Minggu demi minggu

Panduan Lengkap Pemakanan Yang Boleh Diberi Untuk Bayi 0-12 Bulan, Ayuh Ibu Semak!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Masalah anak cerewet makan bukanlah satu perkara asing buat ibu bapa. Lazimnya, bayi akan mula memilih makan selepas usianya setahun. Yang menjadi kebimbangan ibu bapa adalah tentang keperluan nutrisi bayi mereka; adakah bayi mendapat nutrisi yang secukupnya jika memilih makan? Bagi mengelakkan masalah bayi cerewet makan, mereka perlu didedahkan kepada pemakanan berkhasiat sejak awal lagi, iaitu sebaik sahaja usianya mencecah 6 bulan. Pemberian makanan separa pejal seperti puri buah-buahan dan sayur-sayuran adalah yang terbaik untuk bayi anda ketika ini. Dalam memperkenalkan bayi kepada makanan baru, anda perlu lakukannya secara berperingkat.

Panduan Pemakanan Bayi 0-2 tahun

Peringkat umur bayiMakanan yang boleh diberikanKeterangan
0-6 bulanSusu ibu/ susu formula

 

Bayi hanya diberikan susu ibu atau susu formula sahaja ketika ini.
6-8 bulanMakanan separa pejal seperti puri ataupun bahan yang dilenyek halus. Contohnya: pisang, buah pear, buah epal, aprikot, prun, avokado, lobak merah, ubi kentang

 

Penyediaan puri bayi boleh dilakukan dengan cara mengukus atau merebus dahulu buah/ sayur sehingga lembut. Kemudian, baru dikisar sehingga menjadi puri.

Anda boleh menambah susu badan/ susu formula pada puri bagi menarik si manja anda makan.

8-12 bulanSemakin si manja anda membesar, anda boleh berikannya makanan yang dikisar kasar supaya dapat membantu bayi belajar mengunyah.

Apabila bayi anda sudah pandai menggenggam barang, anda boleh tawarkannya makanan kudapan atau finger food seperti buah lembut yang dipotong kecil, pasta yang sudah dimasak

Semasa memperkenalkan bayi anda kepada makanan baharu, cuba tawarkan sesudu kecil dahulu. Jika anda lihat dia selesa dengan rasa tersebut, tawarkannya kepada satu sudu besar pula.

Berhati-hati semasa memberikan anak buahan potong, dikhuatiri dia tercekik.

Kanak-kanak berusia dua tahun ke atas memerlukan jenis makanan yang sama seperti orang dewasa seperti daging, ikan, telur, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bijirin penuh, ubi kentang, nasi, roti, pasta.

Jika bayi anda sudah pandai memilih makan, apa yang anda boleh lakukan adalah memastikan si kecil mendapat makanan yang berkhasiat setiap hari.

Anda boleh juga tawarkannya makanan snek atau kudapan yang pasti akan menjadi kegemaran si kecil. Selitkan juga makanan berkhasiat di dalam hidangan yang digemarinya dengan mempelbagaikan rasa dalam hidangan tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 19/10/2018 | Kali terakhir kemaskini: 29/05/2020

Rujukan

Artikel lain untuk anda

ubat kerap kencing

11 Rawatan & Diagnosis Untuk Kencing Tak Lawas, Jangan Biarkan Sengsara Ini Berlanjutan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
Petua kurangkan kerap kencing

Usah Berdiam Jika Kerap Ke Tandas Untuk Kencing, Ini Langkah Pencegahan Yang Boleh Dilakukan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
Punca kencing tak lawas

Kerap Rasa Nak Terkencing Bila Bersin Atau Ketawa? Mungkin Salah Satu Punca Ini Penyebab Utamanya! 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan
kerap buang air kecil

Ada 5 Jenis Masalah Kencing Tidak Lawas, Mana Satu Yang Mungkin Anda Pernah Alami? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Penyakit Inkontinens Urin Bukan Hanya Kencing Tidak Lawas, Ada Banyak Lagi Yang Anda Perlu Tahu!

Pernahkah anda dengar tentang penyakit kencing tak lawas? Ini merupakan salah satu tanda inkontinens urin yang mungkin anda tidak tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kencing Tak Lawas, Urologi 22/01/2021 . 6 minit bacaan

Rawatan Dan Diagnosis Untuk Penyakit Batu Karang, Ketahui Semua Prosedur Yang Terlibat

Penyakit batu karang mempunyai diagnosis dan rawatan yang tersendiri. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel yang kami sediakan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

7 Cara Mencegah Batu Karang Yang Berkesan! Ada Banyak Lagi Cara Lain Selain Kekal Hidrat!

Tahukah anda, ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mencegah penyakit batu karang? Antaranya ialah dengan minum banyak air dan kurangkan garam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan

Dehidrasi, Hipertensi Antara 14 Punca dan Faktor Risiko Penyakit Batu Karang Yang Anda Perlu Tahu!

Tahukah anda, ada 14 punca penyakit batu karang yang anda perlu tahu? Dehidrasi, diet, penyakit lain adalah di antara punca utama batu karang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Batu Karang, Urologi 22/01/2021 . 5 minit bacaan