti bayi yang baru lahir hanya makan dan tidur. Ia merupakan kombinasi dua perkara yang dapat membantu menaikkan berat badan bayi. Bayi yang normal akan tidur selama 16 jam sehari. Oleh itu, ibu bapa perlu merancang jadual si kecil anda dengan sebaiknya agar waktu tidur dan waktu minum susu mereka adalah teratur setiap hari. Bagi memastikan bayi tidur lebih selesa, sediakan katil bayi yang selesa dan selamat daripada sebarang bahaya.

    #5. Jaga kebersihan kulit bayi

    Kebersihan kulit bayi amat penting bagi si kecil untuk mereka berasa lebih selesa sepanjang harinya. Ia juga penting untuk membuat mereka lebih seronok dan tidak membuat perangai apabila tiba waktu tidur atau waktu minum susu. Ini sekaligus dapat membantu menaikkan berat badan mereka secara semulajadi. Caranya, pastikan mereka selalu memakai pakaian yang lembut, kering dan bersih bagi mengelakkan kulit gatal. Selain itu, kerap mandikan bayi dan hindari daripada menggunakan produk kulit bayi secara berlebihan bagi mengelakkan infeksi dan iritasi.

    #6. Jaga pemakanan bayi

    Akhir sekali, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah jaga pemakanan si kecil jika bayi sudah boleh makan makanan pejal. Antara jenis makanan yang boleh diberikan pada bayi untuk menggemukkan bayi adalah:

    • Produk tenusu seperti susu penuh lemak, yogurt atau keju
    • Gandum penuh seperti roti, pasta atau nasi
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan berkalori tinggi seperti kesemua sayur hijau, pisang, pear dan alpukat

    Konklusinya, apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi perhatian sepenuhnya terhadap si kecil anda jika mereka terlalu kurus dan memerlukan lebih nutrisi dan khasiat. Jika berat badan bayi anda masih tidak menaik meskipun sudah berbagai cara dilakukan, bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sebetulnya.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan