Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Minggu ke-47

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda 

Pada minggu ketiga dari bulan yang kesebelas, bayi anda mampu untuk:

  • Ambil objek kecil dengan mana-mana bahagian ibu jari dan jari. Seperti biasa, pastikan objek berbahaya jauh daripada jangkauan bayi;
  • Berdiri sendiri seketika;
  • Mengatakan “dada” atau “mama” tanpa tahu membezakan;
  • Mengatakan satu perkataan selain “mama” atau “dada”.

Sokongan untuk bayi anda

Kerana mereka boleh memberi perhatian sekarang, ia adalah masa yang baik untuk mula mengajar bayi anda bagaimana untuk membantu. Tekankan penggunaan “tolong” dan “terima kasih,” dan jadikan aktiviti mengemas barang mainan masa yang menyeronokkan dengan cara menukarkannya menjadi permainan. Walaupun mereka mungkin tidak memahaminya, ia bukanlah waktu yang terlalu awal untuk memulakannya. Bahagikan tugas kepada beberapa tugasan ringan. Pada usia ini, mereka akan memerlukan anda di samping mereka untuk menunjukkan cara melakukan sesuatu.

Bayi anda kini bergantung kepada anda untuk membantu mengaitkan objek dengan nama-namanya – lebih banyak yang anda lakukan, perbendaharaan kata anak anda akan lebih cepat berkembang. Terus bercakap kepada bayi melalui pelabelan benda. Kira  bilangan anak tangga sewaktu anda naik bersama mereka, dan tunjukkan nama-nama dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran di kedai runcit. Bacakan buku bergambar kepada bayi anda dan minta mereka untuk menunjukkan atau namakan objek biasa. Sekali sekala, tanya pendapat mereka; seperti bertanya jika mereka ingin memakai stokin merah atau biru, atau jika mereka ingin bermain dengan blok mainan atau menyusun bulatan getah mainan. Beri mereka hanya dua pilihan – kedua-duanya berada betul-betul di hadapan mereka. Mereka mungkin tidak menjawab, atau mungkin mengejutkan anda dengan jawapan.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor?

Kebanyakan doktor tidak menjadualkan pemeriksaan yang kerap untuk bayi anda pada bulan ini memandangkan bayi pada usia ini tidak suka dipegang semasa pemeriksaan doktor. Malah bayi dengan keresahan terhadap orang asing (stranger anxiety) mungkin tidak menyukai doktor tersebut tidak kiralah betapa mesra layanan yang diberikan. Tapi hubungilah doktor jika terdapat sebarang kebimbangan yang tidak boleh anda tunggu sehingga temu janji bulan hadapan.

Apa yang patut saya tahu?

Ini adalah beberapa perkara yang patut anda ketahui:

Menghisap ibu jari

Bayi yang menghisap ibu jari sedang menggunakan mekanisme yang sihat dan semula jadi untuk menenangkan diri sendiri. Ia adalah satu tindak balas semulajadi – kecenderungan menenangkan diri yang dimiliki berapa bayi, dan tidak perlu dirisaukan. Pakar bersetuju bahawa untuk bayi, perkara ini tidak berisiko. Sesetengah mengatakan kanak-kanak juga boleh menghisap ibu jari mereka tanpa menjejaskan gigi sehingga mereka berusia 2 tahun, malah kebanyakannya masih boleh melakukannya dengan selamat sehingga mereka 4 atau 5 tahun, apabila gigi kekal biasanya mula muncul.

Puting

Puting adalah satu lagi cara yang baik untuk bayi menenangkan diri, tetapi ia bukanlah satu keperluan. Bayi anda akan menjadi sangat bergantung kepada anda untuk mendapatkan puting mereka jika terjatuh daripada tempat tidur contohnya dan puting mungkin hilang atau menjadi kotor. Dari sudut positif, bayi biasanya sudah tidak lagi berkehendak kepada puting jauh sebelum timbul masalah kepada kesihatan gigi. Sesetengah bayi sebenarnya lebih suka menghisap ibu jari, jadi jika itu berlaku, anda tidak perlu pening membuat pilihan, bayi anda telah memilih apa yang disukainya.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan?

Pada minggu kedua dari bulan yang kesebelas, anda mungkin mempunyai banyak kebimbangan. Salah satu daripadanya adalah patutkah anak anda melihat anda tidak berpakaian?

Pakar bersetuju bahawa sehingga tahun prasekolah, pendedahan visual kepada tubuh ibu bapa tidak akan memberi kesan kepada kanak-kanak. Sudah tentu, bayi di bawah usia setahun terlalu muda untuk teransang dengan melihat ibu mereka menukar baju. Mereka juga terlalu muda untuk ingat pada tahun berikutnya apa yang telah mereka lihat. Bagaimanapun, selepas usia tiga atau empat tahun, sesetengah daripada mereka percaya bahawa ia mungkin kurang sihat untuk mereka melihat ibu bapa mereka membuka baju sepenuhnya.

Jika bayi anda menjadi menjadi tertanya-tanya dengan apa yang mereka lihat dan ingin menyentuh bahagian kemaluan atau menarik puting anda, anda berhak untuk menamatkan sebarang penerokaan yang membuat anda berasa terganggu. Bertindak tegas tetapi jangan bertindak balas secara keterlaluan. Minat mereka terhadap bahagian sulit badan anda hampir sama sahaja dengan minat mereka terhadap bahagian badan yang lain seperti hidung atau telinga (walaupun mereka mungkin lebih terpesona dengan bahagian sulit kerana biasanya lebih tersimpan dalam pakaian dalam). “Ini mama punya” adalah tindak balas yang akan membantu bayi mula memahami konsep privasi badan dan membantu mereka menjaga kehormatan peribadi mereka kelak.

Anda telah sampai ke minggu 47. Jangan risau. Anda tidak keseorangan. Kami akan berada di sini untuk memberikan anda sokongan ke minggu depan, pada minggu 48.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 13/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 16/04/2018

Rujukan

Artikel lain untuk anda

kerja rumah

Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
penghawa dingin

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
sarung tangan

Baby Pakai Mittens Memang Comel, Tapi 5 SEBAB Ini Pasti Buat Anda Berfikir 2x

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/08/2020 . 3 minit bacaan
bayi mandi malam

Bahaya Jika Mandikan Bayi Di Malam Hari, Benarkah Atau Ada Mudarat Yang Kita Tak Tahu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mendapatkan Khidmat Pengasuh Bayi: Apa yang Perlu Anda Pertimbangkan

Majoriti ibu bapa mula tertekan, keliru dan cemas apabila melibatkan soal penjagaan bayi mereka khususnya apabila membabitkan orang luar. Walaupun kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak adalah pilihan terbaik namun ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 04/07/2018 . 3 minit bacaan

Penjagaan Bayi 25 bulan

Perkembangan & PelakuanApa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini? Imaginasi merupakan salah satu perkara yang paling mengujakan bagi kanak-kanak prasekolah – kecuali jika ia dalam bentuk yang menakutkan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Tahun-tahun pertama, 2-3 tahun 16/04/2018 . 3 minit bacaan

Penjagaan Bayi 24 bulan

Anak anda kini berumur 2 tahun. Sudah banyak pencapaian perkembangan (milestone) yang anak anda telah capai. Lanjutkan Hello Doktor sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Tahun-tahun pertama, Kehamilan 16/04/2018 . 3 minit bacaan

Penjagaan Bayi 23 Bulan

Perkembangan & PelakuanApa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini? Anak anda mungkin sudah belajar sebanyak 10 perkataan baru sehari. Berikut adalah beberapa kemahiran bahasa yang anda boleh jangkakan dari ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Keibubapaan, Tahun-tahun pertama, 1-2 tahun 16/04/2018 . 3 minit bacaan