Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/06/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Antara aspek utama penyusuan susu ibu yang berjaya adalah tekapan mulut bayi. Sekiranya bayi anda tidak menekap dengan betul ke payudara anda, penyusuan mungkin menyakitkan. Terdapat teknik khusus yang boleh digunakan untuk membantu bayi menekap ke payudara anda. Posisi penyusuan juga penting. Apabila posisi dan tekapan yang baik diperoleh, penyusuan susu ibu akan menjadi pengalaman yang selesa untuk ibu dan bayi.

Fahami isyarat lapar

Sebelum anda memahami teknik penyusuan badan, anda perlu mengetahui isyarat lapar yang mungkin ditunjukkan bayi anda. Bayi anda mungkin menghisap bibir, lidah, jari, atau tangan. Kelihatan gelisah dan meragam juga merupakan petunjuk bahawa bayi anda lapar. Menangis adalah isyarat lapar yang lewat dan boleh menjadi sukar untuk memulakan penyusuan sewaktu bayi menangis.

Cuba perhatikan dan pelajari isyarat-isyarat awal bayi lapar. Perlu diingat bahawa bedung, puting kosong dan sarung tangan boleh menghalang isyarat lapar, kerana mulut dan tangan bayi terbatas.

Teknik bantu bayi menekap

Teknik berikut di samping posisi yang betul boleh membantu memastikan bayi menekap dengan betul untuk penyusuan susu ibu yang berjaya:

  • Duduk di kerusi dengan sokongan belakang yang selesa untuk menyusukan bayi anda. Menggunakan bangku kaki untuk merehatkan kaki pula boleh membantu membentuk postur yang baik dan mencegah lenguh leher dan bahu.
  • Gunakan bantal penyusuan jika ada. Jika tidak, gunakan sebarang bantal yang untuk membantu menyokong anda dan bayi. Bantal penyusuan yang baik sangat membantu bayi berada pada kedudukan yang tepat untuk menekap.
  • Pastikan perut bayi menghadap perut anda pada setiap masa.
  • Pastikan anda memegang rapat bayi ke arah anda, jangan cuba untuk membengkokkan badan untuk merapatkan diri kepada bayi. Ini bukan sahaja akan menyebabkan ketegangan teruk pada leher dan bahu, tetapi ia juga boleh menjejaskan posisi bayi.
  • Pastikan telinga, bahu dan peha bayi anda selari, yang akan memudahkan bayi menyusu.
  • Hidung bayi harus setentang dengan puting.
  • Anda mungkin perlu memegang payudara anda untuk membantu menghalakan puting pada mulut bayi anda. Genggam payudara dari tepi, menggunakan teknik pegangan “C” atau “U”. Pastikan jari anda jauh daripada puting supaya anda tidak mengganggu bayi menekap.
  • Halakan puting ke arah bibir atas / hidung bayi, bukan di tengah mulut. Anda mungkin perlu menggosok puting pada bahagian atas bibir untuk membantu bayi anda membuka mulutnya.
  • Kepala bayi harus tertolak sedikit ke belakang. Anda tidak mahu dagunya tunduk ke dada.
  • Apabila bayi membuka luas mulutnya dengan dagu dan lidah ke bawah, bayi boleh menekap dengan mudah. Jika bayi tidak membuka mulut dengan lebar, jangan cuba memaksa puting ke dalam. Anda mungkin perlu merangsang bayi membuka mulut dengan luas beberapa kali sebelum berjaya.
  • Cuba untuk memastikan sebanyak mungkin bahagian areola (kawasan hitam sekitar puting) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Dagu bayi sepatutnya menekan bahagian bawah payudara.
  • Kedua-dua bibir atas dan bawah bayi sepatutnya terjuih seperti bibir ikan. Jika tidak, anda boleh menggunakan jari anda untuk menarik bahagian bawah ke bawah dan membuka bahagian atas agar lebih ke atas.

Selain memastikan bayi menekap dengan betul, anda juga boleh mengenal pasti posisi yang selesa untuk anda dan bayi. Terdapat pelbagai posisi berbeza yang berkesan untuk menyusu. Pastikan anda mengamalkan tip di atas untuk memastikan penyusuan berjaya.

Hello Heath Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mulut & Lidah Si Manja Ada Tompokan Putih? AWAS, Mungkin Itu PUNCA Bayi Sukar Menyusu

    Perasan tak tompok putih pada lidah si kecil? Itu mungkin kandidiasis mulut yang berpunca daripada jangkitan kulat. Jom fahami puncanya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 04/01/2021 . 3 minit bacaan

    Risau Susu Badan Tak Cukup? Apa Kata Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

    Setiap ibu pastinya mahu memberikan terbaik buat anak, terutamanya aspek penyusuan eksklusif, kan? Ini ada resepi makanan penggalak susu yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pemakanan Sihat, Resepi Sihat 22/12/2020 . 4 minit bacaan

    Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

    Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    warna air mani

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    perkembangan otak bayi

    Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan