backup og meta

Lindungi Anak Anda daripada Kejadian Rogol

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    Lindungi Anak Anda daripada Kejadian Rogol

    Lindungi Anak Anda daripada Kejadian Rogol

    Kejadian rogol atau seks tidak rela sudah menjadi satu topik global yang kian meruncing. Perlakuan terkutuk ini boleh terjadi kepada kedua-dua lelaki atau perempuan tanpa mengira peringkat umur terutamanya kepada kanak-kanak bawah umur. Setiap ibu bapa seharusnya tahu bagaimana untuk melindungi anak anda daripada dirogol dan mengajar mereka untuk mempertahankan diri daripada perogol.

    Kebanyakan orang dewasa salah faham kerana cuba menyorokkan realiti dunia yang kejam ini daripada anak mereka kerana bimbang mereka akan berasa tidak selamat. Hakikatnya, ibu bapa seperti ini hanya akan membuat anak-anak tidak memahami dan lebih berhati-hati jika berhadapan dengan kejadian seperti ini. Ibu bapa seharusnya bersikap lebih terbuka dan mengajar anak mereka berkenaan dengan seks.

    Rogol bukan lagi permasalahan asing bagi kita. Kejadian buruk ini boleh terjadi pada setiap ketika dan kepada sesiapa sahaja. Kita tidak boleh berdiam diri dalam perkara ini dan pelbagai tindakan harus diambil antaranya mengajar anak-anak cara untuk mempertahankan diri daripada menjadi mangsa serangan seksual.

    Menekankan kepentingan privasi dalam keluarga

    Kesemua ahli keluarga mempunyai hak privasi dalam melakukan aktiviti seharian seperti mandi, menukar pakaian atau tidur. Anda perlu menghormati dan mengajar anak anda tentang kepentingan privasi tersebut.

    Ajar anak anda untuk menolak

    Perlakuan seperti peluk dan cium kadang-kadang mendatangkan reaksi dan persepsi yang buruk. Anda seharusnya mengajar anak anda untuk mengatakan tidak dan menolak jika seseorang individu itu mahu melakukan sentuhan intim seperti mencium, memeluk mahupun menggeletek. Sebagai contoh, sekiranya anak anda tidak mahu mencium bapa saudaranya, anda boleh mengajar anak anda untuk bersalam sebagai alternatif. Anda juga perlu menjelaskan sebarang ketidakselesaan anak anda kepada individu lain yang terlibat. Kita perlu memahami dan menerangkan kepada anak-anak kita dengan jelas bahawa terdapat perbezaan antara sentuhan kasih sayang dengan sentuhan yang menaikkan nafsu. Paling penting, ajar anak anda untuk melaporkan kepada anda sekiranya bahagian sulit badan mereka disentuh oleh sesiapa sahaja.

    Ajar anak anda untuk mengenali bahagian badan mereka

    Kebanyakan ibu bapa tidak mengajar anak mereka nama alat sulit dengan menggunakan istilah yang betul. Anak-anak perlu tahu nama yang tepat bagi alat sulit mereka agar mereka tahu dan memahami bahagian badan mereka sendiri. Ini akan memudahkan mereka untuk bertanya sesuatu sekiranya mereka mempunyai soalan tentang alat sulit mereka dan memudahkan mereka melaporkan sekiranya seseorang cuba memperkosa mereka.

    Rogol tidak mempunyai kaitan dengan cinta dan komitmen antara pasangan. Rogol adalah satu jenayah yang boleh merosakkan hidup mangsa dari segi fizikal dan mental. Perogol boleh jadi sesiapa sahaja dalam lingkaran hidup anak anda sama ada orang asing, rakan mereka, kekasih mereka ataupun ahli keluarga mereka sendiri. Ibu bapa, guru-guru dan pihak berwajib tidak boleh memandang enteng perkara ini. Semua pihak perlu menerangkan dan memberi pendidikan kepada kanak-kanak tentang bahaya rogol ini agar kejadian ini tidak berlaku kepada anak anda kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan