Kanak-kanak mudah dipengaruhi dan terjejas oleh banyak faktor negatif. Salah satunya adalah tekanan toksik – pendedahan terhadap rasisme dan keganasan. Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan terhadap rasisme dan keganasan pada usia muda boleh memberi kesan jangka panjang kepada kemampuan pembelajaran, corak tingkah laku, dan kualiti kesihatan kanak-kanak.
Kesan tekanan toksik pada kanak-kanak
Rasisme
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Gilbert Gee dan pasukannya di UCLA, pendedahan berulang kepada diskriminasi kaum yang sederhana boleh membawa kepada penyakit. Rasisme membawa kepada diskriminasi ke atas aspek perumahan dan sekolah, yang menghalang potensi kanak-kanak dan meninggalkan kesan negatif terhadap peluang dan masa depan mereka. Lebih teruk, pendedahan jangka panjang terhadap rasisme boleh membawa kepada jangka hayat yang lebih pendek. Pengalaman awal zaman kanak-kanak terhadap diskriminasi kaum mungkin menghasilkan tekanan. Penekanan ini memberi kesan bagaimana otak kanak-kanak berkembang dan mengganggu sambungan saraf antara kawasan yang berbeza. Bukti baru juga menunjukkan bahawa orang yang menderita dari rasisme mengambil lebih banyak makanan berlemak, oleh itu terdapat lebih banyak risiko kepada kesihatan.
Keganasan
Kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui media boleh mengalami kesan jangka panjang:
- Pada aspek psikologi: Mereka mungkin mengalami rasa takut, kebimbangan, keyakinan diri yang rendah, simptom penarikan diri, masalah dalam hubungan, agresif, tingkah laku menentang, dan ketidakpatuhan
- Pada aspek kognitif: Prestasi sekolah yang kurang baik dan keupayaan terhad untuk menyelesaikan konflik atau masalah
- Dalam jangka masa panjang: Keadaan kemurungan dan trauma yang berterusan atau kecenderungan menjadi ganas semasa dewasa
Bagaimanakah untuk mengehadkan kesan diskriminasi?
Kepentingan identiti
Walaupun perilaku yang bermotivasikan perkauman masih tidak dapat dibuang, ada cara untuk mengehadkannya. Seseorang yang dikenal pasti dengan kumpulan etniknya sendiri akan berkemungkinan mempunyai simptom kemurungan. Pengertian identiti etnik yang lebih kuat sama dengan kebanggaan terhadap etnik sendiri, dengan mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan etniknya dan mempunyai pengetahuan yang menyeluruh dan jelas mengenai asal usulnya. Kebanggaan dan identiti yang diperoleh oleh kanak-kanak daripada etnik mereka bukan sahaja melindungi mereka daripada rasisme tetapi juga menolak tekanan dan kemurungan.
Penglibatan ibu bapa
Universiti Howard di Washington DC melakukan kajian untuk menunjukkan pengalaman ibu bapa sendiri tentang rasisme atau keganasan dan cara mereka mengajar anak-anak bagaimana untuk mengatasinya boleh membuat keadaan lebih baik untuk anak-anak mereka. Menurut kajian, komunikasi adalah sangat penting. Bercakap kepada kanak-kanak tentang diskriminasi dan keganasan adalah penting untuk perkembangan dan kesihatan mereka. Juga, meningkatkan keyakinan anak anda dengan mengajarnya tentang etnik serta membantu anak anda membina kebanggaan untuk bangsa anda dapat menanamkan daya tahan dalam diri anak anda, agar dia dapat dilindungi dari tekanan toksik. Ingatlah untuk memupuk dan bukan menjadi ibu bapa yang keras untuk membantu anak anda membina keyakinan diri dan mengurangkan tahap tekanan dan kebimbangan mereka.
[embed-health-tool-child-growth-chart]