backup og meta

Penyusuan Badan di Tempat Umum

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/08/2023

    Penyusuan Badan di Tempat Umum

    Secara umumnya, wanita akan berasa tidak selesa apabila berhadapan dengan situasi mereka terpaksa menyusukan bayi dengan susu badan di tempat umum. Mereka berasa begini kerana risaukan persepsi individu dan kulit mereka yang terdedah. Selain itu, mereka juga berasa begini atas faktor privasi. Namun begitu, apakah yang boleh si ibu boleh lakukan sekiranya bayi berasa lapar dan anda berdua sedang berada di luar rumah?

    Ketahui hak anda

    Penyusuan badan di tempat umum adalah tidak salah di sisi undang-undang. Tiada individu lain yang boleh menghalang anda daripada menyusukan bayi walaupun di depan khalayak ramai. Ini kerana penyusuan badan adalah satu perbuatan yang tidak akan mengundang apa-apa masalah kepada individu lain malahan merupakan metode yang terbaik untuk menyusukan bayi.

    Praktis di rumah

    Jika anda risau akan kulit anda yang mungkin terdedah kepada khalayak ramai, anda boleh melakukan praktis di hadapan cermin rumah. Anda boleh cuba pelbagai posisi dan pakaian ketika menyusukan bayi untuk melihat yang mana paling sesuai untuk anda dan bayi. Anda juga boleh meminta pandangan dan cadangan daripada pasangan anda.

    Cuba sorok perbuatan anda

    Anda mungkin boleh menggunakan selimut, tudung atau apa-apa jenis kain untuk menyorokkan kawasan kulit yang terdedah ketika menyusu badan. Tetapi, anda perlu memastikan bayi masih mempunyai ruang untuk bernafas dan bergerak. Ini akan membolehkan anda menyusukan bayi walaupun ketika sedang berjalan-jalan. Orang ramai juga mungkin akan berfikiran bahawa bayi anda mungkin sedang tidur dalam dakapan anda.

    Pilih baju dalam yang mudah diselak

    Anda boleh gunakan baju dalam yang mudah diselak untuk tujuan penyusuan badan. Ini akan memudahkan anda kerana tidak perlu membuka cangkuk, tali atau butang baju dalam anda untuk menyumbat puting payudara anda ke dalam mulut bayi.

    Pilih kawasan yang sesuai

    Ketika menyusukan bayi di tempat umum, anda boleh mencari tempat yang anda rasakan sesuai dan tersorok daripada khalayak ramai. Dalam pada itu, ketika sedang menyusukan bayi, anda sepatutnya berpaling daripada individu ataupun membelakangkan mereka. Ini akan membuat anda berasa lebih selesa dan selamat daripada pandangan khalayak ramai.

    Senyum

    Jika anda mendapati ada individu yang sedang memerhatikan anda dan bayi, senyum kepada mereka. Anda tidak perlu risau akan persepsi individu lain kerana menyusukan bayi dengan susu badan bukanlah suatu kesalahan. Namun begitu, jika ada lelaki yang berbuat sedemikian dan kelihatan pelik, segera beralih dari tempat itu dan berada di kawasan yang ramai orang.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan