backup og meta

Bolehkah Saya Menyusukan Anak Jika Dibius untuk Prosedur Gigi?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/05/2022

    Bolehkah Saya Menyusukan Anak Jika Dibius untuk Prosedur Gigi?

    Anestesia atau ubat bius adalah selamat untuk hampir semua orang. Tetapi bagi sesetengah orang yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu, adalah penting untuk mengetahui kesan anestesia, terutamanya wanita yang menyusukan anak. Ini disebabkan penggunaan anestesia atau ubat bius pada masa ini perlu mengambil kira keperluan dan keselamatan ibu dan bayi.

    Seperti wanita lain, wanita yang menyusukan anak mungkin mengalami masalah pergigian yang memerlukan anestesia. Jenis-jenis anestesia yang boleh digunakan dalam pergigian adalah setempat dan umum. Setiap jenis mempunyai cirinya sendiri. Ciri-ciri ini boleh menentukan sama ada prosedur tersebut selamat untuk wanita menyusukan anak.

    Anestesia setempat

    Tiada bukti bahawa anestesia setempat boleh memberi kesan kepada ibu dan anak. Anestesia setempat berfungsi dengan menjadikan kawasan sekitar gigi menjadi kebas dan menyekat rasa sakit. Ubat-ubatan ini tidak akan melepasi ke susu ibu dan membahayakan bayi atau ibu semasa berada dalam tubuh si ibu. Walau bagaimanapun, doktor gigi kadangkala mungkin menambah adrenalin kepada ubat-ubatan bius untuk mengelakkan pendarahan. Kombinasi ini boleh menjadikan beberapa kanak-kanak yang sensitif mengalami masalah seperti resah gelisah atau mudah marah.

    Anestesia umum

    Tidak perlu berhenti menyusu selepas penggunaan anestesia umum. Ubat-ubatan yang digunakan sebagai anestesia umum akan berada dalam badan untuk masa yang singkat. Apabila wanita tersebut telah sedar, kebanyakan ubat-ubatan ini telah tersingkir. Semasa dan mungkin 24 jam selepas prosedur, si ibu perlu meminta seseorang untuk menjaga bayi. Ini kerana sisa ubat bius dalam tubuhnya boleh membuatnya merasa letih.

    Kajian telah menunjukkan bahawa anestesia gigi adalah selamat untuk hampir semua orang, termasuklah wanita menyusukan anak. Pun begitu, anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor gigi anda untuk mengetahui dan mengurangkan sebarang risiko komplikasi terhadap anda dan anak anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan