Cara-cara Mengurangkan Sakit Jahitan Episiotomi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Episiotomi ialah torehan pembedahan pada perineum anda, iaitu kawasan berotot antara faraj dan saluran belakang. Torehan ini dibuat bagi membantu memudahkan bayi keluar semasa bersalin. Normal untuk anda berasa sakit akibat episiotomi pada minggu-minggu terawal selepas bersalin. Jadi, artikel ini menyediakan tips untuk membantu ibu lepas bersalin mengurangkan kesakitan selepas episiotomi.

Ubat penahan sakit

Ubat penahan sakit seperti paracetamol boleh membantu melegakan kesakitan, malah ianya selamat diambil jika anda menyusukan bayi.

Walau bagaimanapun, jangan ambil ibuprofen jika:

  • Anda menyusukan bayi dan bayi anda lahir pramatang (sebelum usia kandungan 37 minggu)
  • Bayi lahir kurang berat badan
  • Bayi alami masalah kesihatan

Ibu juga tidak digalakkan untuk mengambil aspirin kerana ia akan berpindah kepada bayi anda melalui susu badan.

Jika anda mengalami kesakitan teruk akibat episiotomi sehingga menjejaskan aktiviti dan kualiti hidup anda, anda mungkin perlu merawatnya dengan  mengambil ubat penahan sakit yang lebih kuat preskripsinya, seperti codeine. Pun begitu, pengambilan ubat di bawah preskripsi ini mungkin akan menjejaskan keupayaan anda menyusukan bayi dengan selamat. Namun, jangan risau kerana doktor anda akan menasihatkan anda tentang perkara ini.

Kiub ais

Bagi melegakan kesakitan, anda boleh cuba letakkan pek ais ataupun kiub ais yang dibalut dengan tuala pada torehan luka bersalin anda. Ais dapat membantu bahagian sekeliling luka torehan rasa kebas dan mengurangkan bengkak pada bahagian tersebut. Walau bagaimanapun, elakkan daripada meletakkan ais secara terus pada kulit anda kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada jahitan. Juga, jangan lakukan cara ini lebih daripada 10-20 minit bagi sekali penggunaan.

Semasa duduk

Gunakan kusyen berbentuk donat ataupun tekan punggung anda semasa duduk bagi membantu mengurangkan tekanan dan kesakitan pada bahagian yang berjahit.

Biarkan terdedah pada udara segar

Tahukah anda bahawa luka jahitan yang dibiarkan terdedah kepada udara boleh membantu menggalakkan proses penyembuhan. Jadi, anda tidak perlu selalu memakai seluar dalam ataupun anda boleh berbaring dengan memakai kain/ tuala sekitar 10 minit sekali atau dua kali sehari. Walau bagaimanapun, kesakitan akibat episiotomi tidak akan berpanjangan melebihi dua atau tiga minggu. Anda perlu berjumpa dengan doktor jika kesakitan yang anda rasai berlarutan.

Jika ingin ke tandas

Pastikan luka torehan dan kawasan sekeliling luka bersih untuk mengelakkan jangkitan. Selepas ke tandas, siram air suam pada bahagian faraj anda untuk membilasnya. Anda boleh menyiram air suam pada bahagian luar faraj anda semasa anda sedang membuang air kecil. Cara ini dapat membantu meredakan ketidakselesaan.

Anda juga boleh mencangkung semasa membuang air, berbanding duduk di atas jamban, bagi mengurangkan rasa pedih semasa mengeluarkan air kencing. Jika anda hendak membuang air besar pula, anda boleh meletakkan pelapik bersih pada bahagian torehan dan kemudian menekannya semasa anda mengeluarkan najis. Cara ini dapat membantu meredakan tekanan pada bahagian torehan.

Begitu juga jika anda hendak membersihkan bahagian punggung anda, pastikan anda mengelapnya dari depan ke belakang. Cara ini dapat membantu mengelakkan bakteria dalam anu anda daripada menjangkiti torehan dan tisu kawasan sekelilingnya.

Jika anda sukar atau merasai kesakitan semasa sedang membuang air besar, anda boleh mengambil julap untuk melancarkan pembuangan najis anda.

Pelapik materniti

Semasa minggu-minggu awal selepas bersalin, anda perlu memakai pad atau pelapik materniti bagi menampung darah yang keluar. Jadi, penjagaan luka ketika ini amat penting. Tukar pelapik materniti anda dengan kerap. Anda juga perlu memastikan tangan anda dibasuh sebelum dan selepas menukar pelapik materniti, dan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan pada luka anda.

Senaman kegel

Senaman kegel yang dilakukan bagi menguatkan otot di sekeliling vagina dan anu anda boleh membantu merangsang penyembuhan. Senaman lantai pelvik ini juga mengurangkan tekanan pada torehan dan tisu sekelilingnya.

Berapa lama luka episiotomi saya akan sembuh?

Lazimnya, ibu akan kembali pulih daripada sakit episiotomi dalam masa 10 hari, dan sepatutnya luka tersebut akan sembuh tidak lebih daripada sebulan, sementara jahitan pula akan lenyap. Jangan risau jika anda lihat jahitan tersebut tertanggal kerana ia tidak menimbulkan masalah.

Segera berjumpa dengan doktor jika anda lihat sebarang tanda-tanda jangkitan seperti luka berbau, atau anda menghadapi masalah apabila hendak membuang air.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    jahitan bersalin terbuka

    Ibu, Jangan Panik Jika Jahitan Bersalin Terbuka, Lakukan Cara Di Bawah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/04/2020 . 3 minit bacaan