backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penjagaan Bayi Minggu Ke-46

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/08/2023

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda

Bayi anda mungkin seronok melihat buku dan menyelak halaman, walaupun mungkin tidak menyelak halaman satu demi satu. Mereka boleh menikmati buku-buku bergambar yang besar atau buku keras yang kukuh dan berpatutan yang mampu dipegang jari kecil mereka.

Untuk menambah kepelbagaian pada masa membaca dan untuk mengetahui apa yang paling menarik perhatiannya, cuba lawati perpustakaan tempatan atau bahagian kanak-kanak di kedai buku mesra keluarga – atau bertukar buku dengan rakan-rakan.

Pada minggu 46, bayi anda mampu untuk:

  • Bertepuk tangan atau melambai selamat tinggal;
  • Berjalan dengan berpegang pada perabot;
  • Menunjukkan atau mengarah dengan isyarat terhadap sesuatu yang dikehendakinya;
  • Menikmati melihat buku-buku dan menyelak halaman.

Sokongan untuk bayi anda

Bayi anda mungkin telah bergelut dengan keresahan terhadap perpisahan dalam tempoh beberapa bulan yang lalu. Ini adalah biasa kerana mereka sukakan anda dan bergantung kepada anda. Untuk memudahkan perpisahan, anda perlu memendekkannya. Terangkan  dengan jujur apabila anda meninggalkan anak anda di pusat jagaan harian atau dengan pengasuh, dan jangan panjangkan rasa sedihnya dengan selamat tinggal meleret dan air mata. Mereka akan bergembira kembali.

Anda boleh membantu bayi anda berasa lebih berdikari dengan tidak mengawasi mereka sepanjang masa. Sudah tentu mereka masih perlu tahu bahawa anda berada di sekeliling dan boleh bergantung kepada anda. Jadi, jika mereka berjalan ke bilik lain, tunggu beberapa minit sebelum mengikuti. Jika anda pergi ke kawasan lain dalam rumah, suarakan kepada mereka apabila anda berada di bilik sebelah – tetapi jangan datang kepada mereka setiap kali mereka merengek.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang patut saya bincangkan dengan doktor?

Kebanyakan doktor tidak menjadualkan pemeriksaan yang kerap untuk bayi anda pada bulan ini memandangkan bayi pada usia ini tidak suka dipegang semasa pemeriksaan doktor. Malah bayi dengan keresahan terhadap orang asing (stranger anxiety) mungkin tidak menyukai doktor tersebut tidak kiralah betapa mesra layanan yang diberikan. Tapi hubungilah doktor jika terdapat sebarang kebimbangan yang tidak boleh anda tunggu sehingga temu janji bulan hadapan.

Apa yang patut saya tahu?

Kebimbangan anda pada peringkat ini adalah masalah bercerai susu dan gigi. Bahagian ini juga akan memberi anda tip untuk hal tersebut.

Bercerai susu

Jika anda masih menyusukan anak, tarikh akhir terpulang kepada anda dan bayi anda. Ia adalah satu keputusan peribadi yang bergantung kepada keadaan tertentu anda. Bayi anda mungkin menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka bersedia untuk bercerai susu sekarang, termasuk seolah-olah-olah tidak berminat atau terganggu semasa penyusuan. Anda mungkin berasa berbelah bahagi untuk bercerai susu. Walaupun bercerai susu kedengaran  melegakan, tapi anda mungkin berasa berat hati untuk mengakhirkan rutin ini. Ramai para ibu yang telah menyusu sejauh ini meneruskan penyusuan, tetapi ramai juga yang menggunakan petanda satu tahun sebagai matlamat akhir.

Anda boleh melakukannya dengan beransur-ansur mengurangkan bilangan sesi penyusuan setiap hari atau menggantikannya dengan susu formula atau susu lembu (jika doktor anda bersetuju). Jika anak anda tidak menyukai botol, anda boleh menggunakan cawan yang memudahkan anda daripada masalah untuk menghentikan bayi anda daripada menghisap botol di kemudian hari. Sesetengah bayi akan kurangkan sesi  menyusu setiap beberapa hari sehingga berhenti. Anda juga boleh memendekkan tempoh masa bagi setiap sesi penyusuan. Cuba ikut cadangan berikut:

  • Berikan mereka sesi perhatian yang banyak untuk menggantikan keintiman  waktu penyusuan.
  • Cuba alihkan perhatian bayi anda jika mereka seolah-olah mahu menyusu, dan lihat sama ada mereka lebih berminat dalam benda lain atau akan minum dari cawan.
  • Minta orang lain untuk menidurkan bayi anda supaya bayi anda tidak terdorong untuk menyusu pada masa tersebut.
  • Jika payudara anda membengkak, gunakan kompres sejuk dan keluarkan susu secara manual atau dengan pam untuk beberapa hari pertama. Ibuprofen juga boleh membantu.
  • Jika bayi anda seperti menentang, tunggu dahulu sebelum mencuba lagi.

Kecederaan gigi bayi

Memandangkan gigi putih mutiara si kecil yang comel akan tercabut juga suatu hari nanti untuk memberi ruang kepada gigi kekal, serpihan kecil pada gigi bayi biasanya tidak perlu dirisaukan memandangkan berapa banyak aktiviti lasak yang dilakukan si kecil. Namun, adalah idea yang baik untuk memastikan masalah gigi tersebut tidak lebih daripada masalah penampilan sahaja. Pertama, lakukan pemeriksaan ringkas. Jika terdapat sebarang bucu tajam, pergi berjumpa doktor gigi anda apabila berkelapangan. Doktor gigi mungkin mahu meratakan bahagian tepi atau memperbaikinya dengan tampalan plastik atau crown.

Bagaimanapun, hubungi doktor gigi dengan segera, jika bayi:

  • Berada dalam sebarang kesakitan (walaupun beberapa hari kemudian);
  • Jika gigi kelihatan telah beralih kedudukan atau dijangkiti atau gusi bengkak
  • Jika anda melihat bintik merah jambu di tengah-tengah gigi yang sumbing.

Simptom-simptom ini mungkin menunjukkan bahawa kerosakan gigi telah menjejaskan saraf. Dalam kes sedemikian, doktor gigi perlu mengenal pasti dengan X-ray jika gigi perlu dicabut atau jika rawatan saraf diperlukan. Kecederaan kepada saraf, jika tidak dirawat, boleh merosakkan gigi kekal yang sudah tumbuh dalam mulut bayi anda. Apa pun, masih banyak lagi rintangan yang akan dihadapi bayi anda dalam proses belajar berjalan.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan?

Pada minggu kedua dari bulan yang kesebelas, anda mungkin mempunyai banyak kerisauan. Salah satu daripadanya adalah latihan tandas.

Melainkan anda sudah memulakan latihan tandas untuk bayi anda sebelum ini,  mungkin lebih baik untuk menunggu sehingga anak anda berusia antara 18 hingga 24 bulan. Itulah waktu kebanyakan kanak-kanak lebih bersedia untuk latihan tandas.

Fizikal

Tanda-tanda anak anda sudah bersedia dari segi fizikal termasuklah:

  • Pergerakan usus (membuang air besar) yang agak tetap dan boleh diramal;
  • Berupaya untuk menunggu sekurang-kurangnya dua jam untuk membuang air kecil;
  • Mengosongkan pundi kencing sepenuhnya apabila mereka membuang air kecil;
  • Membantu anda menarik seluar mereka atas dan ke bawah, dan untuk naik atau turun dari kerusi tandas atau potty chair.
  • Tanda kesediaan lain adalah keupayaan untuk memahami perkataan berkaitan tandas dan keupayaan mengikut arahan yang mudah.

Emosi

Dari segi kesediaan emosi, anak anda perlu menunjukkan tanda-tanda bahawa:

  • Mereka sedar bahawa mereka ingin membuang air besar dalam lampin mereka – mereka mungkin mencangkung di satu sudut atau memberitahu anda dengan kata-kata atau gerak isyarat.
  • Mereka mungkin kelihatan terganggu apabila membuang air dalam lampin.
  • Berdasarkan prasyarat berikut, bayi anda dianggap bersedia untuk mempelajari kemahiran yang penting ini.

Bagaimanakah perkembangan bayi anda minggu depan?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 14/08/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan