Minggu demi minggu

Kanak-Kanak Yang Selalu Hisap Jari & Gigit Kuku KURANG Berisiko Kena Alahan, Tapi Kenapa?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Ibu bapa yang gagal untuk memaksa anak mereka berhenti menggigit kuku dan menghisap ibu jari sebenarnya sudah boleh menarik nafas lega.

Ini kerana perbuatan ini mungkin akan mendatangkan manfaat. Pakar mendapati bahawa perbuatan ini mungkin dapat membantu kanak-kanak melindungi diri mereka daripada alahan.

Sungguhpun hasil kajian ini tidak menyarankan kanak-kanak untuk terus melakukan perbuatan ini, keputusan kajian menunjukkan bahawa perbuatan ini akan membantu individu pelaku untuk melawan alahan dewasa kelak.

Kajian selama tiga dekad menyatakan bahawa bakteria dalam mulut akan memberi kesan kepada gerak balas sistem imun

Menurut pakar dari New Zealand, bayi dan kanak-kanak yang gemar menggigit kuku dan menghisap ibu jari kurang berisiko mempunyai alahan. Pengkaji mempercayai bahawa pendedahan kepada mikroorganisma pada awal usia akan mengurangkan risiko mempunyai alahan dewasa kelak.

Pengkaji menggunakan data daripada kajian yang masih dilakukan oleh Dunedin Multidisciplinary Health and Development Study yang merangkumi lebih daripada 1,000 kanak-kanak yang lahir di New Zealand pada tahun 1972 atau 1973.

Menerusi kajian itu, 1,037 kanak-kanak akan dinilai pada usia lima, tujuh, sembilan dan sebelas tahun. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kecenderungan mereka melakukan perbuatan menggigit kuku atau menghisap ibu jari.

Pengkaji kemudiannya akan menilai kanak-kanak terbabit sama ada mereka mempunyai alahan atau tidak pada usia 13 tahun dan sekali lagi ketika mereka berusia 32 tahun.

Hasil kajian ini menunjukkan 49% daripada kanak-kanak berusia 13 tahun yang tidak melakukan kedua-dua perbuatan ini akan mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis alahan manakala jika mereka ada melakukan salah satu daripada perbuatan ini, peratusan mempunyai alahan akan menurun kepada 38%.

Bagi kanak-kanak yang ada melakukan kedua-dua perbuatan ini, peratusannya adalah 31%. Hasil kajian ini akan kekal sama buat kanak-kanak yang ada melakukan kedua-dua perbuatan ini sehinggalah mereka berusia 32 tahun.

Kajian ini juga dilakukan dengan mengambil kira faktor luaran seseorang kanak-kanak itu mempunyai alahan seperti sama ada ibu bapa mereka juga mempunyai alahan, membela haiwan peliharaan, menyusu badan atau formula dan sama ada ibu bapa mereka merokok atau tidak.

Kajian terbaharu juga menguatkan lagi teori ini

Teori ini dapat dikaitkan dengan dapatan hasil kajian terbaharu yang diterbitkan pada 2013 (Hesselmar B et al) yang mempercayai bahawa kanak-kanak yang mempunyai ibu yang menghisap puting palsu mereka sehingga bersih kurang berisiko mempunyai alahan kelak.

Walau bagaimanapun, perbuatan menggigit kuku dan menghisap ibu jari yang sebenarnya menjadi indikator utama yang mengurangkan risiko kanak-kanak mempunyai alahan kelak.

Hasil kajian terbaharu ini juga menunjukkan kekurangan pendedahan terhadap kuman dan bakteria akan menyebabkan kanak-kanak lebih berisiko untuk mempunyai alahan.

Ia menguatkan lagi teori bahawa mikroorganisma akan memberi kesan kepada sistem imun kanak-kanak dan mampu mengurangkan risiko mempunyai alahan.

Namun begitu, ini tidak bermakna anda sebagai ibu bapa perlu mula memaksa anak anda untuk menggigit kuku dan menghisap ibu jari jika mereka sendiri sudah berhenti melakukannya.

Strategi lain yang lebih mudah dan selamat seperti membela haiwan peliharaan contohnya kucing mungkin lebih efektif.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 11/02/2019 | Kali terakhir kemaskini: 24/04/2020

Rujukan

Artikel lain untuk anda

leher berkedut

Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
bulu hidung

Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
lelaki homoseksual

Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
ubat untuk masalah kesuburan

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

Umum sudah tahu bahawa paru paru manusia adalah antara organ yang paling penting. Persoalannya, bolehkah hidup hanya dengan satu paru-paru? Jom klik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Mak Ayah Ambil Tahu Ini! Jangan Tarik Tangan Anak Terlalu Kuat, Undang RISIKO Sendi Siku Teralih!

Suka mengayunkan anak ala putaran kipas helikopter? Jika ya, tindakan itu boleh menyebabkan kecederaan pada anak punca sendi siku teralih.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Buat anda yang tertanya-tanya dan terfikir sama ada pil perancang keluarga untuk lelaki sudah wujud atau belum, ini jawapannya. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

Menyusu badan mempunyai cabaran tersendiri. Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu mengetepikan aktiviti fizikal untuk kecergasan diri. Ini caranya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 22/09/2020 . 3 minit bacaan