Bagaimana Majikan Boleh Menyokong Ibu Menyusu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Manfaat nutrisi, immunologi, psikologi dan ekonomi daripada penyusuan susu ibu tidak dapat disangkal lagi. UNICEF dan WHO mengesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk sekurang-kurangnya 6 bulan pertama. Walau bagaimanapun, manfaat penuh penyusuan tidak akan tercapai jika dihalang oleh kekangan situasi pekerjaan yang tidak memberikan sokongan. Para ibu adalah segmen tenaga kerja yang kian pesat berkembang. Mewujudkan fasiliti mesra ibu menyusu memberikan keseimbangan kerjaya dan keluarga kepada mereka serta menguntungkan institusi keluarga dan masyarakat.

Wanita bekerjaya dan penyusuan susu ibu 

Kajian menunjukkan bahawa tempoh penyusuan susu ibu berkait rapat dengan status pekerjaan dan amalan tempat kerja. Kaji selidik di United Kingdom mendapati bahawa 19% daripada mereka yang berhenti menyusu seawal 4 bulan mengaitkannya dengan keperluan untuk kembali bekerja. Scotland pula mencatatkan peratusan seramai 28% ibu baru berhenti menyusu kerana kembali bekerja sementara Sepanyol mencatatkan sebanyak 32%. Hakikatnya, tanpa sokongan daripada majikan, meneruskan penyusuan badan merupakan cabaran besar bagi ibu bekerja.

Mengapa majikan patut menyokong

Polisi mesra ibu menyusu memberi pulangan besar kepada para majikan. Bayi yang menyusu badan dan ibu mereka lebih sihat berbanding bayi yang menyusu formula. Ini membolehkan penjimatan tuntutan insurans perubatan disebabkan kurang keperluan menemui doktor. Ibu yang menyusu badan juga lebih cepat pulih dan dilaporkan kurang mengalami tekanan perasaan. Kesemua ini menyumbang kepada kos penjagaan kesihatan pekerja dapat dikurangkan.

Kadar ketidakhadiran pekerja juga lebih rendah memandangkan bayi lebih sihat. Kajian mendapati bahawa daripada 40 penyakit yang menyebabkan satu hari ketidakhadiran pekerja, hanya 25% berlaku dalam bayi yang menyusu badan manakala 75% berlaku dalam bayi yang menyusu formula. Begitu juga peningkatan kadar produktiviti dan kesetiaan pekerja. Kesannya, kadar pusing ganti (perletakan jawatan dan pengambilan pekerja baru) akan berkurangan lantas memastikan kestabilan kepada syarikat.

Bentuk sokongan untuk ibu menyusu

Bergantung kepada bajet dan kesesuaian tempat, majikan boleh melakukan beberapa pengubahsuaian dan membentuk polisi yang bersesuaian untuk menggalakkan penyusuan susu ibu oleh wanita bekerja. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah:

Menyediakan tempat dan privasi untuk ibu mengepam susu

Ibu menyusu memerlukan persekitaran yang bersih, selesa, selamat dan tertutup untuk mengepam susu semasa hari bekerja. Bilik mesyuarat yang kosong atau sudut pejabat yang menawarkan privasi selama setengah jam kebiasaannya mencukupi. Bilik menyusu juga boleh diwujudkan daripada kawasan yang jarang digunakan dalam ruang bangunan yang sedia ada. Contohnya dengan membahagikan ruang dalam bilik dengan pembahagi mudah alih. Bilik menyusu hanya memerlukan kerusi yang selesa dan meja untuk pengepam susu. Selain itu, sumber elektrik juga patut tersedia untuk membantu penggunaan pam elektrik.

Lebih baik lagi jika terdapat sinki berhampiran untuk membasuh tangan dan bahagian pam. Sebuah peti sejuk, yang biasanya ada di pantri sesuai untuk menyimpan susu ibu yang diperah. Walaupun mengambil kira faktor privasi, tandas bukanlah lokasi yang sesuai kerana kebersihan yang tidak terjamin.

Waktu kerja atau rehat yang fleksibel

Si ibu biasanya memerlukan 2 atau 3 sesi mengepam sekitar 15-30 minit setiap satu. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation) mengesyorkan waktu rehat dua puluh minit dalam sesi kerja 8 jam di samping waktu rehat sedia ada.

Sekiranya masa tambahan diperlukan untuk mengepam susu, kelonggaran untuk menggantikan masa dengan waktu sebelum atau selepas jadual kerja biasa boleh membantu pengurusan waktu ini boleh dicapai.

Budaya tempat kerja yang menyokong

Syarikat boleh menunjukkan komitmen untuk mewujudkan tempat kerja mesra penyusuan susu ibu dengan memperkenalkan polisi bertulis yang menyatakan sokongan kepada ibu bekerja yang menyusu. Tetapi sokongan di tempat kerja bukan sahaja memerlukan penetapan polisi, malah sikap positif dan penerimaan penyelia dan rakan sekerja yang lain.

Penyusuan susu ibu mendatangkan manfaat kepada individu, masyarakat dan keluarga. Komitmen menyusu badan bukan sahaja memerlukan kesungguhan si ibu tetapi turut memerlukan sokongan sosial daripada masyarakat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Menyusu badan mempunyai cabaran tersendiri. Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu mengetepikan aktiviti fizikal untuk kecergasan diri. Ini caranya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

    Barah payudara bukanlah titik pengakhiran untuk anda. Lagi-lagi jika ada anak kecil yang masih menyusu badan. Boleh ke terus menyusu? Jawapannya di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tiub fallopio

    Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
    puting kosong

    Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    ovulasi wanita

    Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan